Friday, July 3, 2009

NUr KAsih..

Salam..
Baru lepas tgk drama Nur Kasih di TV3 jam 9mlm..Korang tengok x?
Bagi haku lah..cerita ni sedikit lembab tapi jalan cerita memang menarik..
Mengisahkan Nur KAsih yang berkahwin dengan Adam atas kehendak keluarga. Sepatutnya, Nur berkahwin dengan Abg kepada Adam, tapi ayah Adam cuba untuk mengubah Adam yang merupakan seorang yang lupa akan tggungjwb kepada agama. Akhirnya, Adam berkahwin dengan Nur semata-mata untuk tunaikan permintaan ayahnya yg sakit. Sekarang ni ayah Adam dah meninggal..Adam nekad untuk menceraikan Nur Kasih atas sebab mereka kahwin bukan kerana kehendak mereka. Tanpa Adam sedar sebenarnya Nur menyukai Adam sejak mereka di zaman sekolah.. Nur meminati setiap lukisan Adam dan menyimpan perasaan terhadapnya..
Episod hari ini,Adam beli tiket untuk pulang ke Australia untuk meneruskan pengajiannya tanpa pengetahuan keluarga n Nur Kasih sendiri.. Adam meneruskan niatnya dan kononnya membawa NUr bersama. Nur terpaksa berbohong pada keluarga bahawa dia bersama Adam sedangkan dia akan membawa dirinya sndiri..Semuanya kerana kasih pada suami..Siapa yang mahu diceraikan oleh suami yg dikasihi?
Dari sedutan akan datang, Adam akan berkahwin dengan kekasihnya di Australia..bagaimana agaknya nasib Nur ya? Cerita ni semakin best..kalau tgk, ader lah berbau ayat-ayat cinta sikit..bezanya, hero kejam wehhh..sempat gak menitis air mata ni walaupun cerita cuma 1jam..
sabar nantikan episod seterusnya..

No comments:

Post a Comment