Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari IBU..My Love.. MAMA..


Happy mother's Day to my lovely MAMA..PUAN HJH HASMAH..
PUAN HJH HASHIMAH HASHIM( K.LONG) dan PUAN HASLINDA HASHIM (K.NGAH)
Kasih sayang seorang ibu tak dapat dipertikaikan lagi..siapa yang boleh persoalkan kasih seorang ibu?

Dari kecil lagi saya ni seorang yang kuat merajuk. Asal marah je nak lari dari rumah. Masa tu umur 5 tahun..asal lari dari rumah je atuk panggil naik umah dia..bila tertidur je, mama datang amik. Jauhnya dalam 10 langkah je dari rumah.

Mama kata, masa kecil2 saya ni suka ikot orang. Kalau orang panggil mak dia org ummi, saya blik panggil umi. kadang2 mummy, kadang2 mak..Last2 lekat panggilan MAMA..mungkin itu yang terakhir saya dengar. Tapi k.long & k.ngah panggil CIK..bila difikir2, pelik lah pula..

Masa nak sambung belajar degree, abah tak bagi. Sebab saya pernah buat hal masa diploma. Buat hal yang buat abah marah..pasal pelajaran, bukan hal yang pelik2 yaa..mama bg 'support'. Mama kata bia abah tak bg, mama akan tanggung semua perbelanjaan.

Dengan restu mama dan sokongan kakak2, saya sambung belajar.Masa mula2 semester 1, mama yang tanggung semua. Sejuk juga hati abah bila result saya elok pada semester pertama. Segala kerisauan saya hilang..Dulu risau kalau2 mama terpaksa tanggung perbelanjaan saya selama 4 tahun.


Sememangnya tak dapat nak dibalas segala pengorbanan itu..bukan setakat itu, malah lebih lagi.. Saya cuma mampu berdoa kesejahteraan hidup mama dan abah serta keluarga, panjangkan umur & kesihatan yg baik kepada mereka agar sempat merasai titik peluh ku suatu hari nanti..
Ya Allah bukalah pintu SYURGA FIRDAUS MU untuk kami..Amin..

No comments:

Post a Comment