Sunday, May 31, 2009
Novel paling laris dalam kisah hidup haku dan rakan2..OMBAK RINDU- Fauziah Ashari
Terbitan ALAF21
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
** RM 19.90- 576m/s ( Novel ni best sampaikan 1 of my bestfriend beli walaupun dah baca. Then ada orang lain pinjam..hilang..frust lah dia..haku tak beli pun..pinjam gak..hehe..tapi novel ni jadi target haku untuk dibeli.)
** Hariz memang kejam dalam cerita ini. Tapi Akhirnya Hariz milik Izzah juga. HAppy Ending (Haku memang suka hepy ending..kalu tak nanti haku sendiri sambung cerita. TAk pun lepas baca bebel x sudah..haha)
** Dari 1-5...haku bagi 5! TAHNIAH OMBAK RINDU dan Fauziah Ashari!!! Penulisan Fauziah Ashari adalah yang paling haku suka. Sebab bila baca tak terasa jalan cerita yang panjang..TAHNIAH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment