Sunday, October 2, 2011

Sepi..Untuk seketika

Memberi ruang pada diri dan seseorang..
Salam Ukhwah..

Diri kita mungkin pernah ter-suka atau ter-tarik pada seseorang tanpa kita sedar.. bila ada orang lain yang ter-sedar dengan hal itu, kita mula menafikan. Tak ramai orang yang akan mengaku kerana hal ini hanya akan kita perasan bila kita duduk dan berfikir. "Kenapa DIA menarik perhatian ku" atau " Aku suka memandangnya."

Secara ikhlas menyukai seseorang, tapi mungkin bukan sampai tahap untuk lebih atau terlalu berharap. Tapi selalunya si DIA akan menganggap bila suka, perlu ada hubungan yang lebih selepas di luahkan. Opppssss! Mungkin itu pandangan sesetengah orang. Tapi bagi saya, suka itu sekadar pandangan atau luahan. Peluang untuk bersama itu tak semestinya perlu..Suka dengan perwatakan dan cara pemikiran (err..mungkin sebab itu orang kata memilih or 'demand maybe')..Suka pada seseorang itu boleh membawa sebagai sahabat.. Kalau tak suka pada yang meluahkan, rasanya tak perlu sampai melarikan diri atau bertindak 'invisible' pada orang tersebut.."That's unfair"..

Ingat..hidup kita masih panjang..jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan kesan jangka panjang pada orang lain ataupun menimbulkan perasaan menyampah..Manalah tahu kalau tiba-tiba suatu masa orang yang kita elakkan itu melekat di hati..Bukankah susah untuk kita nafikan perkara yang telah kita lakukan pada si DIA? silap-silap orang itu pula yang jual mahal.Bukankah buang masa dan tenaga? Ermm..fikir-fikirkan..

Kamu suka DIA,tapi kamu dah asingkan DIA dari hidup kamu..adakah ruang untuk kamu lagi dalam hatinya?Hargai setiap yang diperolehi..Pendek kata, hargai orang lain..

-Wassalam(^_^)v-