Monday, January 31, 2011

Novel?


salam..(^_^)

Rasa dah lama sangat tak beli novel. Dah lama juga tak buat ulasan novel dalam blog ni..ermm..memang dah lama tak beli dan tak baca novel. Bukan tak berminat, tapi setiap kali ke kedai buku untuk beli novel,mesti tajuk tak melekat di hati. Saya dah bosan sebenarnya baca novel kisah cinta.. Baru tadi hati tertarik dengan sebuah buku. Jadi saya beli..

Dari google..Mungkin ini cover buku yg dulu..yg saya beli ni gambar muslimah depannya..

111 pesananRasulullah SAW untuk wanita solehah..Akan cuba secepat mungkin habiskan buku ni. Pernah baca on9 tapi tak puas hati macam pegang sendiri buku tersebut. Yer tak? Lagipun cuba melatih diri untuk menjadi yang lebih baik..Insyaallah, akan saya kongsikan nanti bila dah baca..

Wassalam

Sunday, January 30, 2011

Janji hati

Tanam benih tumbunhya kasih..
Tercarik kain tercalarlah hati..

Rindu kasih mata tersekat..
Bertandang tidak hati tertambat..

Rindu kasih mata tersekat..

Bertandang tidak hati tertambat..

Suara kasih bukan antara..

Wajah kasih nanti dijamah..


Selindung kasih hati terdesak..
Berkata tidak pandang cahaya..
Intan berkilau hati terpaut..

Tiada berkata hati tersimpul..

Berbisa hati langkah terhenti..

Tiada suara membalut hati..

Simpan sendiri maruah diri..

Mancari halal tetap di hati..



(JkS**27Jan2010**jam 21:**)

Sunday, January 23, 2011

Salam..Rahsia Ramuan Terbongkar..hehe


Rasa dah lama tak meluangkan masa di sini.. Thanks pada sahabat2 fb dan tagged yang dah 'wish my bufday'..v(^_^)v..tak sangka dapat banyak sangat ucapan di FB..Semoga Allah rahmati hidup kita semua kerana saling ingat antara satu dengan yang lain..semoga segala ucapan kalian akan mendapat balasan yang sama..(Terharuuuu amatt!)

Bufday kali ni tak macam yang sudah2..Dulu2 lepas sambutan member2..k.long n k.ngah pula sambut..thanks..Tahun lepas, Cuk, Atin dan Sue pun buat suprise kt KFC..ermmm..Nanti jumpa bulan 3 kita sambut bufday semua org yer..(^_^)v

Zaman belajar, ada saja kejutan yang boleh buat lemah jantung. Selama 4tahun belajar di UNISEL, kenangan terlampau banyak sepanjang bergelar mahasiswi. Dari tinggal di hostel sampailah rumah sewa..

Masa kat hostel, sambutan bufday 1st, saya kena curah dengan bedak. Bedak ker..tepung? Tah lah..tapi masa tu dah lari keliling 'court' bola tampar..huhu..mula tahun kedua, keadaan jadi lebih 'extreme'. Telur pula yang 'landing' kat badan ni..budak2 rumah 10 orang.Dia orang memang 'creative' kalau bab2 'plan'.

Selalunya kalau kena bukan hari bufday..selepas..mungkin minggu yang sama..mungkin 'next' @ lagi 'next'..yang pasti, memang akan kena.
Keadaan yang paling teruk yang tak akan dilupakan sampai bila2..cantik punya plan dia orang ni..minta saya dan Atin teman ke 'faculty'.Kononnya nak jumpa kawan. Sara penggerak plan..terbaek!! Elok je duk tunggu dalam kereta, disuruh keluar..katanya member dia ada masalah..

Erm..tiba2 tepung turun dari tingkat 1 FITM..(yelah, dalam umah tu kebanyakan budak FITM..cari pasal kat faculty sendiri) Apa lagiiiii!! Sila gunakan teknik larian 100m masa kat skol dulu2..Semput gak Nurul n Yana kejar daku ini..hehe( Tak sangka masih dapat lari laju walaupun dulu tak pernah menang..hehe) Atin terkena gak tepung tu. Saya tak sempat looo..dan Atin gak kena telur bai
k landing kat kepala(haaa..tu lahh..lain kali plan lagi nak kenakan saya ini..lupa ker bufday kita jarak 3 hari jer..huhu)

P/S-->>SEMUANYA BERLAKU DLM SILENCE MOOD..

Tapi last2 kena juga..betul2 kat ROTUNDA FITM (tengah2..orang ramai plak tu) saya yang tengah mencangkung kena tarik sampai depan bilik PERMATEK( semua orang kt situ senyum2 jer..tak der sapa yang nak tolong..muka saya rasanya macam orang takut dah..muka budak2 tu mcm nak makan orang..memang serammmmmmmmm)
Depan bilik permatek, dicurahnya 1 gayung air ramuan rahsia..buekkkkkkkkkkkkkkk!!

Entah apa yang dicampur..tapi bau-nyer..masyaallah..dah elok siram dia orang lari..'turn' saya pula kejar dan peluk sapa2 jer yang dapat..elok jer nampak pak guard, kami lari lintang pukang( nasib lah makcik yang kena bersihkan ramuan rahsia tu..dan maybe sebab tu kot PEMATEK tukar tempat lepas tu..ngeee)
'Plan' memang terbaek! Yang bawak baldi datang dengan motor, balik kami (saya n atin) yang naik motor..Selepas malam itu, bufday adalah perang bagi kami. Dan selepas malam tu juga, ramuan rahsia makin bertambah 'kic' dengan bau yang makin mencabar..huhu

Antara ramuan yang tak pernah diberitahu..ini ramuan yang saya gunakan.Orang lain tak tahu lahhh campur apa..huhu
(air separuh baldi+softlan+sirap+kicap+budu+telur max 2biji+serbuk kari+ lebihan sup2 semalam kalau ada+sedikit minyak untuk lekit+tepung untuk pekat= kaCau dengan senduk)-->>Perap semalaman..x boleh lebih sebab cepat jer berulat..eee

ADA BERANI?? Rasanya saya jer yang tak pernah muntah bila terkena benda2 ni semua. huhu..Bila sekali anda join, bersedialah untuk terima balasan..

Itu kenangan bufday paling teruk dan memalukan. Nasib baik kami duk luar..so, bukan muka bersepah di 'faculty'..kalau tak mesti kena 'aim' hehe.. Tapi apa yang dipuji, bukan setakat ni saja..suprise kek pun selalu ada lepas dihentam habis-habisan..ini lah budaya kami disana..miss you all girls..Banyak suka duka kita hadapi bersama..walaupun ada perselisihan faham, sayang korang semua..sebab dah lama kita bersama..

Thanks..(^_^)v
p/s-->>Simpan cerita untuk anak cucu..hehe..

Wassalam

Sunday, January 16, 2011

CINTA??

Salam ukhwah..

Sepatah, ringkas tapi bermakna..memberi kesan pada orang yang mengucapkan. Tapi berapa ramai yang mampu untuk menyebut perkataan "Saya CINTAkan awak" dan berapa ramai yang mampu menyebut "I LOVE YOU"..Lain kah maknanya?

Sejauh mana penghayatan setiap ungkapan tersebut? Selalunya, bila couple2 bercakap dengan pasangan mereka mesti ada "I LOVE YOU" sebagai penutup kata..erm..omputih betulkan? Ungkapan "SAYA CINTAKAN AWAK"..jarang2 dapat dengar..kalau ada pun, dalam drama..Kalau Drama swasta( realiti) mungkin diungkapkan secara tertutup..Mungkin kedengaran lebih ikhlas dan lebih lembut atau lebih sedap untuk didengar..

Apapun, kedua2 ungkapan ini mampu menyentuh hati sesiapa sahaja..Kalau tak mampu untuk menyebut kedua2 tersebut, boleh menghargai seseorang dengan hanya ungkapkan "SAYA SAYANG AWAK"..Tapi lain pula maknanya kan? Tapi tetap menunjukkan orang tersebut dihargai..

Ada pendapat mengatakan, CINTA itu hanya untuk pencipta..itu pendapat masing2..Mungkin bagi mereka, perkataan CINTA itu tidak sesuai digunakan untuk ekspresi-kan sesama kita.. Secara jujurnya, hanya CINTA dari Allah yang dapat dirasakan setiap saat..yang sentiasa ingat pada kita..hinggakan dihantar penjaga untuk kita..ermm..kalau kekasih mungkin juga boleh hantar 'Bodyguard' yer? Bertambah penjaga..beruntung orang tersebut..


Anda percaya pada CINTA?
Kerana CINTA ALLAH terciptanya Adam..
Kerana CINTA ALLAH diciptakan Hawa peneman Adam..
Kerana CINTA ALLAH wujudnya kita di sini..
Tapi kerana CINTA sesama manusia,
Kadang lupa CINTA ALLAH..
Lupa siapa diri..lupa janji terpatri..
CINTA itu terlalu suci, tetapi kadang dicemari..
Kerna kita sering terleka dengan duniawi..



Sekadar berpesan pada diri agar ingat bumi yang di pijak bukan selamanya di sini..Insan yang dikasih, disayang, dicinta, disanjung..tidak akan selamanya bersama..
Hargai setiap Insan..

Wassalam..
BUtterflyPrincessN3 17/01/2011

Saturday, January 15, 2011

Budak Kampung

Salam..

Ermm..beberapa hari ni kurang idea untuk update blog ni. Antaranya sebab terpaksa mengadap benda2 yang memeningkan. Mula2 memang saya kurang berminat dengan segala benda sistem. Tapi bila terpaksa buat, keadaan berubah jadi enjoy n tekanan(huhu)..

Tadi masa tengah 'enjoy coding' dengar suara budak2 dari tepi tingkap bilik. Tepi bilik saya ni ada longkang yang tak berapa dalam(longkang ke?lalaan air jer sebenarnya). Lepas banjir, ada lagi air mengalir dari situ. Saya intai2, ada 3orang anak jiran sibuk tangkap ikan. Bising dengan bahasa yang salah sebutan dan bunyi (huhu..telo punya cakap loooo).

Lucu pula tengok budak2 tu. Teringat masa kecik2(umur lingkungan 5-12 tahun..). Longkang tu juga jadi tempat saya tangkap ikan( hehe..darjah 6 pun tangkap ikan lagi). Lepas hujan aje, pantang ada air dalam longkang tu..mesti curi2 keluar rumah sambil bawa tapis santan & besen. Air yang mengalir situ bersih tau..siap leh nampak pasir lagi..ikan yang berenang memang nampak jelas..letak jer tapis santan, 'confirm!' dapat ikan. So bila tengok budak2 tu bising situ, saya tak peduli pun.."Just let they enjoy themselves"

Tengah saya sedap2 makan kat dapur," HUwaaaaaaaa..(pastu ada bahasa lagi yang tak difahami)" Kali ni abah dengan mama pula gelak.." Budak2 tu menangis berebut ikan"mama kata. Abah pun amik baldi kuning yang ada ikan mati 2 eko, yang hidup dalam 4 eko kot tadi..(lupalahh..wallahualam) Ikan tu abah jala kt sungai tadi(Balik dari masjid terus amik jala..sebab hari sebelum tu dah goreng n gulai..sedapppppp..tapi tak tahu ikan apa..hehe)

Ikan tadi abah bagi kat budak2 tu dengan baldi sekali..Pastu saya intai lagi..senget2 budak 2 orang bawa baldi kuning besar..bila yang sorang tu lepas tangan,"eyat nih..ange ah yepah"..pastu dengar lagi.."pit mik yuwo eko,oye mik yuwo eko"..gelak sorang2 lagi saya..

Seronok jadi budak kampung..ada kenangan yang boleh diingat..Main banjir..habis banjir tangkap ikan..Macam yang selalu jadi kat saya, leka sangat tangkap ikan..balik umah duk lua. Pintu dah kena kunci. Mula2 nangis lah juga..lama2 siap leh panjat beranda umah dan tidur kat situ..hehe..Kadang2 siap letak bantal dulu..wat 'standby'..huhu..

Kenangan..kenangan..itulah kenangan saya sebagai budak kampung..sampai mana pun tahap kita, sampai mana pun kita pergi..jangan lupa asal usul..saya tak malu kalau orang kata saya budak kampung..sebab saya memang budak kampung yang breakfast dengan 'wedges, nugget, baked bean, roti bakar and milo'..lunch dengan nasi lauk ikan sweet n sour , n dinner dengan chicken chop..
MY MUM THE BEST CHEF EVER!! YEAH!!..Cause MY DAD ALA-ALA OMPUTIH GITU..ngeee

Waktu akan tetap berlalu..
Setiap detik yang pergi takkan menjanjikan apa-apa..
Tapi kenangan yang bertapak..
Akan menjadikan aku seseorang..
Seseorang yang lebih dewasa..
Dalam mengenal erti kehidupan..


Wassalam..

Tuesday, January 11, 2011

Orang yang mencintai kamu


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! --->> Kerana saya menyesal melepaskan dia pergi..(T_T) ]

Wednesday, January 5, 2011

Insan Kamilian..


Megah berdiri kamil bestari
Memayungi putra dan putri
Menjayakan wawasan murni
Kamil berbakti kami berjanji

Salam ukhwah..

Permulaan blog yang berbeza kan?haa..tu lah logo sekolah saya dulu2..sekolah menengah..Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil adalah salah sebuah sekolah BESTARI harian biasa..

Dulu2 nak masuk sekolah ni lepas UPSR ada pemilihan..kiranya sesiapa yang layak akan ditawarkan atau buat permohonan untuk sambung tingkatan 1 kat sekolah ni..Saya pun kira salah seoranglah walaupun result tak de lah bagus sangat(budak pemalas memang macam tu..adik2 tak patut ikut contoh akak ini..huhu)

Masa kat sekolah tu, rasa macam sekolah biasa je..pagi2 pergi sekolah, belajar..tengahari balik..tak pun sekolah petang..Sekolah yang best. Sejuk jer pemandangan dengan pokok2 kat taman hijau dan kawasan sekolah(per lagi..aktiviti ronda-meronda..huhu..sebab tu lah setia dengan kamil...haha)

Sebenarnya nak cerita betapa bangganya 'parent' bila anak2 mereka belajar di sekolah Kamil..(dulu saya tak rasa per2 pun) Bila anak2 dapat jer 'result' UPSR dan PMR, sibuk bertanya sesama sendiri.."Anak demo gi KAMIL ko?" (rasa macam kembang kuncup jer hidung ku yg dah mmg kembang ni..ngee) Maklumlah..haku kan insan KAMILIAN yang sejati..dari tingkatan 1 sampai upper 6 gitu..(tu jer yang mampu..habis blaja pun dah Alhamdulillah)

Ni menunjukkan betapa Kamil dah semakin glamour sebagai sekolah BESTARI..tu jer nak cite..hehe..Insan Kamil dah ramai berjaya..berkat pengajaran guru2..disamping doa ibubapa..
Jasa yang dicurahkan tak terbalas.."Guru umpama lilin yang sanggup membakar diri sendiri demi kepentingan orang lain" (slogan yang 'glamour')


Terima Kasih CIKGU..

Wassalam

Tuesday, January 4, 2011

Bismillahirohmanirrahim..

salam..

Terminum nescafe susu abah punya td.So, time2 gini boleh update blog yer?ish..ish..Tadi abah complain air die x sedap. Suh saya try..mula2 wt tak tahu lagi..then malam tadi minum sikit jer..seteguk jerrr..sampailah sekarang tak leh tido. Punyalah kaw2 nescafe susu tu..parah nie..esok kerja..

Frust ada juga nie, ingt nak upload kek coklate moise new year.Tapi 'bluetooth device' plak tah mana menghilang..macam2 barang lupa mana letak. Rasanya dah simpan tempat yang paling elok. Tapi tak jmpa juga..huhu..




Bulan ni saya cuba product muka yang paling mahal pernah saya beli. CHAHAYA WHITENING. Harap2 berseri2 lah lepas nie..hehe( dengan bersungguh2 ikut tatacara pemakaian..x pernah berlaku..ngee) Mula pakai ari khamis mlm,30disember 2010. Hari ni 04 Jan 2011 masih pakai..dah 2 hari muka ni menggelupas. Tapi halus2...jer..trasa pedih juga masa cuci muka. Tapi tahan jer..sbb muka nie dah truk sangat dan nak kulit cantik punya pasal..KU GAGAHI JUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..hukhuk

Semalam, 03Jan 2010, beli jamu NAMI. Baru makan sebijik. Tengok plak esok, apa jadi..risau plak bila ada sahabat2 sampai tak berselera makan. Ish..tak nak lah mcm tu..Saya nak diet, kurus, langsing tapi sihat...

Pendek kata, tahun 2011 adalah untuk saya pasang badan n rupa untuk bina kerjaya..huhu..

Chayok2!!!

Wassalam

Saturday, January 1, 2011

SALAM UKHWAH 2011!!


Permulaan tahun baru ni hujan..so, sediakan payung bila nak ke mana-mana yer..walaupun dengan basikal ke..kereta ke..lori ker..bus ker..payung pun perlu juga..tambah2 lagi kalau dah sah2 jalan kaki. Jadikan payung sahabat anda(hehe..macam ada orang tu. Tertinggal payung jer kalut 1 hari..dah macam merry popin rupernyer.haha)

So..
Apa azam tahun baru yer?erm..tahun ni saya akan habis belajar..06 May 2011,settle lah..lepas tu? Erm..bermulalah pencarian kerja(kalau ada kerja2 kosong tu, hulur2lah..(~.~)wat muker 10sen)

Bila dah dapat kerja..ermm..kena kumpul duit nie..tapi, jangan lupa yer..walaupun gaji kita sikit, jangan lupa untuk agihkan pada ibubapa kita(tambah2 ibu) barulah berkat apa yang kita dapat, dan rezeki pun lebih murah..ermm..pinjaman pun nak kena bayar juga kan? Bayarlah sikit2, nanti jadilah bukit( yang dah bayar yer berbukit, bukan tambah hutang..ngee..Gali lobang tutup lobang! bila nak habis daaaaaaaaaa)

Sambung belajar..yer!! (dengan semangat nyer) Walaupun result degree ni kurang memberangsangkan, saya cuba naikkan semangat untuk sambung belajar dalam 'Knowledge Management'..kenapa yer saya begitu berminat dengan course ni? Sebabnyerrrrrrrrrrrrrrr..saya dah tak tahu nak sambung dalam course apa lagi selain dari ini...hehe(pecah sudah) Coding2..adehhh, senget2 ayam tiap kali mengadap semua tu..hehe..

Knowledge Management ni subjek yang menarik sebenarnya. Saya ni suka pada benda2 yang perlu kepada pemikiran logik akal dan tidak suka kepada benda2 yang terlalu bergantung kepada fact/statement(mcm lah dalam KM x ada semua tu..huhu) Yerlah..banyak2 subjek, dah memang KM jer yang betul2 buat saya rasa nak sambung belajar.Nasib baik Puan Suzana dengan murah hati beri saya A untuk subjek tu..(hehe..TQ Puan Su)

Boleh ker kalau saya terus jer sambung belajar? Tiba2 timbul perasaan belum nak kerja.ishhhhh!! Nak tanggung hidup dengan apa? (gali lobang lagih..PTPTN?MARA?adehhhhh) Rindu zaman belajar..skarang ni bangun 5:30 pagi(lewat dah tu..ngee) sempatlah Tahajjud dulu sebelum subuh..pastu kelam-kabut gi kerja.4:50petang habis kerja, 6:15petang baru sampai umah. Kul9 dah ngantuk..tido..esok bangun lagi 5:30pagi( dah 1 bulan ulang benda yang sama nih) Cuma kalau banjir, berbeza lah kot jadual tu..tapi harap janganlah banjir hari kerja plak..huhu..

Panjanglah pula membebel..ok dahhh..EPY YEAR 2011 JkS and Friendsssssssssss!!

Wassalammm (^_^)v