Wednesday, May 12, 2010

Assalamualaikum..


Iv got the book!
AKU MAHU KAMU..

Semalam ke MPH di Alamanda,Putrajaya..sementara tunggu k.long ke reflexology, saya jalan2..Bila nampak MPH, saya meluru masuk. Fuhhh..nasib tak terlanggar sapa2..Masuk je pintu, belah kanan saya penuh dengan novel2..novel lama dan baru..ada seorang kakak tengah susun buku yang baru sampai..

"Adik cari buku ape?" Agaknya kakak tu dah nampak saya dari tadi cari buku tak apa2..hehe..saya cakap kat dia saya cari buku Aku milik mu..yelah, dah lupa tajuk bukunya..hehe.. akak tu betulkan, tapi salah jugak..last2 saya bagitau buku yang ada perempuan duduk di bangku. lepas tu kakak tu tunjukkan cmua buku yang ada bangku..saya bagitau lagi, pempuan tu duduk dibangku..tersengeh2 kambing dah saya nie..

Tapi at last dapattttttttttttttttttttttttttttttttttt..hehe..tapi mata melilau plak..lama jugak saya jalan2 kat situ..mencari buku penulis A.Ubaidillah.."KALA CINTA DAN WAYHU BERSATU" macam dah disarankan oleh Ubaid. Dah banyak kedai saya cari..tp belum ada jodoh..insyaallah..jumpa jga nanti

Sekarang ni, banyak novel islamiah dipasaran..jom kita baca..

Wassalam..

Sunday, May 9, 2010

SEMPENA HARI IBU...AKU MAHU KAMU



AKU MAHU KAMU merupakan rankin ke-4 langganan mingguan novel laris alaf 21..Saya sendiri belum baca, tapi bila baca sinopsis macam best jalan cerita. Cuma perlu menunggu untuk dapatkan dan baca..Kalau cara ulasan bagus, mesti best jalan ceritanya kan?emm..nanti kita komen kemudian..


Baca sinopsisnya dulu yaaa..silakan..NOVEL SEMPENA HARI IBU..


EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Tersentuhkan hati? Kenapa kesalahan pada seorang ibu? Nanti kita sama2 baca ya..

Harga : RM 19.90 Halaman :512

Selamat Hari IBU..My Love.. MAMA..


Happy mother's Day to my lovely MAMA..PUAN HJH HASMAH..
PUAN HJH HASHIMAH HASHIM( K.LONG) dan PUAN HASLINDA HASHIM (K.NGAH)
Kasih sayang seorang ibu tak dapat dipertikaikan lagi..siapa yang boleh persoalkan kasih seorang ibu?

Dari kecil lagi saya ni seorang yang kuat merajuk. Asal marah je nak lari dari rumah. Masa tu umur 5 tahun..asal lari dari rumah je atuk panggil naik umah dia..bila tertidur je, mama datang amik. Jauhnya dalam 10 langkah je dari rumah.

Mama kata, masa kecil2 saya ni suka ikot orang. Kalau orang panggil mak dia org ummi, saya blik panggil umi. kadang2 mummy, kadang2 mak..Last2 lekat panggilan MAMA..mungkin itu yang terakhir saya dengar. Tapi k.long & k.ngah panggil CIK..bila difikir2, pelik lah pula..

Masa nak sambung belajar degree, abah tak bagi. Sebab saya pernah buat hal masa diploma. Buat hal yang buat abah marah..pasal pelajaran, bukan hal yang pelik2 yaa..mama bg 'support'. Mama kata bia abah tak bg, mama akan tanggung semua perbelanjaan.

Dengan restu mama dan sokongan kakak2, saya sambung belajar.Masa mula2 semester 1, mama yang tanggung semua. Sejuk juga hati abah bila result saya elok pada semester pertama. Segala kerisauan saya hilang..Dulu risau kalau2 mama terpaksa tanggung perbelanjaan saya selama 4 tahun.


Sememangnya tak dapat nak dibalas segala pengorbanan itu..bukan setakat itu, malah lebih lagi.. Saya cuma mampu berdoa kesejahteraan hidup mama dan abah serta keluarga, panjangkan umur & kesihatan yg baik kepada mereka agar sempat merasai titik peluh ku suatu hari nanti..
Ya Allah bukalah pintu SYURGA FIRDAUS MU untuk kami..Amin..