'HAPPY ENDING' reality?? ermm..tah aper2 jer..dan saya berubah pada novel seram..pun tak bercerita di sini..dan buku2 ilmiah(ermm..cuba untuk berubah..ngee).. Tapi tah macam-mana,sambil2 tunggu nasi kandaq kat Restoran Zoi, Bangi..Ternampak kedai buku..Saya memang pantang jumpa kedai buku..akan masuk.Cuma bezanya..beli @tidak.
Antara ayat PENARIK:
kotakan janji padanya.. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?
Sini sedikit sinopsis yang diculik dari blog lain:
Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.
Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.
Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.
* * *
MANJLARA menulis tulus dan indah sekali. Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorang anak yang terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorang perawan suci. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati.
Selalunya saya akan ulas selepas habis baca..Tapi sampai sekarang belum habis baca..Jalan cerita menarik, tapi saya seolah2 takut untuk mengetahui jalan akhir cerita..hehe..Jadi sengaja saya lambat2kan(ngee..lom pernah berlaku keadaan ini..)
Insyaallah, akan saya habiskan dalam waktu terdekat..ermm..
Harga Buku:RM19.oo
Helaian Muka surat:443
Terbitan: Jemari Seni(Js)
"TANAMKAN SEMANGAT MEMBACA DALAM DIRI..MEMBACA NOVEL JUGA MERUPAKAN SATU PENGALAMAN ANDAI BIJAK MENGHAYATI CERITA DAN WATAK"
Wassalam(^_^)v
No comments:
Post a Comment