Tuesday, November 2, 2010

Salam

Huh!! taking toooooo long 2 spend time here again..ermmm..

Novel LAgenda Budak Setan tu dah lama habis baca..ceritanya memang best! Setianya dia pada seorang perempuan..tak nak lah ulas cerita tu macam selalu..

Frust bila tengok movie lagenda budak setan..cerita yang dihasilkan tak seasli novel yang dikarang. Sebenarnya jauh menyimpang dari jalan cerita sebenar. Orang yang tulis dialog atau jalan cerita itu sebenarnya terlupa jalan cerita sebenar ataupun memang nak tukar jalan cerita tersebut? Bukan saya sahaja, malahan ramai yang tengok movie n baca novel akan katakan mereka 'frust' dengan movie tersebut. Dengan kata lain, frust. Pelakon dah memang best, dah kena..tapi jalan cerita tu..hishhh..membawa makna lain..betullah kata sesetengah pendapat, baca novel lagi 'feel' ataupun best dari movie. Walaupun movie tersebut diadaptasikan dari sesuatu novel. Erm..

Tapi ada ke movie yang dihasilkan lebih menarik dari novel? Huh!! Lum pernah jumpa lagi kot..Sesetengah novel cinta akan menceritakan kisah percintaan 2 insan. Kadang-kala perbuatan yang melampaui batas. Dalam movie pun kadang-kala akan dilakonkan juga, tapi kesan yang diberikan tetap tidak akan sama. Kalau tak berkesan, lebih elok jika tidak perlu..walaupun pasangan yang melakonkan ialah pasangan suami isteri, tak elok bila kana2 yang menonton..bagi anak2, semuanya boleh.. Tapis2 lah cerita untuk anak2 kita..

Pendek kata, Novel Lagenda Budak Setan lebih best dari movie-nyer (^_^)v

No comments:

Post a Comment