Sunday, May 31, 2009

Dah lama tak ikuti novel yang ada..So ni jerlah yg terbaru beli..GEMERSIK KALBU-Anis Ayuni

Terbitan Alaf21
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

RM18.00 - 592m/s (Tapi dapat diskaun gak kat Muda Osman Pasir Puteh..tu yg best)

** Raihana dan Sufian bersama..jangan risau..happy ending gak..

** Cerita ni permulaannyer meluat sikit..tu bagi pendapat haku lah..tapi mungkin itu cara penulis cuba menghuraikan jalan cerita. Sebagai pendidik, awalan begitu boleh buat macam2 org fikir..Tapi part yang paling best akhiran cerita. Kalau sedih pun time tu lah..part sebelumnyer baru nak sedih dah x jadi..macam potong mood sikit..

**Dari 1-5...haku bg average lah..3



No comments:

Post a Comment