Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? ~ Manjalara

Salam ukhwah..(^_^)v

Dah terlalu lama saya tidak bercerita tentang novel kan?? Mulanya dah serik nak baca novel CINTA..yer lah kan..selalunya bila novel CINTA lebih banyak
'HAPPY ENDING' reality?? ermm..tah aper2 jer..dan saya berubah pada novel seram..pun tak bercerita di sini..dan buku2 ilmiah(ermm..cuba untuk berubah..ngee).. Tapi tah macam-mana,sambil2 tunggu nasi kandaq kat Restoran Zoi, Bangi..Ternampak kedai buku..Saya memang pantang jumpa kedai buku..akan masuk.Cuma bezanya..beli @tidak.

Tertarik pada 1 buku::::: SUKA SAYA YA?SUKA SAYA TIDAK?


Tajuk menarik, cover buku pun menarik..

Antara ayat PENARIK:

Jodoh itu rahsia Allah.. Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata.. Andai bersua lagi, akan aku
kotakan janji padanya.. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?

Sini sedikit sinopsis yang diculik dari blog lain:


Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.

Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.

Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

* * *

MANJLARA menulis tulus dan indah sekali. Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorang anak yang terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorang perawan suci. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati.

Selalunya saya akan ulas selepas habis baca..Tapi sampai sekarang belum habis baca..Jalan cerita menarik, tapi saya seolah2 takut untuk mengetahui jalan akhir cerita..hehe..Jadi sengaja saya lambat2kan(ngee..lom pernah berlaku keadaan ini..)

Insyaallah, akan saya habiskan dalam waktu terdekat..ermm..

Harga Buku:RM19.oo

Helaian Muka surat:443

Terbitan: Jemari Seni(Js)


"TANAMKAN SEMANGAT MEMBACA DALAM DIRI..MEMBACA NOVEL JUGA MERUPAKAN SATU PENGALAMAN ANDAI BIJAK MENGHAYATI CERITA DAN WATAK"


Wassalam(^_^)v




Tuesday, November 2, 2010

Salam

Huh!! taking toooooo long 2 spend time here again..ermmm..

Novel LAgenda Budak Setan tu dah lama habis baca..ceritanya memang best! Setianya dia pada seorang perempuan..tak nak lah ulas cerita tu macam selalu..

Frust bila tengok movie lagenda budak setan..cerita yang dihasilkan tak seasli novel yang dikarang. Sebenarnya jauh menyimpang dari jalan cerita sebenar. Orang yang tulis dialog atau jalan cerita itu sebenarnya terlupa jalan cerita sebenar ataupun memang nak tukar jalan cerita tersebut? Bukan saya sahaja, malahan ramai yang tengok movie n baca novel akan katakan mereka 'frust' dengan movie tersebut. Dengan kata lain, frust. Pelakon dah memang best, dah kena..tapi jalan cerita tu..hishhh..membawa makna lain..betullah kata sesetengah pendapat, baca novel lagi 'feel' ataupun best dari movie. Walaupun movie tersebut diadaptasikan dari sesuatu novel. Erm..

Tapi ada ke movie yang dihasilkan lebih menarik dari novel? Huh!! Lum pernah jumpa lagi kot..Sesetengah novel cinta akan menceritakan kisah percintaan 2 insan. Kadang-kala perbuatan yang melampaui batas. Dalam movie pun kadang-kala akan dilakonkan juga, tapi kesan yang diberikan tetap tidak akan sama. Kalau tak berkesan, lebih elok jika tidak perlu..walaupun pasangan yang melakonkan ialah pasangan suami isteri, tak elok bila kana2 yang menonton..bagi anak2, semuanya boleh.. Tapis2 lah cerita untuk anak2 kita..

Pendek kata, Novel Lagenda Budak Setan lebih best dari movie-nyer (^_^)v

Wednesday, May 26, 2010

Ulasan..AKU MAHU KAMU

Salam..lama saya ambil masa untuk habiskan novel ini kn? Bukan masa yang diambil untuk menghabiskan novel, tapi masa yang betul2 dalam mood membaca novel..haaaa..tu lah saya. Nak membaca novel pun kena ada mood yang baik.Kalau tak, baca byk kali pun susah nk faham.. Erm..saya ambil masa hampi 1hari 2 malam untuk habis kan novel ni. Lama kn?sllnya 1 hari pun dh boleh habis..dah perempuan..walaupun belum ada tanggungjawab rumah tangga, ada tanggungjwb pada 'parents'..so jarang ada waktu yg betul2 dapat concentrate,hehe..tapi habis juga akhirnya kannnnn..
AKU MAHU KAMU- ALEYA ANEESA..Jalan cerita novel ni memang BEST! Tersentuh juga hati ni dengan tindakan Qisya..seorang ibu dan isteri yang benar2 tabah. Kalau buat drama ni, memang laku. Cara ulasan cerita juga menarik dan tidak keterlaluan..maksudnya kalau pelajar sekolah pun masih boleh baca cerita ni..bersih.. Ermm..pada pendapat saya,kelemahan cerita ini adalah dari segi pengiraan masa. Mungkin saya yang tersilap kira, tp kalau tak silap semuanya kurang dari 4tahun dan bukan 4tahun seperti yang dicerita dalam sinopsis. Lagi satu, pada akhir cerita..cara ulasan di situ dimana Qisya mendapat tahu dia mengandung. Sedangkan pada saat itu dia teringatkan perkara yang berlaku 6bulan lepas. Perkara 6bulan lepas di mana Ziyad pada masa itu sepatutnya sedang mengalami alahan kesan dari Qisya mengandung..tak mungkin seorang wanita mengetahui dirinya mengandung hanya selepas 6 bulan..pelik..atau mungkin saya yang tersilap faham..tapi saya baca berulang-kali. Tak apalah, nanti saya baca lagi..

Tabahnya hati wanita yang bernama Qisya..Tapi kalau benar ada wanita begini..berilah peluang yg lebih awl untuk ubati hati..derhaka bagi seorang wanita yang meninggalkan rumah tanpa keizinan suami dan menolak segala kemahuan suami..

Friday, May 14, 2010

Penulis muda?

Salam..semua..

Saya sebenarnya sangat tertarik dengan buku2 terbitan Alaf21. Mungkin kerana novel pertama yang saya baca adalah keluaran Alaf21. "Kau Untuk ku" judulnya..maafkan saya jika tersilap..


Keluaran novel Alaf bulan Mei ini memperkenalkan seorang penulis baru..
Liyana Zahim..Dari photonya kelihatan masih muda dan saya tidak pasti usianya..maaf sekali lagi kerana tidak sertakan photonya kerana tanpa kerelaan tuan punya, tak kan saya nak siarkan photonya..ya kan?

Ini antara novel keluaran bulan Mei
dari Alaf21..



Saya ni seorang yang setia dengan penulis lama..jarang memberi peluang kepada penulis2 baru..risau kalau2 ceritanya tidak menarik seperti sinopsis..kebanyakan novel penulisan baru yang saya baca..jalan cerita menarik, tapi cara ulasan cerita membosankan..sampaikan saya ambil masa berbulan untuk habiskan..cerita yang meleret2 dan terlalu banyak watak juga membosankan saya.. Untuk novel terbaru ini, mungkin saya boleh cuba..untuk menghabiskan cuti 4minggu nanti..

Jom membaca semuaaaa..
BACA@LRT...jom join!

Wednesday, May 12, 2010

Assalamualaikum..


Iv got the book!
AKU MAHU KAMU..

Semalam ke MPH di Alamanda,Putrajaya..sementara tunggu k.long ke reflexology, saya jalan2..Bila nampak MPH, saya meluru masuk. Fuhhh..nasib tak terlanggar sapa2..Masuk je pintu, belah kanan saya penuh dengan novel2..novel lama dan baru..ada seorang kakak tengah susun buku yang baru sampai..

"Adik cari buku ape?" Agaknya kakak tu dah nampak saya dari tadi cari buku tak apa2..hehe..saya cakap kat dia saya cari buku Aku milik mu..yelah, dah lupa tajuk bukunya..hehe.. akak tu betulkan, tapi salah jugak..last2 saya bagitau buku yang ada perempuan duduk di bangku. lepas tu kakak tu tunjukkan cmua buku yang ada bangku..saya bagitau lagi, pempuan tu duduk dibangku..tersengeh2 kambing dah saya nie..

Tapi at last dapattttttttttttttttttttttttttttttttttt..hehe..tapi mata melilau plak..lama jugak saya jalan2 kat situ..mencari buku penulis A.Ubaidillah.."KALA CINTA DAN WAYHU BERSATU" macam dah disarankan oleh Ubaid. Dah banyak kedai saya cari..tp belum ada jodoh..insyaallah..jumpa jga nanti

Sekarang ni, banyak novel islamiah dipasaran..jom kita baca..

Wassalam..