Saturday, June 25, 2011

ID-INFINITY

Salam Ukhwah..


Kali ini saya buat hal lagi.Join ID..Bisness FB lah kononnya..
ID ni lebih kepada perkenalkan system ID..
Saya buat registration RM100 dan saya didaftarkan bawah upline saya..
Kemudian nama saya masuk ke dalam system dan seterusnya saya dapat saya punya link..ataupun page sendiri..dalam page tu saya buat pendaftaran kepada ahli2 baru..
Bisness ini menggunakan system piramid..


Biz ini ada orang panggil sebagai keuntungan atas angin..saya pun belum cari dalam kamus apa maksud tersebut. Tapi apa yang saya pasti, dari pembacaan system ini HALAL. Mendapat keuntungan dari hasil perkenalkan system adalah HALAL.

Itulah sebabnya saya join..
Keuntungan dari sini saya nak buat shopping jer..sebab saya suka shopping..hehe(tak nak lah buat makan,gaji kan dah ada)

Dalam dua hari ni, saya dapat rm300(i'm not kidding)..
Dah boleh lepas tu sewa umah untuk bulan depan..hehe..
OK lah..nk update blog jer sebenarnya..

Jika ader saper2 nak join,

ANDA MESTILAH SEORANG YANG RAJIN, MACAM SAYER (hahaha)
TAK MUDAH PUTUS ASA, MACAM SAYA(ngeee)
SEORANG YANG SABAR..(Amat penting)

Add SAYA di Facebook dan nanti inbox yer..
Jika anda downline saya, kita akan usaha bersama-sama..
SAYA AKAN GUIDE KAMOO(^_^)V


Wassalam v(^_^)v


Monday, June 20, 2011

Ketam..Katak..Sesumpah

Salam Ukhwah..(^_^)v

Kebosanan melanda saat "application suddenly taking a long2 time to loading up"..aper kata update jap..



Topik di atas sebenarnya asal dari sebuah sajak. Terdengar dari Klasik.fm kalau tak silap..Sajak tu amattttttt panjangggggg..semuanya perbandingan antara Ketam, Katak dan Sesumpah. Daripada sajak yang saya dengar tu, hanya beberapa yang sempat di-recod dalam fikiran ni..seperti biasa setiap apa yang didengar akan diulas untuk menjadi bahasa yang lebih mudah difahami..

Lebih kurang macam ni lah:

Ketam :
Berjalan mengiring dan merempuh apa sahaja yang ada dihadapan. Sentiasa berpijak pada tanah

Katak:
Akan sentiasa melompat walau bagaimanapun permukaan tanah.Hidup di air dan di darat.

Sesumpah:
Tubuh badan akan berubah mengikut keadaan persekitaran. Disamping ketam akan berubah menjadi warna ketam, Disamping katak akan berubah menjadi warna katak.


Secara kesimpulannya, sajak tersebut adalah untuk memberi gambaran kepada semua:
Jadilah seperti ketam yang sentiasa berpijak pada bumi nyata, mengharungi apa jua dugaan yang datang...Jadilah seperti katak dapat hidup di mana2, dan jadilah seperti sesumpah yang sentiasa setia untuk terima perubahan.(Ini adalah singkatan sahaja..dengar pun masa dalam kereta tengah duk koya2..hehe)

p/s: Ketam x der pic yg kiut..nanti dh jumpa akan masukkan.hehe

Wassalam(^_^)v

Sunday, June 19, 2011

Cuba untuk update

Salam ukhwah..(^_^)v

A big tQ to Sue Asyiteru sebab tolong ambilkan pic ni. Masa ni kami ke JPN di putrajaya atas hal tertentu. Singgah OU kejap cari makan dan ader pula MPH buka booth kat ruang legar untuk jualan. Diskaun 30%..

Saya tak 'grab' mana2 buku pun sebab dah niat tak nak beli dan takkan beli buku pada hari tersebut.(Selalunya pantang jumpa mesti nak beli 1..kali ni tahannnnnnnnnn jer)

Untuk tidak kecewakan diri sendiri, sekeping pic untuk kenangan sendiri.hehe..
Untuk update terlalu banyak video telah disediakan, tapi nak edit belum ader kesempatan.Buat masa ni layan cuti hujung minggu bersama anak2 sedara..so im enjoying my holiday..(^_^)v

Gud nite..
Wassalam..(^_^)v

Friday, June 10, 2011

'Handset/handphone' tercelup air??


Salam ukhwah..

Terbaca tentang langkah2 yang boleh dilakukan jika telefon kita termasuk air,jatuh dalam air atau pun tercemar dengan air..


Ikuti langkah dibawah:

1) Tutup telefon kita dan keluarkan bateri. Jika ada 'simkad' dan 'memory card' pon keluarkan..kemudian guna 'hair dryer' atau 'vacum'..selain itu, kipas pun boleh..asalkan dapat mengeringkan.

2) Keadaan ini berbeza jika telefon kita tu tercelup dengan air masin/air laut. Mula2 keluarkan dulu bateri dan apa2 yang berkaitan seperti langkah 1. Kemudian, bilas dengan air tawar. Nanti lap dan keringkan..

3) Langkah terakhir ini paling best! Gunakan beras untuk keringkan telefon kita. Tanam telefon tadi dalam beras selama 24jam atau lebih baik jika lebih..mungkin 48jam..lepas itu, masukkan bateri dan on seperti biasa..

Ensyaallah..hidup lah tu..


**Selama ni tanam jam je dalam beras bila ader wap air. Alhamdulillah,ok(^_^)

-Yang Baik dikongsi bersama(^_^)v-

Wednesday, June 8, 2011

Suara..

Lirik Lagu Hijau Daun – Suara (Ku Berharap)
Share

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, aku tanpamu

*courtesy of LirikLaguIndonesia.net

bila esok hari datang lagi
ku coba tuk hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamamu disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu ooo..aku menunggu

reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku sll dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff

suara dengarkanlah aku

__________________________@@@@@@@@______________________

Salam ukhwah..

Pembuka entry kali ni lirik lagu dari Hijau Daun..BERHARAP
Bila diselami lirik tersebut, setianya seorang kekasih pada si kekasihnya..
Erm..ada ke orang macam tu? Ataupun macam Seth Tan dalam cerita Nora Elena..Wahhh..cerita yang tengah hangat diperkatakan tu..



Penulis asal cerita tersebut ialah Meen Zulaikha..iaitu novel Kasih Suci..
Oleh kerana TV3 pernah ada tajuk cerita Kasih Suci( lakonan Fazura) jadi cerita tersebut di tukar judul kepada
Nora Elena yang merupakan nama seorang wanita dalam novel tersebut..

Perlukah berharap pada yang tak sudi?
Contoh pada terkini ialah Seth Tan berharap CINTA dari Nora Elena..
Kalau dalam novel, dah semestinya "happy ending"..
Begitulah juga kalau drama CINTA..
Jarang-jarang novel "Sad Ending " yang orang nak baca..yer tak?

Berharap itu tak salah..
Menjadi seorang yang setia juga tidak salah..
Tapi pastikan kita dilandas yang betul..
Landas yang berasaskan agama..
Agar kita tidak hanyut dan menyerahkan diri pada yang tidak sepatutnya..

Setiap yang hadir akan pergi..
Bezanya kejap atau lama persinggahan tersebut..
Jika seketika, anggaplah sebagai peneman untuk bahagia walaupun seketika..
Jika lama..hargai dan penuhi dengan kehidupan yang lebih baik setiap hari..
Semoga kita sentiasa bersama orang-orang yang bahagia
Semakin bahagia setiap hari..(^_^)

Pesanan ikhlas untuk diri dan semua
-Wassalam-

Monday, June 6, 2011

Khas untuk KAMU jodoh ku..

Awak..
Sampai sekarang saya tak tahu awak kat mana..
Awak dah wujud dalam hidup saya atau tidak..
Saya pernah lihat awak ataupun tidak..
Kita pernah berjumpa atau tidak..

Awak..
Kalau ditakdirkan kita bertemu..
Bagaimana agaknya cara itu??
Selalu saya terfikir..
Kenapa Allah lambatkan pertemuan itu?
Soalan itu memang tidak wajar saya pertikaikan..
Tapi soalan itu muncul dibenak ini..
Ampuni ku YA ALLAH..

Awak..
Saya terlalu sunyi..
Teramat sunyi..
Tapi saya takut kalau awak hadir..
Hadir terlalu awal akan membawa kita kepada kemungkaran..
Akan membawa kita ke jalan yang tidak sepatutnya..
Saya takut awak..teramat takut..
Mungkin kerana itu pertemuan kita dilengahkan..
Alhamdulillah..

Awak..
Saya selalu bayangkan awak seorang yang baik..
Mencintai dan menyayangi saya..
Menyayangi keluarga saya..
Dan saya disayangi oleh keluarga awak..

Awak..
Saya selalu bayangkan kita solat bersama..
Awak mengaji bersama saya..
Kucup dahi saya tiap kali sebelum tidur..
Kucup dahi saya sebelum pergi kerja..
Sentiasa bersama saya..kalau boleh setiap saat..
Bahagianya hidup saya..

Awak..
Andai suatu hari cinta kita bercambah..
Saya selalu bayangkan anak2 kita yang comel..
Kita bersama mendidik mereka ilmu dunia dan akhirat..
Agar mereka sedia untuk menempuh masa depan..

Awak..
Saya rindu awak..
Saat ini hati saya teramat rindukan awak..
Saya tak kisah rupa, atau harta..
Yang penting awak adalah jodoh saya..
Yang Allah takdirkan untuk saya..

Awak..
Siapkan diri awak untuk saya..
Ilmu dunia dan akhirat..
Saya teringin belajar itu semua dari awak..
Saya ingin jadi pendengar yang setia untuk awak..
Bersama awak pada tiap masa dan ketika..
Setiap jam, tiap minit dan tiap saat..

Awak..
Kalau awak telah saya kenali..
Datanglah pada saya..
Saya perlukan awak saat ini..
Terlalu perlukan awak untuk berkongsi cerita..
Sedih dan gembira..

Awak..
Jaga diri dan peribadi..
Jangan buat perkara2 yang merugikan..
Jangan sia2 kan diri dengan perkara yang tidak sepatutnya..
Kerana SAYA TERLALU SAYANG DAN CINTAKAN AWAK..

Awak..
Andai waktu itu tiba..
Terimalah diri saya ini seadanya..
Sebagaimana saya akan terima diri awak..
SEADANYA..