Tuesday, November 2, 2010

Settle dah ILTC PORTAL punya hal-->> www.iltcmalaysia.org

28hbOct 2010-->>Selesailah masalah portal ILTC MALAYSIA (www.iltcmalaysia.org)..ada msalah teknikal hingga tak dpt di 'access' oleh admin..lawak pula bila tahu masalah yang berlaku..sebenarnya 'simple' amat sedangkan saya dan Suliati berfikir macam nak meletup otak nie..(tapi Alhamdulillah, masih selamat..huhu)..Terima kasih kepada pihak Asia Hoster kerana bantuan yang diberikan..

Asalnya nak saja kami serahkan pada orang lain, tapi atas kehendak 'ILTC President', kami cuba selesaikan masalah tersebut..Saya cuma maklumkan pada Mr. Siva melalui 'called' dan selesai..Suara beliau 'happy' betul bila semua ni dapat diselesaikan..Nanti nak melawat apa yang terbaru program ILTC..hopefully dah banyak membantu..Berita 'happy' ni pun dah dimaklumkan pada Miss Haslinda..sms balasan amat mengembirakan dan penyambung semangat pula rasa untuk sambung belajar..huhu..

Sijil2 projek pun dah selamat di sain oleh Mr. Francis Siva, President ILTC MALAYSIA..Lega rasanya bila dapat selesaikan kedua-dua amanah tersebut.. Sijil2 HASNE HOLDING dah selamat diserahkan kepada ahli2..cuma tinggal ahli2 Software Engineering belum sempat untuk di pos..maaf yer, tak sempat..tapi akan cuba di pos segera ( ini amanah yang belum selesai..akan diselesaikan secepat mungkin..)

Selesai semester 9, merupakan semester terakhir di Universiti Industri Selangor(UNISEL).. Kejapp sahaja masa berlalu, tahun ke-4 dah rupanya..Ok, bersedia untuk balik ke kampung halaman dan "I'M ON MY WAY USM"..Bekerja untuk pengalaman seketika ataupun lebih tepat lagi, Latihan Industri..

Harapnya segala akan berjalan seperti yang dirancang..USAHA,DOA,TAWAKKAL..

Wassalam (^_^)v

TAHNIAH YANG TERLEWAT..RED WARRIOR V(^_^)V



Tahniah kepada pasukan Kelantan..Tahun ni kita WINNER!! Seronok bila tengok gambar 'member2' yang pergi stadium.."KITO DUK DEPE TB JAHHH..GOL SORE2..penyokong lain terlelap dan ada yang tak sedar bila gol..huhu" Hari yang sama sebelum perlawanan, di highway seremban-KL banjir dengan bendera N9..Berbas-bas..makcik2 pun ader. Mata haku tertarik pada seorang makcik jer dalam bas tu..baju kuning, 'eye shadow' pink purple..sampai bila2 haku tak leh lupa agaknya..huhu..(soly makcik)..Adalah dua tiga buah kereta dengan bendera merah..Anak sedara haku (HASHIF) pun apa lagi, buka baju merah n kibar2 kan..semangat betul dio..yang lagi dua (FAQIHAH n HAZIQ) pun penyokong juga..tapi dah rupa atas pagar.."Hobin jang Hobin" duk ulang yg sama..pastu eh silap..tukar plak GOMO KLATE GOMO..Si Faqihah anak kacukan Klate n N9.. ayahnya N9..tu yang jadi kompius kot..hehe..

Macam-macam komen yang kita dengar dari penyokong pihak lawan, lain dari itu peristiwa lepas juga ada diungkit..Bakar kerusi..mercun..sekali buat, sampai bila2 orang akan ingat..sejarah bola sepak jadinya..Kita orang berilmu, kita ada adab yang perlu dijaga..Sebagai anak Kelantan, janganlah cepat sangat melatah dengan kata-kata luar..Sepatutnya bila orang mengata, kita memperbaiki segala kesilapan dan bukannya mengulangi sejarah. Tanggungjawab membawa nama Kelantan itu ada pada diri setiap anak Kelantan. Sesama kita sama berpesan..

Tahun ini kita menang..Jasa pemain-pemain yang berpengalaman..Andai suatu hari mereka jatuh, dan tak mampu untuk meraih kemenangan lagi..jangan salahkan mereka..Sebab kita mesti sentiasa memberi sokongan..Bila ada kata-kata caci-mencaci, itu TIDAK SEDAP DIDENGAR (kalau rasa diri itu lebih bagus, pergilah sepak bola sendiri yerr..)

Apa pun, sedia GOMO KLATE GOMO untuk tahun depan pula..sejarah mungkin berulang..

kita kalah --->>3-1

Kita WINNER-->>2-1

Next year kito GOMO-->> 5-1 (Apa kata?? hutang tahun lps 1 bawa ke thn depan..huhu)

---------->> CONGRATES TO ALL PLAYERS AND KLATE FANS!!<<--------------------

---->>>>OMO ATE OMO!!<<------ (^_^)v

<><<-----Sebagai tatapan untuk masa depan---->>-JkS*ButterflyPrincess*-

Salam

Huh!! taking toooooo long 2 spend time here again..ermmm..

Novel LAgenda Budak Setan tu dah lama habis baca..ceritanya memang best! Setianya dia pada seorang perempuan..tak nak lah ulas cerita tu macam selalu..

Frust bila tengok movie lagenda budak setan..cerita yang dihasilkan tak seasli novel yang dikarang. Sebenarnya jauh menyimpang dari jalan cerita sebenar. Orang yang tulis dialog atau jalan cerita itu sebenarnya terlupa jalan cerita sebenar ataupun memang nak tukar jalan cerita tersebut? Bukan saya sahaja, malahan ramai yang tengok movie n baca novel akan katakan mereka 'frust' dengan movie tersebut. Dengan kata lain, frust. Pelakon dah memang best, dah kena..tapi jalan cerita tu..hishhh..membawa makna lain..betullah kata sesetengah pendapat, baca novel lagi 'feel' ataupun best dari movie. Walaupun movie tersebut diadaptasikan dari sesuatu novel. Erm..

Tapi ada ke movie yang dihasilkan lebih menarik dari novel? Huh!! Lum pernah jumpa lagi kot..Sesetengah novel cinta akan menceritakan kisah percintaan 2 insan. Kadang-kala perbuatan yang melampaui batas. Dalam movie pun kadang-kala akan dilakonkan juga, tapi kesan yang diberikan tetap tidak akan sama. Kalau tak berkesan, lebih elok jika tidak perlu..walaupun pasangan yang melakonkan ialah pasangan suami isteri, tak elok bila kana2 yang menonton..bagi anak2, semuanya boleh.. Tapis2 lah cerita untuk anak2 kita..

Pendek kata, Novel Lagenda Budak Setan lebih best dari movie-nyer (^_^)v