Salam ukhwah..
Sepatah, ringkas tapi bermakna..memberi kesan pada orang yang mengucapkan. Tapi berapa ramai yang mampu untuk menyebut perkataan "Saya CINTAkan awak" dan berapa ramai yang mampu menyebut "I LOVE YOU"..Lain kah maknanya?
Sejauh mana penghayatan setiap ungkapan tersebut? Selalunya, bila couple2 bercakap dengan pasangan mereka mesti ada "I LOVE YOU" sebagai penutup kata..erm..omputih betulkan? Ungkapan "SAYA CINTAKAN AWAK"..jarang2 dapat dengar..kalau ada pun, dalam drama..Kalau Drama swasta( realiti) mungkin diungkapkan secara tertutup..Mungkin kedengaran lebih ikhlas dan lebih lembut atau lebih sedap untuk didengar..
Apapun, kedua2 ungkapan ini mampu menyentuh hati sesiapa sahaja..Kalau tak mampu untuk menyebut kedua2 tersebut, boleh menghargai seseorang dengan hanya ungkapkan "SAYA SAYANG AWAK"..Tapi lain pula maknanya kan? Tapi tetap menunjukkan orang tersebut dihargai..
Ada pendapat mengatakan, CINTA itu hanya untuk pencipta..itu pendapat masing2..Mungkin bagi mereka, perkataan CINTA itu tidak sesuai digunakan untuk ekspresi-kan sesama kita.. Secara jujurnya, hanya CINTA dari Allah yang dapat dirasakan setiap saat..yang sentiasa ingat pada kita..hinggakan dihantar penjaga untuk kita..ermm..kalau kekasih mungkin juga boleh hantar 'Bodyguard' yer? Bertambah penjaga..beruntung orang tersebut..
Anda percaya pada CINTA?
Kerana CINTA ALLAH terciptanya Adam..
Kerana CINTA ALLAH diciptakan Hawa peneman Adam..
Kerana CINTA ALLAH wujudnya kita di sini..
Tapi kerana CINTA sesama manusia,
Kadang lupa CINTA ALLAH..
Lupa siapa diri..lupa janji terpatri..
CINTA itu terlalu suci, tetapi kadang dicemari..
Kerna kita sering terleka dengan duniawi..
Sekadar berpesan pada diri agar ingat bumi yang di pijak bukan selamanya di sini..Insan yang dikasih, disayang, dicinta, disanjung..tidak akan selamanya bersama..
Hargai setiap Insan..
Wassalam..
BUtterflyPrincessN3 17/01/2011
No comments:
Post a Comment