Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH!! HARIMAU MALAYA!! ‘Raja Asia Tenggara’

Salam..


Pengalaman yang menarik semalam walaupun hanya depan tv kat umah..Balik jer kerja semalam 6.15petang sampai rumah. Sambil makan fikiran dah atur jadual untuk malam(tiba-tiba ligat berfikir sedangkan dah lma tak berfikir macam tu..ngee)
6:30ptg -->>Cerita tiramisu..sampai 7.30 then buat apa2 yg patut.
6:40ptg-->>Prepare burger atas permintaan abah (bekalan tengok tv) 8:05mlm-->>Baru selesai dan berlari2 duk depan tv..mama tengah mengaji depan tv sampai bola dah start..huhu..x per, lom gol lagi. Huh..tengok sorang2 dengan relex..mulanya nak marah juga bila HARIMAU MALAYA cuma kuat
pertahanan.Bila menyerang gol pihak lawan, sepak bola, orang tak ada..adehhh(padahal kalau saya main pun lom tentu tersepak bola tu..ngeee)..Tapi x per lahh..terbaek dah tu..Duk kejap Pok long & Mok long sebelah rumah datang..mula lah gamatnyer malam penentuan..huhu..berbekalkan air tah ape(sebab semalam mama yang buat,tukar syif..tak leh tinggalkan tv) & burger yang saya dah buat tadi(saya tak makan pun..'concentrate' kononnya..ngee-padahal cuba untuk diet)
Saya yang tengok bola kat umah pun tertekan bila tengok tekanan dari Garuda..'desperate' tul nak cari gol..kesian Fahmi..Tapi penjaga gol anak Kelantan tu memang tangan spiderman(bak kata mama)..pemain2 kita pun memang bermati-matian jaga pertahanan..huh! berbekalkan 3-0, dah cukup sekadar bertahan sahaja. Tapi alih2..Safee duk sorang2 layan, masuk juga 1 gol..wahhh!! (berpeluk saya ngan mama) TERBAEKKKKK!! 2 gol jaringan Garuda memang tak dapat dielak. Gol pertama serangan dua kali(tak sempat Fahmi nak bangun..dahhhhh gol..x per lahh) Gol ke-dua, tak prasan plak(hehe..Lala kata pemain kta masukkan ke gol sendiri..tapi nasib taklah..) Kalau dilihat, serangan mereka tepat amat dengan gol. Tapi si spiderman memang ada baca (abah
kata..hehe) Keseluruhan, permainan amat baik bila berakhir 4-2..yeah!! ALHAMDULILLAH...HARIMAU MALAYA memang terbaekkk!!Isu bomoh ker..laser ker..tak mematahkan semangat pemain kita..Moga kejayaan ini akan berulang lagi..AMIN..


Akhirnya..dapat juga saya tengok penyokong kita..kat tv tak tunjuk pon..
Taming sari permainan laksmana,
Lambang teguh pahlawan melayu,
Ini baru langkah pertama,
Harimau Muda kita xtest lg tuuu..
(Comment dari seorang sahabat)

Pantun yang menarik,harap die tak kisah saya pinjam di sini (^_^)v
Pic saya amik dari blog orang..harap die tak kisah juga-->>http://drlove9779.blogspot.com/2010/12/kerana-piala-suzuki-malaysia-bercuti.html

Wassalam

Berita Kemenangan-->>http://www.hmetro.com.my/articles/Sejarahtercipta1/Article

Wednesday, December 29, 2010

HARIMAU MALAYA MENGAUM LAGI!!!

Jangan lupa yer malam nie jam8!!
Kalau dah tak datpat ke Indon, kita sama2 beri semangat depan TV yer..
Moga perlawanan malam ni berjalan dengan adil dan tanpa pergaduhan..Amin..



Go HARIMAU MALAYA!!
MALAYSIA BOLEH!!

Monday, December 27, 2010

Semangat HARIMAU MALAYA!!

Salam..

Huhu..cuti 3ari jer..tapi sebab terlebih 1 hari dari biasa, mood menurun..Meningkat kembali dengan kemenangan HARIMAU MALAYA! yeah!
Dah 2 minggu report kosong jer..tak tahu nak tulis apa..task yang lepas dah serahkan pada Mr.Masran..dh settle yang tu..so ber-fb..


Hadhirah Arisya..anak sedara dengan semangat Harimau!!yeah!! Yang ke stadium Hashif , Arif..dan Abang D..semangat betul semua..Saya dengan mama jadi penyokong depan tv yang macam mengalahkan penyokong di stadium..Abah pula tunggu gol jer..saya-lah jadi pengulas bola untuk abah.huhu

Semalam mmg berpuas hati dengan permainan HARIMAU MALAYA. Safiee Oh safee..uiks..mentang2lah Safee yang sumbat paling banyak gol yer? Tak der lah..tp kaki tajam tu yg buatkan tembus pertahanan Markus.Ehem2..cerita pasal Safee jer lah yer..huhu..penjaga gol kita, Fahmi?? memang pakar kejar mengejar bola..peluk2 bola lagi..mmg best dan pertahanan yang baik sehingga sekali pun tak dapat ditembusi Garuda.

Lepas ni HARIMAU MALAYA perlu menyerang GARUDA di tempat pihak lawan. Apa agaknya keputusan yang bakal kita terima? Melihatkan permainan semalam, peluang kita cerah kalau kekal dengan permainan begitu. Tapi rata2 risau dengan 'bomoh' dan 'sihir'.Kata penyokong, semalam pun di saat2 akhir dah nampak pemain kita semakin lemah..harapnya persiapan perlawanan di Indonesia nanti akan lebih dan bukan hanya pada stamina dan skil sahaja.
Persiapan melawan segala niat jahat perlu lebih mungkin..

Cukuplah buat masa ini yer..GO MALAYSIA GO! TERBAEKKKKK!!
HARIMAU MALAYA MULA MENGAUMMMMM!!

Wassalam..

Wednesday, December 22, 2010

Senget tahap melampau

Salam..

Hari tu saya ada dapat 1 task..katanya nak tukar method. Tanpa saya ketahui sebenarnya kena design. Tapi bila bercakap dengan SV katanya tak boleh design sebab limited time. Bos suh design.Macam-mana ya? Mana 1 nak dengar nih?Tak kan nk design sorg2?Apa yang perlu untuk system tu sampai saya kena design sorg2?

Senget2..
Geram pun ada jugaaa..
eee

wasssalam

Saat Dulu..

Salam Ukhwah..
Pic atas ni masa sambutan HARI RAYA tahun bila tah..dah lupa..tp really miss this moment..cute2 kami kan?Adik2 junior and kakak2 jumior..

Saya pun tak pernah tahu wujudnya pic ni. Al-maklumlah..masa amik pic nie, tengok jer ada photographer, mula lah nak bertenggek. Tumpang2..agaknya ada lagi pic2 lain yang wujud tanpa disedari..huhu..

Bukan semua ada dalam pic ni..macam-mana pun just wanna tell that i really enjoy the time n really miss all of you..Hopefully there will be other time where we can be together again..huhu..

Wassalam..

Wednesday, November 24, 2010

New Commitment and experience

Salam..

22hb Nov 2010 dah mula dengan commitment baru di USM, kubang kerian. Lepas settle di sini mungkin akan sambung belajar lagi. Knowledge management..emm..'sounds interesting and just need to allocate which university offer'.. Masalah lain timbul juga, layakkah saya menyambung pelajaran dalam bidang tu? Dan bilakah saatnya saya akan menyambung pelajaran? Soal bila itu cukup menyeramkan.

Dalam perkiraan, selepas di sini akan akan teruskan dengan bidang pekerjaan. Ini kerana usia dah semakin bertambah..emm.. So?? Adakah sesudah bekerja dimulakan dengan gerbang perkahwinan? Kemudian baru disudahi dengan sambung belajar?wahhhh..panjang sungguh tempoh masa tersebut.

Bidang pekerjaan hampir..gerbang perkahwinan?? Ish..adakah jodoh untuk saya? Kalau ada, siapakah dia? Rakan-rakan asyik bertanya. Tapi adakah saya ada jawapannya? Jawapannya..saya sendiri pun belum tahu siapa dia..(so cukup-cukup lah bertanya yaa..tak larat nak menjawab)..soalan glamour masa kini..
"Tie bila nak kawen?"
Bagi saya, itu adalah soalan membunuh. Tolong jangan ingatkan betapa umur saya semakin meningkat sedangkan saya belum capai apa yang saya inginkan..(Tegas nie..hehe)

Soal jodoh janganlah tanya saya..bila? siapa? dah rasa macam artis pula sedangkan saya ni orang yang cukup 'low profile'..hehe..macam ayat orang putus cinta ke? Tak lah..(yer lah kot). Cukup2lah..kita mencari "jodoh dari Allah.."emm..

Kepada adik2..jangan buang masalah..cari benda2 yang lebih berfaedah dari memikirkan soal mereka dari jantina yang berlawanan nie. Kalau ada jodoh, adalah tu..tak kemana kan?

1st week ni sedikit membosankan. Masuk-masuk jer bos tak ada. So sampai sekarang "i'm not given any task."Banyak masa dihabiskan mengadap PC dan ber-fb. Rasa nak demam pun ada. Batuk2 dan tersedak2 sudah mula nie..sejuk membeku pun ada juga..So..Saya kenali ini sebagai minggu perkenalan..hehe..

Wassalam..




Tuesday, November 2, 2010

Settle dah ILTC PORTAL punya hal-->> www.iltcmalaysia.org

28hbOct 2010-->>Selesailah masalah portal ILTC MALAYSIA (www.iltcmalaysia.org)..ada msalah teknikal hingga tak dpt di 'access' oleh admin..lawak pula bila tahu masalah yang berlaku..sebenarnya 'simple' amat sedangkan saya dan Suliati berfikir macam nak meletup otak nie..(tapi Alhamdulillah, masih selamat..huhu)..Terima kasih kepada pihak Asia Hoster kerana bantuan yang diberikan..

Asalnya nak saja kami serahkan pada orang lain, tapi atas kehendak 'ILTC President', kami cuba selesaikan masalah tersebut..Saya cuma maklumkan pada Mr. Siva melalui 'called' dan selesai..Suara beliau 'happy' betul bila semua ni dapat diselesaikan..Nanti nak melawat apa yang terbaru program ILTC..hopefully dah banyak membantu..Berita 'happy' ni pun dah dimaklumkan pada Miss Haslinda..sms balasan amat mengembirakan dan penyambung semangat pula rasa untuk sambung belajar..huhu..

Sijil2 projek pun dah selamat di sain oleh Mr. Francis Siva, President ILTC MALAYSIA..Lega rasanya bila dapat selesaikan kedua-dua amanah tersebut.. Sijil2 HASNE HOLDING dah selamat diserahkan kepada ahli2..cuma tinggal ahli2 Software Engineering belum sempat untuk di pos..maaf yer, tak sempat..tapi akan cuba di pos segera ( ini amanah yang belum selesai..akan diselesaikan secepat mungkin..)

Selesai semester 9, merupakan semester terakhir di Universiti Industri Selangor(UNISEL).. Kejapp sahaja masa berlalu, tahun ke-4 dah rupanya..Ok, bersedia untuk balik ke kampung halaman dan "I'M ON MY WAY USM"..Bekerja untuk pengalaman seketika ataupun lebih tepat lagi, Latihan Industri..

Harapnya segala akan berjalan seperti yang dirancang..USAHA,DOA,TAWAKKAL..

Wassalam (^_^)v

TAHNIAH YANG TERLEWAT..RED WARRIOR V(^_^)V



Tahniah kepada pasukan Kelantan..Tahun ni kita WINNER!! Seronok bila tengok gambar 'member2' yang pergi stadium.."KITO DUK DEPE TB JAHHH..GOL SORE2..penyokong lain terlelap dan ada yang tak sedar bila gol..huhu" Hari yang sama sebelum perlawanan, di highway seremban-KL banjir dengan bendera N9..Berbas-bas..makcik2 pun ader. Mata haku tertarik pada seorang makcik jer dalam bas tu..baju kuning, 'eye shadow' pink purple..sampai bila2 haku tak leh lupa agaknya..huhu..(soly makcik)..Adalah dua tiga buah kereta dengan bendera merah..Anak sedara haku (HASHIF) pun apa lagi, buka baju merah n kibar2 kan..semangat betul dio..yang lagi dua (FAQIHAH n HAZIQ) pun penyokong juga..tapi dah rupa atas pagar.."Hobin jang Hobin" duk ulang yg sama..pastu eh silap..tukar plak GOMO KLATE GOMO..Si Faqihah anak kacukan Klate n N9.. ayahnya N9..tu yang jadi kompius kot..hehe..

Macam-macam komen yang kita dengar dari penyokong pihak lawan, lain dari itu peristiwa lepas juga ada diungkit..Bakar kerusi..mercun..sekali buat, sampai bila2 orang akan ingat..sejarah bola sepak jadinya..Kita orang berilmu, kita ada adab yang perlu dijaga..Sebagai anak Kelantan, janganlah cepat sangat melatah dengan kata-kata luar..Sepatutnya bila orang mengata, kita memperbaiki segala kesilapan dan bukannya mengulangi sejarah. Tanggungjawab membawa nama Kelantan itu ada pada diri setiap anak Kelantan. Sesama kita sama berpesan..

Tahun ini kita menang..Jasa pemain-pemain yang berpengalaman..Andai suatu hari mereka jatuh, dan tak mampu untuk meraih kemenangan lagi..jangan salahkan mereka..Sebab kita mesti sentiasa memberi sokongan..Bila ada kata-kata caci-mencaci, itu TIDAK SEDAP DIDENGAR (kalau rasa diri itu lebih bagus, pergilah sepak bola sendiri yerr..)

Apa pun, sedia GOMO KLATE GOMO untuk tahun depan pula..sejarah mungkin berulang..

kita kalah --->>3-1

Kita WINNER-->>2-1

Next year kito GOMO-->> 5-1 (Apa kata?? hutang tahun lps 1 bawa ke thn depan..huhu)

---------->> CONGRATES TO ALL PLAYERS AND KLATE FANS!!<<--------------------

---->>>>OMO ATE OMO!!<<------ (^_^)v

<><<-----Sebagai tatapan untuk masa depan---->>-JkS*ButterflyPrincess*-

Salam

Huh!! taking toooooo long 2 spend time here again..ermmm..

Novel LAgenda Budak Setan tu dah lama habis baca..ceritanya memang best! Setianya dia pada seorang perempuan..tak nak lah ulas cerita tu macam selalu..

Frust bila tengok movie lagenda budak setan..cerita yang dihasilkan tak seasli novel yang dikarang. Sebenarnya jauh menyimpang dari jalan cerita sebenar. Orang yang tulis dialog atau jalan cerita itu sebenarnya terlupa jalan cerita sebenar ataupun memang nak tukar jalan cerita tersebut? Bukan saya sahaja, malahan ramai yang tengok movie n baca novel akan katakan mereka 'frust' dengan movie tersebut. Dengan kata lain, frust. Pelakon dah memang best, dah kena..tapi jalan cerita tu..hishhh..membawa makna lain..betullah kata sesetengah pendapat, baca novel lagi 'feel' ataupun best dari movie. Walaupun movie tersebut diadaptasikan dari sesuatu novel. Erm..

Tapi ada ke movie yang dihasilkan lebih menarik dari novel? Huh!! Lum pernah jumpa lagi kot..Sesetengah novel cinta akan menceritakan kisah percintaan 2 insan. Kadang-kala perbuatan yang melampaui batas. Dalam movie pun kadang-kala akan dilakonkan juga, tapi kesan yang diberikan tetap tidak akan sama. Kalau tak berkesan, lebih elok jika tidak perlu..walaupun pasangan yang melakonkan ialah pasangan suami isteri, tak elok bila kana2 yang menonton..bagi anak2, semuanya boleh.. Tapis2 lah cerita untuk anak2 kita..

Pendek kata, Novel Lagenda Budak Setan lebih best dari movie-nyer (^_^)v

Saturday, July 24, 2010

Lagenda budak setan

salam..
Khamis lepas, masa jalan2 di midvalley..saya ter-masuk dalam kedai MPH (hhehe..padah memang pntang nmpk, mesti saya masuk. Cuma beza bli @tak ajer)

Cari buku punya lah lama..dari 1 rak, ke rak yg lain. Dari 1 'session' ke session yg lain. Akhirnya saya sampai kt rak novel melayu. Saya ni memang pencinta novel melayu. Cuma cita2 nak buku kan novel dan cerpen jer masih belum kesampaian..(huk huk)

Banyak novel yang berkenan dihati. Tapi saya ni suka lihat cover dulu..(ni lah sahabat saya selalu pesan, "dun u ever judge a book by its cover") Tapi dah jadi tabi'at agaknya..(suka cover yg simple)


Cover depan NOvel--Cover novel

Terpandang wajah Lisa Suriani terus terpikat. Saya dah biasa dengar tajuk cerita ni. Tapi tak pernah terfikir nak baca. Tapi disebabkan kelab yang saya sertai akan jemput insan ini, saya cuba2 untuk mengenali penulisan beliau.

Saya pernah baca penulisannya lama dahulu,1muka jer kalu tak silap. Tapi x menarik hati saya. Mungkin saya tak suka penulisan llaki. Bila dah beli dan baca, baru muka surat ke-2 saya dah jatuh hati dengan penulisan ini. Berbeza dari yg pernah saya baca ( iyer ker? Atau saya yg dah tersilap mentafsir?)
Tak sabar nk cari msa yg sesuai untuk sambung baca. Biasanya saya akan baca bila masa betul2 lapang..

nanti dah habis, 'update' lagi..hehe..(malunya sayaaaa)

(^_^)
Wassalammm..

Thursday, July 15, 2010

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah S.A.W mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah S.A.W menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah S.A.W, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah S.A.W yakni Abubakar R.A berkunjung ke rumah anaknya Aisyah R.A yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah S.A.W dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah R.A menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar R.A.
Setiap pagi Rasulullah S.A.W selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan
makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah R.A.

Keesokan harinya Abubakar R.A pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar R.A mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar R.A mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah S.A.W.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
R.A, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar R.A
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.


Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
S.A.W?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsa nu l akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu...

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.

Friday, July 2, 2010

BLog baru..

Entah knp tiba2 rajin nak buat blog baru..padahal blog yang lama pon tak ter-update..
TApi kali ni Blog yang special..UNTUK KITA AJER..blog ni khas untuk perempuan/wanita/ibu2..ermm..kongsi2 kan petua..rahsia dan apa sahaja tetang wanita..hehe..nanati saya jemput rakan2 perempuan..

See yaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, June 30, 2010

Semester baru..

Salam ukhwah..

Saya dah kembali ke kampus untuk terakhir kalinya..insyaallah, semester depan saya akan mula 'praktikal'..mendaftar pada hari Ahad untuk 'hostel'. 'Online registration done'. Masuk sahaja hostel..dalam rumah tu seorang pun saya tak kenal..semuanya orang baru. Sebaik sahaja masuk bilik, 'roomate' pun belum ada. Mulalah melilau rasanya. 'Kesik' duk sorang2..hehe

Hari selasa dapat 'roomate' baru..cantik orangnya (Syu)..harap2nya dapat hidup bersama dengan baik disepanjang semester ini..(^_^)

Emm..saya ada dua subjek sahaja untuk semester ini..4kredit hour untuk satu subjek..2jam sehari dari selasa- jumaat.. 24jam - 2jam = baki: 22 jam..nak buat apa ya? Berniaga? Mama pesan, tak yah.. nanti saya cuba fikirkan apa yang boleh saya buat ya..ermmmm..(^_*)

Jalan kaki ke kampus dari hostel ( nak kurus lah kononnya)..kurangkan makan (hari2 bantai char kue tiaw..baru 2 hari..boleh kurus ke)..seronok juga jalan kaki..lagi pun ramai yang buat benda yang sama..(^_^)

Mulai minggu depan, nak 'jog' keliling hostel (kenapa minggu depan yer?).. Atin kata tunggu adik dia bawa kasut dari kampung..boleh laaaaaa

Baru dua hari hidap macam ni, saya dah mula rasa bosan. Nak keluar untuk dapat kan buku2, terlalu jauh. Jadi saya cuma boleh tunggu hujung minggu depan untuk keluar dari sini..emmm..

need to go..

wassalam..

Tuesday, June 22, 2010

Trio novel alaf 21





Rajin yer saya update blog hari ini..mungkin sebab dah lama sangat tak update dan line yang laju kat sini..

Sinopsis Alaf21: KAU CIPTA KASIH
Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.

Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya.
Dan kerana
itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.

Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!

Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...

Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Harga : RM 16.00
Halaman :416


Sinopsis Alaf21: DENGAR KATA KATI
ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.

Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.

Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...

Harga : RM 19.90
Halaman :544

--->> Agaknya yang mana pilihan dihati ya??? Kau cipta kasih dari sinopsisnya menarik.Jalan cerita yang berlainan dari jalan cerita cinta yang biasa..Tapi kedua-dua penulis ini belum pernah saya baca karyanya..boleh cuba ke? Apa salahnya bg peluang pada penulis baru kan?

----->>Enjoy yaaaa

Wassalam..

Monday, June 21, 2010

RELA KU MENANTI-DAMYA HANNA

Sinopsis dari ALAF21

Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.


Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.

Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati?

Ulasan..

Erm..Lama juga saya ambil masa untuk habiskan novel ni..jalan cerita menarik, tapi masalahnya terdapat anasir-anasir luar yang mengganggu konsentrasi. Contohnya, kehadiran sahabat-sahabat yang datang ke rumah dan.." Mbak, jom jalan-jalan..boringlah kat rumah.." dan lagi seorang, " Mu nak gi mano sok? Boringlah duk umoh..kua jom"..haaaa..tu lah kerja saya yang 'bz' sepanjang cuti hinggakan 1 novel pun ambil masa yang lama nak habiskan. Kalau buku ilmiah lain tak tahu lahhhh..hehe

Berbalik pada novel yeee..Nurin ni seorang wanita yang kurang percaya pada cinta..kenangan lama menjadikan dia seorang yang negatif terhadap cinta. Cerita ni menarik juga bila Nurin dan Luqman ni boleh dikatakan kawan yang rapat, kadang-kadang berlaku pertengkaran yang membawa kepada persefahaman.. Nurin ni pada saya wanita yang ego. Tak mengaku dengan perasaan sendiri dan cuba untuk melawan kehendak dan perasaan sendiri. Walaupun Luqman mengakui cintanya dan melamar, namun NUrin masih menafikan bahawa Luqman memang untuknya.

Bila pengakhiran cerita, saya ingatkan akan jadi 'sad ending'..tapi rupanya bila masing-masing membawa diri ke tempat asing, mereka terjumpa di sana..Akhir serita, SO MUCH FOR HER HAPPY ENDING..OH..OH..hehe

-->> Sekarang ni tak ada novel yang hendak di baca.. nak beli macam dah 'lost budget' untuk bulan ni..emmm..apa kata pinjam dari sahabat? Salah satu cara untuk berjimatkan?

PEMBACAAN NOVEL BAGI SESETENGAH ORANG, MEMBUANG MASA..TAPI BAGI SAYA..PENGALAMAN BUKAN SENANG UNTUK DIPEROLEHI..JADI DARI PEMBACAAN SEBEGINI SAYA CUBA UNTUK MENYELAMI PERASAAN SESEORANG DAN BELAJAR UNTUK MENGHADAPI SERTA MENCARI PENYELESAIAN..MANA TAHU, MUNGKIN SUATU HARI KITA BERADA DI TEMPAT YANG SAMA..

Pelbagai cara untuk mencari ilmu dari pelbagai aspek..

--------->>Enjoy every reading<<------

Salam pembacaan..hehe


Sunday, June 20, 2010

Bzz....bz..days..

Salam...
Minggu ni adalah minggu yang amat2 'bz' bagi saya..selama dua hari ini saya sedikit penat, tp 'it ok..its orite'!! hehe..melayan anak2 sedara 4 orang yang ada ( Hashif-11, Faqihah-7, Haziq-5, Hadhirah-3)..jadi 'babysitter'..

'JUst stop by' kejappppp je..untuk menulis sedikit..'at least' ada menulis sedikit kn?hehe..

Okey..chow dulu..daaa...
Salam..

Thursday, June 3, 2010

Salam..

Haii..

Saya beli novel lagi..tp novel yang dah lama dikeluarkan..saya je terlambat sangat2..dulu tak sempat, ni dah beli pun lum ada mood nak baca..sekarang ni mood saya berubah2..baru habiskan baca komik jepun..saja nak bertukar selera..dah settle semua..verita yang saya taip pun belum siap..kononnya nak siapkan dalam tahun ni. tapi tak tahu lah..saya ni seperti menikmati hidup yang ada..enjoyyyyy aja kerja..hehe..maklumlahhh..sahabat2( Arita n La) ada di kampung..rasa macam rugi pula kalu tak luangkan masa bersama..

Damya Hanna- Rela ku menanti..saya suka penulis ni..mungkin ini baru kali ke-2 saya nak baca karyanya, tapi karya pertama ( Bicara Hati) saya suka dengan jalan cerita..dan paling penting, cara ulasannya. Tak bosan baca..sedar2..eh, dah habis..

Bila sudah baca nanti saya akan ceritakan di sini yaaa..Ada 1 novel yang masih belum saya jumpa. On9 ada, tapi sedikit masalah bila nak 'order'..

Ok..see yaaa
Wassalammm..

Wednesday, May 26, 2010

Ulasan..AKU MAHU KAMU

Salam..lama saya ambil masa untuk habiskan novel ini kn? Bukan masa yang diambil untuk menghabiskan novel, tapi masa yang betul2 dalam mood membaca novel..haaaa..tu lah saya. Nak membaca novel pun kena ada mood yang baik.Kalau tak, baca byk kali pun susah nk faham.. Erm..saya ambil masa hampi 1hari 2 malam untuk habis kan novel ni. Lama kn?sllnya 1 hari pun dh boleh habis..dah perempuan..walaupun belum ada tanggungjawab rumah tangga, ada tanggungjwb pada 'parents'..so jarang ada waktu yg betul2 dapat concentrate,hehe..tapi habis juga akhirnya kannnnn..
AKU MAHU KAMU- ALEYA ANEESA..Jalan cerita novel ni memang BEST! Tersentuh juga hati ni dengan tindakan Qisya..seorang ibu dan isteri yang benar2 tabah. Kalau buat drama ni, memang laku. Cara ulasan cerita juga menarik dan tidak keterlaluan..maksudnya kalau pelajar sekolah pun masih boleh baca cerita ni..bersih.. Ermm..pada pendapat saya,kelemahan cerita ini adalah dari segi pengiraan masa. Mungkin saya yang tersilap kira, tp kalau tak silap semuanya kurang dari 4tahun dan bukan 4tahun seperti yang dicerita dalam sinopsis. Lagi satu, pada akhir cerita..cara ulasan di situ dimana Qisya mendapat tahu dia mengandung. Sedangkan pada saat itu dia teringatkan perkara yang berlaku 6bulan lepas. Perkara 6bulan lepas di mana Ziyad pada masa itu sepatutnya sedang mengalami alahan kesan dari Qisya mengandung..tak mungkin seorang wanita mengetahui dirinya mengandung hanya selepas 6 bulan..pelik..atau mungkin saya yang tersilap faham..tapi saya baca berulang-kali. Tak apalah, nanti saya baca lagi..

Tabahnya hati wanita yang bernama Qisya..Tapi kalau benar ada wanita begini..berilah peluang yg lebih awl untuk ubati hati..derhaka bagi seorang wanita yang meninggalkan rumah tanpa keizinan suami dan menolak segala kemahuan suami..

Saturday, May 15, 2010

Exam..

Salam..

Wo0oops! exam ader lg 1 paper..so, maknanya saya belum lagi mula pembacaan novel..lambat lah ulasannya..
Tak sabar rasanya nak tahu macam-mana jalan ceritanya..masih bersabar nie...

See yaaa..

Friday, May 14, 2010

Library UPM

Salam..

Ingat malam tadi nak tido awal..janji dengan kak long nak pergi library di UPM esok..tapi time ni pun belum tido, tak tahu lah esok kul brapa bangunnya..hehe..Harap2 dapat kotakan yang dijanji..kata Khamis, tak jadi sebab saya bangun lambat..malu jer kan? Punyalah semangat, sekali lepas subuh bum! Selamat..

Esok nak pergi nih, awal2 lagi nak bangun..cewahhh..iyer2 jer kan..wish me luck! i wish i would made it..

Hey now! hey now! This is what dreams are made of..somewhere i belong..somebody to love..this is wht dreammmsss..are made of..(Hillary Duff)

Hehe

Jom Membaca..

Penulis muda?

Salam..semua..

Saya sebenarnya sangat tertarik dengan buku2 terbitan Alaf21. Mungkin kerana novel pertama yang saya baca adalah keluaran Alaf21. "Kau Untuk ku" judulnya..maafkan saya jika tersilap..


Keluaran novel Alaf bulan Mei ini memperkenalkan seorang penulis baru..
Liyana Zahim..Dari photonya kelihatan masih muda dan saya tidak pasti usianya..maaf sekali lagi kerana tidak sertakan photonya kerana tanpa kerelaan tuan punya, tak kan saya nak siarkan photonya..ya kan?

Ini antara novel keluaran bulan Mei
dari Alaf21..



Saya ni seorang yang setia dengan penulis lama..jarang memberi peluang kepada penulis2 baru..risau kalau2 ceritanya tidak menarik seperti sinopsis..kebanyakan novel penulisan baru yang saya baca..jalan cerita menarik, tapi cara ulasan cerita membosankan..sampaikan saya ambil masa berbulan untuk habiskan..cerita yang meleret2 dan terlalu banyak watak juga membosankan saya.. Untuk novel terbaru ini, mungkin saya boleh cuba..untuk menghabiskan cuti 4minggu nanti..

Jom membaca semuaaaa..
BACA@LRT...jom join!

Thursday, May 13, 2010

Alahai..belum sempat nak baca novel..

Salam..

Hari ini pun belum sempat nak baca novel..bangun dah lewat, tolong kak long masak..then main dengan si comel, Adam Zarif..hehe..tak banyak karenah cucu ku ini..asal berckp dengan die x apelah..baby 3bln, tengok tv sambil ckp dan gelak2..saya pon tergelak tengok die yg tersengih2 tgk tv..

Tunggu cerita Adamaya di tv3..lg 1 jam ada..sabar2..layan si kecik dulu..

Daaaaaaaaaaaaaaa..

Wednesday, May 12, 2010

Assalamualaikum..


Iv got the book!
AKU MAHU KAMU..

Semalam ke MPH di Alamanda,Putrajaya..sementara tunggu k.long ke reflexology, saya jalan2..Bila nampak MPH, saya meluru masuk. Fuhhh..nasib tak terlanggar sapa2..Masuk je pintu, belah kanan saya penuh dengan novel2..novel lama dan baru..ada seorang kakak tengah susun buku yang baru sampai..

"Adik cari buku ape?" Agaknya kakak tu dah nampak saya dari tadi cari buku tak apa2..hehe..saya cakap kat dia saya cari buku Aku milik mu..yelah, dah lupa tajuk bukunya..hehe.. akak tu betulkan, tapi salah jugak..last2 saya bagitau buku yang ada perempuan duduk di bangku. lepas tu kakak tu tunjukkan cmua buku yang ada bangku..saya bagitau lagi, pempuan tu duduk dibangku..tersengeh2 kambing dah saya nie..

Tapi at last dapattttttttttttttttttttttttttttttttttt..hehe..tapi mata melilau plak..lama jugak saya jalan2 kat situ..mencari buku penulis A.Ubaidillah.."KALA CINTA DAN WAYHU BERSATU" macam dah disarankan oleh Ubaid. Dah banyak kedai saya cari..tp belum ada jodoh..insyaallah..jumpa jga nanti

Sekarang ni, banyak novel islamiah dipasaran..jom kita baca..

Wassalam..

Sunday, May 9, 2010

SEMPENA HARI IBU...AKU MAHU KAMU



AKU MAHU KAMU merupakan rankin ke-4 langganan mingguan novel laris alaf 21..Saya sendiri belum baca, tapi bila baca sinopsis macam best jalan cerita. Cuma perlu menunggu untuk dapatkan dan baca..Kalau cara ulasan bagus, mesti best jalan ceritanya kan?emm..nanti kita komen kemudian..


Baca sinopsisnya dulu yaaa..silakan..NOVEL SEMPENA HARI IBU..


EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Tersentuhkan hati? Kenapa kesalahan pada seorang ibu? Nanti kita sama2 baca ya..

Harga : RM 19.90 Halaman :512

Selamat Hari IBU..My Love.. MAMA..


Happy mother's Day to my lovely MAMA..PUAN HJH HASMAH..
PUAN HJH HASHIMAH HASHIM( K.LONG) dan PUAN HASLINDA HASHIM (K.NGAH)
Kasih sayang seorang ibu tak dapat dipertikaikan lagi..siapa yang boleh persoalkan kasih seorang ibu?

Dari kecil lagi saya ni seorang yang kuat merajuk. Asal marah je nak lari dari rumah. Masa tu umur 5 tahun..asal lari dari rumah je atuk panggil naik umah dia..bila tertidur je, mama datang amik. Jauhnya dalam 10 langkah je dari rumah.

Mama kata, masa kecil2 saya ni suka ikot orang. Kalau orang panggil mak dia org ummi, saya blik panggil umi. kadang2 mummy, kadang2 mak..Last2 lekat panggilan MAMA..mungkin itu yang terakhir saya dengar. Tapi k.long & k.ngah panggil CIK..bila difikir2, pelik lah pula..

Masa nak sambung belajar degree, abah tak bagi. Sebab saya pernah buat hal masa diploma. Buat hal yang buat abah marah..pasal pelajaran, bukan hal yang pelik2 yaa..mama bg 'support'. Mama kata bia abah tak bg, mama akan tanggung semua perbelanjaan.

Dengan restu mama dan sokongan kakak2, saya sambung belajar.Masa mula2 semester 1, mama yang tanggung semua. Sejuk juga hati abah bila result saya elok pada semester pertama. Segala kerisauan saya hilang..Dulu risau kalau2 mama terpaksa tanggung perbelanjaan saya selama 4 tahun.


Sememangnya tak dapat nak dibalas segala pengorbanan itu..bukan setakat itu, malah lebih lagi.. Saya cuma mampu berdoa kesejahteraan hidup mama dan abah serta keluarga, panjangkan umur & kesihatan yg baik kepada mereka agar sempat merasai titik peluh ku suatu hari nanti..
Ya Allah bukalah pintu SYURGA FIRDAUS MU untuk kami..Amin..

salam kehidupan..

Jauh perjalanan dari UNISEL ke Bandar Sri Putra.. Dari bas, membawa ke KTM..orang boleh tahan ramainnya..jam 4.30 bertolak, jam 8 lebih baru sampai. Itu termasuklah tunggu bas nak gerak dan tunggu KTM lambat..Bertemankan MajalahPC..x adalah boring sangat..Edisi Window7..belum cuba,tapi bila cuba di laptop k.long..macam best..

Penat berkemas nak pindah ke hostel..lambatlah bertolak. Cuti semester lagi..tak sabar nak balik kampung. Tapi mok dah tak ada. Nampaknya rumah akan jadi 'sarang' saya lah..nak buat macam-mana..kawan2 semua dah sama-sama membesar dan bawa haluan masing-masing..

Ops..dah lama saya tak berkongsi novel kan? Kesibukan..sebab tu lah tak dapat nak berkongsi novel2 terbaru..skarang saya dah ada broadband. Mungkin cuti nanti saya cuba untuk dapatkan novel2 terbaru dan 'update' di sini..Cuba untuk dekatkan diri dengan technology. Tapi tak tahu lah ada line ke tak kat Kelantan. Mungkin nanti boleh cuba ya..

Mungkin novel tak ada, tapi saya kongsikan lagu dari kumpulan API- Pelita. Pertama kali saya mendengar lagu ini, seperti kena dengan diri saya. Kadang-kadang saya ni terlebih 'emo'. Tapi mungkin 'emo' menjadikan kita 'sense of human'.

----->> Sementara itu, enjoy dan hargailah hidup kita..Khalifah kerdil di bumi Allah<<------

Sunday, April 18, 2010

Pemergian nenda Meriam Ishak

Salam..
Sudah terlalu lama saya tak menulis di sini..
5 April 2010 merupakan tarikh yang tak mungkin dapat kami lupakan..pemergian nenda tersayang sedangkan pada hari yang sama merupakan "Birthday" kekanda ku..Kak Long..
Pada 4April 2010, lebih kurang jam 11 malam kami mendapat panggilan dari bonda di kampung. Sewaktu itu saya di rumah k.long kerana bercuti hujung minggu seperti biasa..Menurut cerita bonda ku, nenda terkena "2nd strok" semasa berseorangan di rumah. Ayahanda terpaksa pecah masuk ke rumah kerana keseluruhan pintu rumah berkunci.

Mendengarkan berita itu, saya tak henti-henti berdoa agar mendapat peluang terakhir berjumpa nenda tersayang..Pada malam itu, sebelum subuh saya bermimpi..nenda dalam kain sembahyang bertanya "Tie tak balik ker?" saat itu saya menjawab.."Balik mok, tie balik"..sebaik sedar, terus saya solat subuh..saya cuma beritahu k.ngah tentang mimpi itu..selama saya kenali nenda selama lebih dari 22tahun..saya tak pernah lihat nenda berjalan dengan sempurna..selama saya kenali nenda, segala rahsia..segala pengalaman hidup dikongsi..dari kecil saya hidup bersamanya.."Mok tak tahan doh Tie..nk baco tak leh doh..nak baco semaye pon x leh doh" Suatu saat saya terfikir..kalau pemergian dapat hilangkan kesakitannya..saya redha nenda pergi dahulu..

Setelah "2nd strok" nenda tidak sedarkan diri sehinggalah 5 April 2010, sebaik sahaja selepas azan Isyak..nenda kembali ke rahmatullah..saat itu saya dalam perjalanan untuk pulang ke kampung, dari Stesen Bus Kajang ke Pasir Puteh, Kelantan. Panggilan Bonda pada malam itu tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila..saya menangis semahunya..surah Yassin dari MP4 sehinggalah handset, x pernah henti..kemudian saya sedar, saya telah redha segalanya..kenapa perlu saya menangis? Saya berhenti menangis, teruskan Yassin..entah bila terlelap..sesekali tersedar..kembali bersama Yassin..tapi perjalanan dirasakan begitu singkat..kakakanda-kakakanda saya bersama keluarga turut balik ke kampung pada malam itu juga..

Saat menatap wajah saudara-mara yang menangis, saat itu air mata tak setitis pun ada..sehinggalah saya bersalam dan memeluk nenda Hassan bin Che Mat. Saya peluk nenda agar bersabar dengan pemergiannya.."Biarlah kalu dah pergi..kita dah tak leh buat per2 cik.."saya sapu perlahan air matanya..bila air mata saya berhenti menitis, saya duduk bersebelahan kepala nenda Meriam..Yassin dibaca lagi kemudian ayat2 Al-Quran..terlalu sayang nak meniggalkan nenda tanpa sebarang bacaan Al-quran..saat kakakanda melihat jenazah, saya tak dapat melihatnya..takut jika terasa rindu..bila k.long menyuruh saya lihat, barulah saya akur..saat itu gugur lagi air mata..nenda Meriam seolah-olah tersenyum dalam tidurnya..Setelah melihat wajahnya itu, barulah tenang hati ini dan mampu tersenyum kembali..

Saat dikapankan, saya hanya melihat..kedua kakakanda membantu..saat kucupan terakhir..saya memberikan tiga kucupan terakhir..dahi dan kedua belah pipi..ciuman kepada nenda Meriam selalunya terasa hangat..namun kali ini sejuk sekali..selalunya saya kucup tangan dan kedua belah pipi..tapi untuk terakhir kalinya begitu berbeza..kucupan hangat itu dua minggu yang lepas sebelum pemergiannnya..

Pada cuti sekolah, lebih kurang dua minggu sebelum pemergian nenda, kami adik beradik balik ke kampung dan meluangkan masa bersama keluarga..kami berbual panjang dengan nenda..tak menampakkan yang nenda Meriam akan pergi selamanya..Permintaan terakhirnya pada saya saat itu.."Tie oyak lah ko mat tu..bawok mok ayoh dio mari jupo abah. Kenal2..Mok x de doh nak tengok tie nikoh..nak mati dohh.." Nenda berdua sudah bertemu MOhd Fikry..mungkin nenda Meriam berkenan dengan pilihan saya..tapi waktu masih panjang..saya beritahu bahawa saya belum bersedia untuk melibatkan keluarga..nenda Meriam hanya diam pada saat itu..bila berbual dengan saya, nenda selalu kata dia dah nak pergi..kerana itu lah saya tak jangkakan secepat ini dia pergi..

Harini genap 13 hari nenda pergi..tahlil masih dibuat pada tiap malam jumaat setelah selesai 7malam berturut-turut..pada malam 40 pemergian nenda Meriam, saya dan k.ngah sekeluarga akan pulang ke kampung..Moga roh nenda Meriam Ishak akan ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi-Nya..Amin..

PEMERGIAN TIADA GANTINYA..SENYUMAN MU, TUTUR KATA MU, GURAU SENDA MU, KATA NASIHAT MU..AKAN SENTIASA DALAM INGATAN KU..NENDA MERIAM BINTI ISHAK..

Al-Fatihah..

Saturday, March 6, 2010

Attending "Bengkel ICT"



Salam..

Curi masa kejap..x salahkan? Dah lama sgt x update blog nie.Laptop rosak..Tapi sekarang dah ok..RM480,repair motherboard..little bit expensive.Tapi alhamdulillah..hopefully berkekalan lah 'sihat-nya'.. kedai tu di Kajang.

Sekarang ni dalam bengekel ICT sebenarnya..nak cari "ILMU OF THE DAY"..i will update later apa2 yang menarik yaa..


see yaa

daaaaaaaa

Tuesday, February 9, 2010

thanks..









25 already!!!!
So what gonna happen on the age of 25?

Salam..thanks to Fatin, Suriani and Suliati for celebrated my birthay..kat kfc ijok..
BEst sangat2..sya masukn pic kat cni sekali buat kenangan sendiri. At least kalu laptop rosak ker..ape ker..still ader kenangan yang tertinggal..hehe..berair mata lah plak..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk bertapak dibumi Allah ini untuk sekian kalinya. Terima kasiih pada Mama, Abah, K.long and K.ngah sebab dah 25tahun bersama. Banyak nasihat dan tunjuk ajar yg sentiasa dipraktikkan sampai sekarang dan sehingga akhir hayat insyaallah..

Pada rakan2 terima kasih kerana menjadi rakan-rakan seperjuangan yg byk membantu. Terutama kamilian, UiTM mache dan UNISEL. Bantuan korang sya ingat dan hargai sampai bila2..

Wahhhh!! dah macam perutusan PM plak..hehe..yg bca blog nie, jgnlah bca jer..tinggalkan lah komen2 yg bernas yer..sya cuma cuba utk menulis dan meluangkn masa disini..

tq..
salam ukhwah utk semua..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa