Salam ukhwah..
Intenet..saya mula kenal pada tahun 1996 kalau tak silap. Masa tu k.long yang bekerja di Sabah balik bersama 'notebook' acer. Waktu itu saya darjah 5 dan hanya explorer. Manaip pun tak reti. Tiap malam saya akan guna notebook lepas k.long siap kerja dia. Bila mengantuk je, saya terus 'take over'. Yang penting, 'i know how to shut down(hehehe)'..
Dial up..masa tu TM dial up. Tak tahu lah dial berapa. Sekarang 1515/1315..dah lupa, lama tak guna. Lepas beberapa hari, reti la nak on, dial and off notebook sendiri..hehe..sudah 'up'.
THUMB UP!
Lepas habis UPSR, sambil2 tunggu result..belajar komputer buat pertama kalinya..k.long yang hantar. walaupun kemalasan yang melanda..ku harungi jua..semangat hari2 sebab cikgu yang kuit-miut..hehe(gatai! haha..masa tu suka tengok sahaja yer, tak lebih..saya ni 'innocent' cam sivik2 gitu..hehe)..Masa tu kursus PENGENALAN KOMPUTER dan MICROSOFT OFFICE..kira time tu kalau orang tahu komputer memang 'i'm adore' lahh(hehe)..
Tak cukup dengan tu, pengaruh kawan-kawan punya pasal( bukan selalupun dipengaruhi..) lepas SPM saya pergi lagi kursus komputer..ermm..teman kawan2 punya pasal belajar lagi. Bosan amat! ngee(macam perasan pandai je..hehe..sowi..) Alhamdulillah, bila orang cerita, serba sedikit saya dah tahu..dan ilmu itu digunakan sampai sekarang..
UiTM dapat PC..desktop..banyak problem betul..komputer 'clon' yang amat teruk! Asyik masuk hospital je..laju jer abah melaburkan duit..
Di UNISEL masih guna desktop sampai lah diserang virus yang amat teruk akibat biznes dan CPU pun problem. Lama juga saya hidup tanpa PC..hukhuk..
Saya dah mula terlupa bila kali pertama saya bermula dengan dunia blogger. mungkin saya perlu baca kembali 'entry2' yang lepas, yang pernah saya tulis.
Sebelum tahu serba sedikit tertang 'blogging' saya pernah jalan-jalan online. Maklumlah, mula-mula dapat komputer sendiri..asal ada yang perlu 'register', cepat2 saya buat. 'Blog' pun salah satunya. Register je sedangkan tak tahu apa fungsi dan bagaimana nak gunakan..erm..
Bila 're-called', semester 2 di UNISEL..Assembly Language, Mr Khairul Anuar.."KAMU TAK AKAN LULUS DALAM KELAS SAYA TANPA LAPTOP"..Sudah.. Maka bermula lah cerita PC yang ke dua..TOSHIBA SANG..yang disayangi dan dichentai sampai sekarang..awal 2008-2011..
first task. INTRODUCE YOUR GROUP ON9.. ermm..masa tu kami buta IT.setakat nak 'chat' dan 'ym' memang kami pakar. Kena pula lecturer yang bila ditanya.." Awak carilah sendiri.Saya tak boleh bagitau" hah! parah tul..
Seminggu task tu, hari terakhir nk 'present' baru saya terfikir pasal blog. Pagi2 kami jumpa di cafe dan bincang apa yang dimasukkan dalam BLOG kami yang 1st time. Erm..semester2 awal sel2 neuron memang berkembang dengan pesatnya..tak ada 1 pun wayar terputus..
Ilmu blog bertambah sedikit demi sedikit..bukan lepas semester yang parah tu..tapi cuma selepas teringin untuk ber-blog dengan saranan seorang sahabat..Jadi sampai sekarang saya masih menulis dan setiap kali cuba perbaiki penulisan..
Maaf tentang novel yang tak siap..ramai yang bertanya bila nak siap. Dah bertahun2 blog karya tu tak 'update'..Ensyaallah, kalau suatu hari sumber inspirasi ada, siaplah cerita tersebut..Saya bukanlah penulis yang professional, jadi jalan cerita itu suprise dan mungkin tak boleh dijangka..penghujung cerita ada, jalan cerita juga ada. Tapi saya rasa gaya penulisan saya tak cukup menarik menjadikan semangat luntur seketika..Ensyaallah..akan ada penghujungnya..
Wahhhh..dari tak ada idea langsung, sampai meleret2..cukup lah dulu..cuma nak masukkan 'entry' dalam nie..itu jer..
SAYONARAAAA..
WASSALAM(^_^)V
No comments:
Post a Comment