Monday, June 20, 2011

Ketam..Katak..Sesumpah

Salam Ukhwah..(^_^)v

Kebosanan melanda saat "application suddenly taking a long2 time to loading up"..aper kata update jap..



Topik di atas sebenarnya asal dari sebuah sajak. Terdengar dari Klasik.fm kalau tak silap..Sajak tu amattttttt panjangggggg..semuanya perbandingan antara Ketam, Katak dan Sesumpah. Daripada sajak yang saya dengar tu, hanya beberapa yang sempat di-recod dalam fikiran ni..seperti biasa setiap apa yang didengar akan diulas untuk menjadi bahasa yang lebih mudah difahami..

Lebih kurang macam ni lah:

Ketam :
Berjalan mengiring dan merempuh apa sahaja yang ada dihadapan. Sentiasa berpijak pada tanah

Katak:
Akan sentiasa melompat walau bagaimanapun permukaan tanah.Hidup di air dan di darat.

Sesumpah:
Tubuh badan akan berubah mengikut keadaan persekitaran. Disamping ketam akan berubah menjadi warna ketam, Disamping katak akan berubah menjadi warna katak.


Secara kesimpulannya, sajak tersebut adalah untuk memberi gambaran kepada semua:
Jadilah seperti ketam yang sentiasa berpijak pada bumi nyata, mengharungi apa jua dugaan yang datang...Jadilah seperti katak dapat hidup di mana2, dan jadilah seperti sesumpah yang sentiasa setia untuk terima perubahan.(Ini adalah singkatan sahaja..dengar pun masa dalam kereta tengah duk koya2..hehe)

p/s: Ketam x der pic yg kiut..nanti dh jumpa akan masukkan.hehe

Wassalam(^_^)v

No comments:

Post a Comment