Thursday, October 15, 2009
Salam silaturrahim buat semua..
Mulai sekarang blog ini akan formal sedikit dari sebelumnya..tiba2 pulak nk berubahkn? pelik ker? Mungkin x sbb sesiapa pun boleh berubah. Bila niat beserta dengan akal dan fikiran, apapun boleh berlaku. .fikir2 kn..
Bagaimana dengan aktiviti harian sahabat semua? Kalau nk diceritakan hari saya, mmg terlalu sibuk sehinggakan terlupa untuk makan. Rasanya dah lama x merasai pengalaman sebegini. Mungkin sbb tu menjadikan saya lebih formal sebelakangan ini (*_*).
Kali ini saya tak ada novel untuk dikongsi bersama. Insyaallah..masa yang akan datang..Mungkin kalau ada yang berminat dengan coding2 boleh saya kongsikan. Inilah hidup pelajar IT..bila mengadap coding dan laptop ajer..boleh lupa benda lain. Kalau itu masih juga sempat nk makan. Tapi bila kena mengadap documentation, system dan test dalam waktu yang sama, rasa mcm 24 jam 1 hari x cukup..
Actually, arini nak bercerita tentang 1 temuramah yang saya dan beberapa org sahabat lalui pada selasa yang lepas. Ini adalah untuk memenuhi subject enterprise. Org yang kami temuramah adalah Pengurus Lembaga Tabung Haji cawangan Tanjong Karang, selangor. Apa yg nk saya kongi bukanlah hasil temuramah kerana kami ke sana adalah untuk mengetahui fungsi dan 'core bussiness' untuk organisasi badan berkanun tersebut. Apa yg hendak saya kongsi adalah mengenai keperibadian org yg kami temuramah. Kehadiran kami disambut dengan baik. Bukan sahaja pengurus, malahan smua staff di situ..Masa tu saya terfikir..betapa baiknya org kita..org Islam..Tuan Haji Syukor bukan sahaja berkongsi maklumat seperti apa yang kami perlukan,malahan seolah2 memberi semangat dan motivasi. Serba sedikit, beliau bercerita mengenai kualiti pelajar universiti yang juga melayu yang semakin berkurang. Malu juga kami apabila mendengar komen sebegitu. Beliau bercakap adalah dari pengalaman beliau menguruskan pelajar lepasan universiti. Kebanyakan dari mereka mempunyai kelulusan sahaja tanpa mempunyai kemahiran. BIla di universiti, mereka aktif. Tetapi apabila keluar unutk berkerja, mereka 'LOST'. KAmi diajukan 1 soalan.. "Bila masuk ke alam pekerjaan, yang mana kalu mahu..SS atau DD?" Kalau saya, semestinya DD. Apa pilihan anda?
Bila difikir2..kini universiti bukan lagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dan interlek..sebaliknya product yang seoleh2 dicop dengan keluarannya sekali..
Terlalu panjang kalau hendak dikongsikan, tapi 2jam setengah bersama Tuan Haji Syukor memberi kami segala maklumat yg diperlukan berserta dengan motivasi sekali. pendek kata, hari itu..saya, Fatin, Faizal dan Veera berkongsi ilmu yg sama..2 dalam 1..
TERIMA KASIH KEPADA SELURUH WARGA LEMBAGA TABUNG HAJI..harapnya kami dapat lengkapkan 'documentation' seperti yang diinginkan oleh Miss Syufiza..AMIN..
Sunday, October 4, 2009
salam semua..
Sinopsis:
Haikal dan Julia adalah sepasang kekasih yang begitu menyintai. Haikal pula makin digasak bayangan Nurlisa. Nurlisa masih menagih cinta Haikal biarpun telah bersemadi. Nurlisa berdendem pada HAikal kerana menolak cintanya.....
sikit jer sinopsisnye..nk citer lbh2 pon x boleh..belum abis baca lagi..hehe..kalu berminat, belilah..RM19.90..
NK pinjam?Boleh..tp tunggu eden habis baca dlu k..hehe
Saturday, July 25, 2009
MISTERI BT9
Cerita pendek ni member2 multimedia punya project..haku cuma jd plakon tmbahan yg x menjadi..huhuhu..tgk n nilai lah sndiri k..
Friday, July 10, 2009
SYURGA CINTA..
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.
Ha! Irham dapat balik hati Syuhada dengan bantuan Ikmal dan datuk Syuhada selepas Irham berjaya meyakinkan Syuhada bahawa CINTA SYURGA adalah milik mereka.. Banyak penyesalan yang timbul sepanjang cerita ni..byk nasihat dan kata-kata hikmah yang dikongsi bersama..Pendek kta, cerita ni bukan omong kosong..Sesuai untuk semua golongan masyarakat..
Friday, July 3, 2009
NUr KAsih..
Baru lepas tgk drama Nur Kasih di TV3 jam 9mlm..Korang tengok x?
Bagi haku lah..cerita ni sedikit lembab tapi jalan cerita memang menarik..
Mengisahkan Nur KAsih yang berkahwin dengan Adam atas kehendak keluarga. Sepatutnya, Nur berkahwin dengan Abg kepada Adam, tapi ayah Adam cuba untuk mengubah Adam yang merupakan seorang yang lupa akan tggungjwb kepada agama. Akhirnya, Adam berkahwin dengan Nur semata-mata untuk tunaikan permintaan ayahnya yg sakit. Sekarang ni ayah Adam dah meninggal..Adam nekad untuk menceraikan Nur Kasih atas sebab mereka kahwin bukan kerana kehendak mereka. Tanpa Adam sedar sebenarnya Nur menyukai Adam sejak mereka di zaman sekolah.. Nur meminati setiap lukisan Adam dan menyimpan perasaan terhadapnya..
Episod hari ini,Adam beli tiket untuk pulang ke Australia untuk meneruskan pengajiannya tanpa pengetahuan keluarga n Nur Kasih sendiri.. Adam meneruskan niatnya dan kononnya membawa NUr bersama. Nur terpaksa berbohong pada keluarga bahawa dia bersama Adam sedangkan dia akan membawa dirinya sndiri..Semuanya kerana kasih pada suami..Siapa yang mahu diceraikan oleh suami yg dikasihi?
Dari sedutan akan datang, Adam akan berkahwin dengan kekasihnya di Australia..bagaimana agaknya nasib Nur ya? Cerita ni semakin best..kalau tgk, ader lah berbau ayat-ayat cinta sikit..bezanya, hero kejam wehhh..sempat gak menitis air mata ni walaupun cerita cuma 1jam..
sabar nantikan episod seterusnya..
Ramai yang tak tahu fatwa ini..
Semoga anda di rahmati Allah dalam perkara saling ingat mengingati sesama muslim
..... amin
|
Tuesday, June 30, 2009
KOngsi sikiT- 'AIR SEMBAHYANG'
1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri .
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?
Sunday, June 7, 2009
FIKIRAN KU HARI INI..
HARI ITU SEMAKIN HAMPIR..
Segalanya tersedia hanya menanti untuk dijamah..
Telah tercatit bahawa alam ini perlu dieksploitasi oleh manusia..
Namun manusia semakin rakus..
Rakus sehingga segalanya tercemar..
Sini Tsunami..Sana Mariana..
Sini Tsumawi..Sana merana..
Rata-rata ..
Bencana yang semakin lapar mencari mangsa..
Artis dipuja tinggi melangit..
Manusia mencinta sesama jenis..
Dosa pahala suatu mainan..
Hinggakan laungan AZAN hanya dipendengaran..
Jelas..
HARI ITU SEMAKIN HAMPIR..
Salah siapa bumi begini..
Sikap manusia yang tidak pernah bersyukur..
Sikap manusia yang mencemarkan dunia..
Segala membangkitkan kemarahan-Nya..
Sehingga dunia ini bukan selamat untuk manusia lagi..
Wednesday, June 3, 2009
Sunday, May 31, 2009
Novel yang haku duk berangan and teringat-ingat ialah ZULAIKA DAN YUSOFF
Bila baca sinopsis, ceritakan pasal perasaan Zulaika pada Yusoff..,meremang bulu roma masa baca. Hopefully, 1 day haku akan jmpa balik buku tu..NAK SANGAT2..
Warkah Cinta Berbau Syurga- A.Ubaidillah Alias
HAku beli dah Cetakan ke dua PTS Millenia
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?
**RM23.50257m/s ** Haku baru jer beli novel ni. Dah baca, tapi lum habis lagi..so tak bolehlah nk komen lebih2..awal permulaan cerita ni memang best..Keadaan yg mana Amir menjauhkan perasaan terhadap wanita iaitu Wardah. Wardah cuma mahu berkenalan sebagai sahabat kerana dia ni berasal dari keluarga yg kurg beragama. So dia cuma mahu kongsi pendapat dengan Amir. Mereka berhubung melalui surat. Amir berusaha untuk jauhkan Wardah dr diri dia sbb takut kalau berubah kpd perasaan yg lain.. setakat tu lah yg haku dah baca..heheh..
NOvel yang haku beli tapi kureng best.. MAHLIGAI-Sri Diah
Namun, lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah dua sekalipun berjak memiliki anugerah paling agung - CINTA.
MAHLIGAI CINTA - memuatkan momen-momen cinta, sengsara, suda dan duka. Antara kejujuran dan kepuraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.
** Tak aberminat haku nak ulas byk2 pasal novel nie..tapi nak wat mcm dah terbeli.. Haku serik bli karya Sri Diah..kureng berminat dengan cerita yang terlalu byk watak..
Novel paling laris dalam kisah hidup haku dan rakan2..OMBAK RINDU- Fauziah Ashari
Terbitan ALAF21
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
** RM 19.90- 576m/s ( Novel ni best sampaikan 1 of my bestfriend beli walaupun dah baca. Then ada orang lain pinjam..hilang..frust lah dia..haku tak beli pun..pinjam gak..hehe..tapi novel ni jadi target haku untuk dibeli.)
** Hariz memang kejam dalam cerita ini. Tapi Akhirnya Hariz milik Izzah juga. HAppy Ending (Haku memang suka hepy ending..kalu tak nanti haku sendiri sambung cerita. TAk pun lepas baca bebel x sudah..haha)
** Dari 1-5...haku bagi 5! TAHNIAH OMBAK RINDU dan Fauziah Ashari!!! Penulisan Fauziah Ashari adalah yang paling haku suka. Sebab bila baca tak terasa jalan cerita yang panjang..TAHNIAH!
Novel pertama yang tarik minat haku untuk baca novel..KAU UNTUKKU-Aisya Sofea
Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.
Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.
Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.
Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.
**RM 19.90 - 480m/s (Buku ni haku tak beli pn..pinjam dengan kak Na library..tu masa form5. Org sibuk nk exam, budak pmpuan kelas akaun sibuk passing novel. Merah muka haku bila baca..ngaa..Tu yg jd terlebih expose..hahaha. Oneday haku akan beli Novel yang berjaya menarik minat haku nie..)
** Cerita ni pun happy ending..Ego llaki pun nampak sgt dalam cerita ni.
**Dari 1-5, haku bagi 4! Tahniah pada KAU UNTUKKU dan AISYA SOFEA!!!!!!!
Dah lama tak ikuti novel yang ada..So ni jerlah yg terbaru beli..GEMERSIK KALBU-Anis Ayuni
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?
RM18.00 - 592m/s (Tapi dapat diskaun gak kat Muda Osman Pasir Puteh..tu yg best)
** Raihana dan Sufian bersama..jangan risau..happy ending gak..
** Cerita ni permulaannyer meluat sikit..tu bagi pendapat haku lah..tapi mungkin itu cara penulis cuba menghuraikan jalan cerita. Sebagai pendidik, awalan begitu boleh buat macam2 org fikir..Tapi part yang paling best akhiran cerita. Kalau sedih pun time tu lah..part sebelumnyer baru nak sedih dah x jadi..macam potong mood sikit..
**Dari 1-5...haku bg average lah..3
So many ways of saying "I LOVE YOU"
Let me start ti live my life anew
Let me be forever close to you
Me heart was broken and full of sorrow
Now you have given me a new tomorrow..
Every time i gaze afresh into your eyes
I soon forget our sad goodbye
You give me hope and i'm filled with love desire
And my heart, it just soars higher and higher
My days without you are barren indeed
It just isn't fun when i have this need
To see you and see you, again and again
I must be in LOVE,i'm full of such pain
Whenever we fight, you always give in
You show me your LOVE, by letting me win
So sweetheart i may as well as say
Without you beside me i couldn't go
Through each day
Without you beside me, i;m despond evidently sad
Each time i see you i'm joyously glad
It must be the things you're cleverly say
That touch and make me so ridiculously gay! (WooooooooooopS!)
( Ni bukan haku yang rekacipta and pengilhaman bukan dariku...ada 1 buku haku amik dulu2..)
Bisikan Hati KERINDUAN
Rahsia hati dikongsi..
Duka hati terubat luka..
Memori silam jadi antara..
Kala malam berlabuh, segalanya dibawa bersama..
Kenangan..
Kerap-kali bermain di ruang mata..
Bagaikan layar putih yang membongkar segala rahsia..
Gelak tawa..bicara kata..
Tiada pernah wujud sunyi atau sepi..
Segalanya penuh warna-warna kecintaan..
Seketika..
Ingin waktu ku hentikan..
Tapi bukan daya ku..tiada keizinan-NYA..
Saat ku mengira detik dan waktu..
Ku patrikan dalam kitab memori semalam..
Moga mampu pengubat sepi..
Dikala saat KERINDUAN..
(Ilham ni plak khas buat mber2 PSG..dah sah2 ni pun ilhamkan masa zaman skol)
LAGU BUAT MAMA
Terkenangkan suatu wajah..
Begitu ayu mampu memikat..
Mata terpaku hati berdebar..
Pundak henti dari berputar..
Jantung henti dari berdegup..
Wajahmu sering dimataku..
Tutur bicaramu itu..
Halus susun bahasamu..
Kerap-kali memujuk hati..
Sehalus sentuhanmu itu..
Keindahan wajahmu..
Kerap-kali menghilangkan resah..
Aku CINTA padamu..
Kaulah satu-satunya..
Dalam hidupku..
Tiada tandingannya..
Segala untukmu..
Hidupku untukmu..
MAMA..
Kaulah segalanya..
(Tak tahulah bila haku buat nie..dah lupa..tapi lama sangat dah..zaman-zaman sekolah..aku ilhamkan ni bila haku terfikir pasal MAMA.. tp tgn MAMA memang ajaib.Masak sedap..haku demam pun, bila MAMA sentuh kepala haku mesti sihat. Tu lah tangan ajaib yang haku sll ingati..HOM6 lagihhhhhhhhhhhhhhhh..huwaaaaaa)
)