Monday, April 25, 2011

Cerita Dulu..me and myKOMPUTERrr

Salam ukhwah..


Intenet..saya mula kenal pada tahun 1996 kalau tak silap. Masa tu k.long yang bekerja di Sabah balik bersama 'notebook' acer. Waktu itu saya darjah 5 dan hanya explorer. Manaip pun tak reti. Tiap malam saya akan guna notebook lepas k.long siap kerja dia. Bila mengantuk je, saya terus 'take over'. Yang penting, 'i know how to shut down(hehehe)'..

Dial up..masa tu TM dial up. Tak tahu lah dial berapa. Sekarang 1515/1315..dah lupa, lama tak guna. Lepas beberapa hari, reti la nak on, dial and off notebook sendiri..hehe..sudah 'up'.
THUMB UP!

Lepas habis UPSR, sambil2 tunggu result..belajar komputer buat pertama kalinya..k.long yang hantar. walaupun kemalasan yang melanda..ku harungi jua..semangat hari2 sebab cikgu yang kuit-miut..hehe(gatai! haha..masa tu suka tengok sahaja yer, tak lebih..saya ni 'innocent' cam sivik2 gitu..hehe)..Masa tu kursus PENGENALAN KOMPUTER dan MICROSOFT OFFICE..kira time tu kalau orang tahu komputer memang 'i'm adore' lahh(hehe)..

Tak cukup dengan tu, pengaruh kawan-kawan punya pasal( bukan selalupun dipengaruhi..) lepas SPM saya pergi lagi kursus komputer..ermm..teman kawan2 punya pasal belajar lagi. Bosan amat! ngee(macam perasan pandai je..hehe..sowi..) Alhamdulillah, bila orang cerita, serba sedikit saya dah tahu..dan ilmu itu digunakan sampai sekarang..

UiTM dapat PC..desktop..banyak problem betul..komputer 'clon' yang amat teruk! Asyik masuk hospital je..laju jer abah melaburkan duit..

Di UNISEL masih guna desktop sampai lah diserang virus yang amat teruk akibat biznes dan CPU pun problem. Lama juga saya hidup tanpa PC..hukhuk..

Saya dah mula terlupa bila kali pertama saya bermula dengan dunia blogger. mungkin saya perlu baca kembali 'entry2' yang lepas, yang pernah saya tulis.

Sebelum tahu serba sedikit tertang 'blogging' saya pernah jalan-jalan online. Maklumlah, mula-mula dapat komputer sendiri..asal ada yang perlu 'register', cepat2 saya buat. 'Blog' pun salah satunya. Register je sedangkan tak tahu apa fungsi dan bagaimana nak gunakan..erm..

Bila 're-called', semester 2 di UNISEL..Assembly Language, Mr Khairul Anuar.."KAMU TAK AKAN LULUS DALAM KELAS SAYA TANPA LAPTOP"..Sudah.. Maka bermula lah cerita PC yang ke dua..TOSHIBA SANG..yang disayangi dan dichentai sampai sekarang..awal 2008-2011..

first task. INTRODUCE YOUR GROUP ON9.. ermm..masa tu kami buta IT.setakat nak 'chat' dan 'ym' memang kami pakar. Kena pula lecturer yang bila ditanya.." Awak carilah sendiri.Saya tak boleh bagitau" hah! parah tul..

Seminggu task tu, hari terakhir nk 'present' baru saya terfikir pasal blog. Pagi2 kami jumpa di cafe dan bincang apa yang dimasukkan dalam BLOG kami yang 1st time. Erm..semester2 awal sel2 neuron memang berkembang dengan pesatnya..tak ada 1 pun wayar terputus..

Ilmu blog bertambah sedikit demi sedikit..bukan lepas semester yang parah tu..tapi cuma selepas teringin untuk ber-blog dengan saranan seorang sahabat..Jadi sampai sekarang saya masih menulis dan setiap kali cuba perbaiki penulisan..

Maaf tentang novel yang tak siap..ramai yang bertanya bila nak siap. Dah bertahun2 blog karya tu tak 'update'..Ensyaallah, kalau suatu hari sumber inspirasi ada, siaplah cerita tersebut..Saya bukanlah penulis yang professional, jadi jalan cerita itu suprise dan mungkin tak boleh dijangka..penghujung cerita ada, jalan cerita juga ada. Tapi saya rasa gaya penulisan saya tak cukup menarik menjadikan semangat luntur seketika..Ensyaallah..akan ada penghujungnya..

Wahhhh..dari tak ada idea langsung, sampai meleret2..cukup lah dulu..cuma nak masukkan 'entry' dalam nie..itu jer..

SAYONARAAAA..

WASSALAM(^_^)V

Wednesday, April 20, 2011

Menggamit memori


Salam ukhwah...
Kali ini entry yang berbeza..video pula saya attach bersama 'entry'. Ini semua sbb pengaruh Media Prima. Nak gi uji bakat bratur panjang. Tak jadi. So buatlah video sendiri..heehe

Zaman persekolahan kita dulu indah kan?? Ramai kawan2..dapat bermain..belajar..yang paling penting, bermain..kalau zaman saya dulu, lompat tali@ ai em ge (haaa..mesti plek bunyi nyer kan??) Bila nyanyi masa main tu, saya main hafal jer apa yang orang lain sebut..contohnyer lagu ni..

Air em ge to be lek sunday..( I am girl to the back sunday)
Si em me ge el aoooo to go.. (yang ni sampai sekarang tak tahu aper)..hoho
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z (kalau lepas, masuk 2nd song)

Rumah terbakar panggil bomba..
Bomba datang berlumba2..
A-Z (mls nak taip..huhu)

Banyak lagi lagu lain.luper dah..hehe..(usia makin bertambah, sel neuron banyak dah terbakar sebab tak banyak berfikir..ngee)

Kanak-kanak sekarang dah tak rasa semua tu kan?? Aktiviti mereka semua tentang duit..duit..duit..Yang juga melibatkan 'cost..cost..cost'..kalau mak ayah orang susah macam-mana lah agaknye kan?? Adesh..risau2..macam-manalah anak2 saya nanti. Mesti lagi banyak perubahan kehidupan yang berlaku. Makin banyak dugaan kita sebagai ibubapa, semakin banyak kos kehidupan yang perlu ditanggung.

Semakin cepat teknologi berkembang, semakin bijak pemikiran kanak2.." Ummi! nak tu!" aaaa..sudahhhhhh..seram2..Buatnyer di minta play station ke..Laptop ALIEN ke..senget ummi dan abah nye mau layan..kalu minta kamus besta tu boleh kira mau dilayan..darjah 1 dah pakai handset..wahhh..demand betul..(kok palo ngan pembaris kam..ngee)

ISh..dah banyak sangat melalut ni..padahal nak tunjuk video tu jer..pada yang rindu saya, terimalah video yang tanpa edit2 itu..walaupun buruk, tonton je laaa..ngee..

PENDIDIKAN SENI ENJOY MEWARNA..
BEREBUT WARNA SAMPAI KETUK KEPALA..
MENGGAMIT KENANGAN DULU KALA..
SAAT MENGISI ILMU DI DADA..

Wassalam..(^_^)v