Wednesday, September 7, 2011

Kebahagiaan vS Kecewa

Salam ukhwah..
Wajarkah kita sebagai seorang manusia hanya menanti kebahagiaan datang dengan sendiri? Ini sama juga kita duduk tanpa berbuat apa-apa tapi menunggu ganjaran. Dari mana datangnya ganjaran tersebut? Dari Allah? Hanya berserah pada Allah tanpa usaha? Untuk mendapat sesuatu dari Allah sekalipun kita perlu meminta dan berdoa. Itu adalah suatu usaha..

Kebahagiaan adalah suatu perkara yang membuatkan wajah kita berseri-seri..jantung berdegup lebih laju dari biasa dan seuatu yang menjadikan kita rasa tenang dan dalam situasi yang selesa. Ada yang mengatakan tiada kebahagiaan. Tapi sedarkah kita bahawa kebahagiaan itu datang dalam pelbagai bentuk kehidupan? Mungkin seseorang itu kecewa bersama pasangan, tapi kebahagiaan dapat dilihat pada kehidupan bersama ibu dan bapanya..atau mungkin juga bila bersama rakan-rakan. Walaupun sedalam mana kecewa yang dirasakan, pasti ada kebahagiaan yang muncul seketika. Menjadikan fikiran lupa pada kecewa walaupun sesaat.
Kadang-kadang kita lupa bahawa kebahagiaan itu ada, hanya kerana kecewa yang dirasai. Tapi lebih ramai yang lupa bahawa sebelum datangnya kecewa, pernah wujud kebahagiaan. Jadi kenapa kita perlu padamkan kebahagiaan yang pernah dirasai hanya kerana kecewa?

Mahu dikaitkan dalam suatu perhubungan? Putus hubungan kasih antara pasangan. Kecewa kerana disakiti. Tapi sampai bila perasaan itu harus disimpan. Akhirnya akan memakan diri sendiri. Setiap yang dirasai akan sentiasa terpamer pada wajah kita. Jadi siapa antara kita mampu sembunyikan apa yang dirasa? Berfikiran positif, dia pernah beri kita kebahagiaan. Jangan padamkan kebahagiaan hanya kerana kecewa.. Allah pinjamkan si dia seketika untuk menemani sebelum kita ditemukan dengan seseorang yang menjadi peneman sehingga akhir kehidupan.. Alhamdulillah..kerana dia, dulu kita tidak keseorangan..

- KEBAHAGIAAN SENTIASA ADA..HARGAI KEHIDUPAN-
ENJOYYYY!!

Wassalam..(^_^)v

No comments:

Post a Comment