Sunday, October 2, 2011

Sepi..Untuk seketika

Memberi ruang pada diri dan seseorang..
Salam Ukhwah..

Diri kita mungkin pernah ter-suka atau ter-tarik pada seseorang tanpa kita sedar.. bila ada orang lain yang ter-sedar dengan hal itu, kita mula menafikan. Tak ramai orang yang akan mengaku kerana hal ini hanya akan kita perasan bila kita duduk dan berfikir. "Kenapa DIA menarik perhatian ku" atau " Aku suka memandangnya."

Secara ikhlas menyukai seseorang, tapi mungkin bukan sampai tahap untuk lebih atau terlalu berharap. Tapi selalunya si DIA akan menganggap bila suka, perlu ada hubungan yang lebih selepas di luahkan. Opppssss! Mungkin itu pandangan sesetengah orang. Tapi bagi saya, suka itu sekadar pandangan atau luahan. Peluang untuk bersama itu tak semestinya perlu..Suka dengan perwatakan dan cara pemikiran (err..mungkin sebab itu orang kata memilih or 'demand maybe')..Suka pada seseorang itu boleh membawa sebagai sahabat.. Kalau tak suka pada yang meluahkan, rasanya tak perlu sampai melarikan diri atau bertindak 'invisible' pada orang tersebut.."That's unfair"..

Ingat..hidup kita masih panjang..jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan kesan jangka panjang pada orang lain ataupun menimbulkan perasaan menyampah..Manalah tahu kalau tiba-tiba suatu masa orang yang kita elakkan itu melekat di hati..Bukankah susah untuk kita nafikan perkara yang telah kita lakukan pada si DIA? silap-silap orang itu pula yang jual mahal.Bukankah buang masa dan tenaga? Ermm..fikir-fikirkan..

Kamu suka DIA,tapi kamu dah asingkan DIA dari hidup kamu..adakah ruang untuk kamu lagi dalam hatinya?Hargai setiap yang diperolehi..Pendek kata, hargai orang lain..

-Wassalam(^_^)v-

Monday, September 26, 2011

Undur Setapak..



Undur setapak/
Jauhi milik orang..

Erm..kenapa yer? Entry lepas tentang sahabat..lepas dh bersawang baru nak post lagi entry yer..ermm..pemalas betull..


Zaman bersahabat..zaman berkawan masa kecil2 dulu memang seronok..waktu itu kita tak peduli lelaki ke..perempuan ke..main sepak2..main kawen2..main masak2..kalu saya, main 'coh' pon sempat..kadang2 bestfriend lelaki nampak sangatttt 'care' pasal kita..tapi, bila dah jadi milik orang perlu jarak-jarakkan hubungan tersebut..


Sesetengah orang tidak mendedahkan status dirinya. Pada pendapat saya, tak baik..tak elok dan tak sepatutnya..Bayangkan jika pasangan kita merahsiakan hubungan dan dalam masa yang sama sahabat kita sendiri menaruh hati pada pasangan kita..Bukankah ini akan menyebabkan salah faham dan hubungan boleh renggang?

Itu satu hal berbeza..cuba bayangkan satu lagi situasi yang lain. Seorang lelaki ter-suka pada seorang perempuan tanpa mengetahui wanita tersebut bukanlah ber-status SINGLE.. ini boleh merosakkan persahabatan yang telah terjalin..

Oleh itu, jika kita sudah tahu seseorang itu milik orang..walaupun hanya sebagai pasangan kekasih, jauhi lahh..JANGAN JADIKAN DIRI KITA PEROSAK HUBUNGAN ORANG LAIN..ATAU MENJADI PENYEBAB PADA MASA DEPAN..Soal jodoh Allah dah tentukan..Cuma lambat atau cepat sahaja..

Tapi, kalau sama-sama "SINGLE"..Berusaha..mungkin itu jodoh kita..(^____^)v gataiii naaa..


-jAGA dIRI, jAGA pERiBADi..JaGa BataS PerGauLan-
MUNGKIN KITA BUKAN KHALIFAH YANG AKAN DIRINDUI SYURGA..TAPI JADIKAN DIRI KITA LAYAK UNTUK DIDAMPINGI OLEH PASANGAN SOLEH & SOLEHAH
Wassalam..


Tuesday, September 13, 2011

Sahabat dulu..kini dan selamanya..

Sahabat Untuk Selamanya..

Salam Ukhwah..
Perjalanan hidup kita semuanya mengikut peringkat. Dilahirkan, kemudian merangkak, berjalan, ke tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, Universiti atau kolej2 atau ada yang terus bekerja, menemui pasangan hidup,
bertunang, berkahwin, anak pertama, anak kedua dan seterusnya.. melihat anak membesar dengan proses yang sama, kemudian bermain dengan cucu..dan ke alam semakin tua dan akhirnya ke alam terakhir...



Setiap peringkat kehidupan membawa kita kepada pengalaman dan kenangan. Indahkan waktu sekolah bersama, bersahabat, bermain bersama..santai bersama..sampai suatu tahap terpisah kerana menyambung pengajian di tempat yang berlainan. Namun saat bersama itu masih ada. Pulang ke kampung dan masih dapat meluangkan masa bersama.


Kemudian salah seorang sahabat bertunang. Keakraban akan berkurangan.
Pasti ada rasa yang tidak senang apabila keluar bersama. Waktu yang diluangkan bersama juga berkurangan. Tidak seperti dulu. Sampai saat sahabat itu berkahwin, semakin jauh persahabatan. Dia sudah ada komitmen sendiri. Tak boleh lagi keluar sama-sama, bergurau bersama..kehidupan dia juga berbeza.

Kadang-kadang kita yang melihat ini tak sedar yang dia ada tanggungjawab yang lebih besar dari kita yang masih bujang. Tidak adil bagi dia jika kita menyalahkan dia kerana tak dapat luangkan masa bersama, berbual seperti dulu dan lakukan aktiviti dulu bersama. Mungkin dalam setahun tak dapat langsung berjumpa. Bila jumpa, fikiran dan topik perbualan berbeza.
"DIA BUKAN SEPERTI KITA LAGI"

Apa salahnya jika kita beri dia ruang, apa salahnya kalau kita cuba fahami diri dia. Sesekali cuba letakkan diri kita ditempatnya. Kita akan faham akan kepentingan yang perlu dia dahulukan. Kerana suatu hari, kita juga akan meninggalkan hari ini, melangkah ke dunia baru yang menjanjikan kebahagiaan dan masa yang sama memerlukan komitmen yang tinggi. Masa itu kita akan lebihkan keluarga dari segala-galanya. Tolak tepi bual kosong dan lepak bersama kawan-kawan.


Tapi..
Persahabatan itu mesti diteruskan..
Dia pernah beri kita kenangan..
Dia pernah beri kita kebahagiaan..
Dia pernah beri kita persahabatan..
TERINDAH..

"Biarkan dedaun dan bunga berguguran, asalkan pokok tidak mati"

-SAHABAT UNTUK SELAMANYA-

P/s: Ini cuma dari apa yang telah saya alami..mulanya kecil hati. Tapi sampai suatu saat saya sedar, kita hanya mengikut putaran waktu. Setiap orang ada waktu dan keperluan tersendiri..Hormati waktu mereka..

Wassalam..