Sahabat Untuk Selamanya..
Salam Ukhwah..
Perjalanan hidup kita semuanya mengikut peringkat. Dilahirkan, kemudian merangkak, berjalan, ke tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, Universiti atau kolej2 atau ada yang terus bekerja, menemui pasangan hidup,
bertunang, berkahwin, anak pertama, anak kedua dan seterusnya.. melihat anak membesar dengan proses yang sama, kemudian bermain dengan cucu..dan ke alam semakin tua dan akhirnya ke alam terakhir...
Setiap peringkat kehidupan membawa kita kepada pengalaman dan kenangan. Indahkan waktu sekolah bersama, bersahabat, bermain bersama..santai bersama..sampai suatu tahap terpisah kerana menyambung pengajian di tempat yang berlainan. Namun saat bersama itu masih ada. Pulang ke kampung dan masih dapat meluangkan masa bersama.
Kemudian salah seorang sahabat bertunang. Keakraban akan berkurangan.
Pasti ada rasa yang tidak senang apabila keluar bersama. Waktu yang diluangkan bersama juga berkurangan. Tidak seperti dulu. Sampai saat sahabat itu berkahwin, semakin jauh persahabatan. Dia sudah ada komitmen sendiri. Tak boleh lagi keluar sama-sama, bergurau bersama..kehidupan dia juga berbeza.
Kadang-kadang kita yang melihat ini tak sedar yang dia ada tanggungjawab yang lebih besar dari kita yang masih bujang. Tidak adil bagi dia jika kita menyalahkan dia kerana tak dapat luangkan masa bersama, berbual seperti dulu dan lakukan aktiviti dulu bersama. Mungkin dalam setahun tak dapat langsung berjumpa. Bila jumpa, fikiran dan topik perbualan berbeza.
"DIA BUKAN SEPERTI KITA LAGI"
Apa salahnya jika kita beri dia ruang, apa salahnya kalau kita cuba fahami diri dia. Sesekali cuba letakkan diri kita ditempatnya. Kita akan faham akan kepentingan yang perlu dia dahulukan. Kerana suatu hari, kita juga akan meninggalkan hari ini, melangkah ke dunia baru yang menjanjikan kebahagiaan dan masa yang sama memerlukan komitmen yang tinggi. Masa itu kita akan lebihkan keluarga dari segala-galanya. Tolak tepi bual kosong dan lepak bersama kawan-kawan.
Tapi..
Persahabatan itu mesti diteruskan..
Dia pernah beri kita kenangan..
Dia pernah beri kita kebahagiaan..
Dia pernah beri kita persahabatan..
TERINDAH..
"Biarkan dedaun dan bunga berguguran, asalkan pokok tidak mati"
-SAHABAT UNTUK SELAMANYA-
P/s: Ini cuma dari apa yang telah saya alami..mulanya kecil hati. Tapi sampai suatu saat saya sedar, kita hanya mengikut putaran waktu. Setiap orang ada waktu dan keperluan tersendiri..Hormati waktu mereka..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment