Sunday, January 16, 2011
CINTA??
Sepatah, ringkas tapi bermakna..memberi kesan pada orang yang mengucapkan. Tapi berapa ramai yang mampu untuk menyebut perkataan "Saya CINTAkan awak" dan berapa ramai yang mampu menyebut "I LOVE YOU"..Lain kah maknanya?
Sejauh mana penghayatan setiap ungkapan tersebut? Selalunya, bila couple2 bercakap dengan pasangan mereka mesti ada "I LOVE YOU" sebagai penutup kata..erm..omputih betulkan? Ungkapan "SAYA CINTAKAN AWAK"..jarang2 dapat dengar..kalau ada pun, dalam drama..Kalau Drama swasta( realiti) mungkin diungkapkan secara tertutup..Mungkin kedengaran lebih ikhlas dan lebih lembut atau lebih sedap untuk didengar..
Apapun, kedua2 ungkapan ini mampu menyentuh hati sesiapa sahaja..Kalau tak mampu untuk menyebut kedua2 tersebut, boleh menghargai seseorang dengan hanya ungkapkan "SAYA SAYANG AWAK"..Tapi lain pula maknanya kan? Tapi tetap menunjukkan orang tersebut dihargai..
Ada pendapat mengatakan, CINTA itu hanya untuk pencipta..itu pendapat masing2..Mungkin bagi mereka, perkataan CINTA itu tidak sesuai digunakan untuk ekspresi-kan sesama kita.. Secara jujurnya, hanya CINTA dari Allah yang dapat dirasakan setiap saat..yang sentiasa ingat pada kita..hinggakan dihantar penjaga untuk kita..ermm..kalau kekasih mungkin juga boleh hantar 'Bodyguard' yer? Bertambah penjaga..beruntung orang tersebut..
Anda percaya pada CINTA?
Kerana CINTA ALLAH terciptanya Adam..
Kerana CINTA ALLAH diciptakan Hawa peneman Adam..
Kerana CINTA ALLAH wujudnya kita di sini..
Tapi kerana CINTA sesama manusia,
Kadang lupa CINTA ALLAH..
Lupa siapa diri..lupa janji terpatri..
CINTA itu terlalu suci, tetapi kadang dicemari..
Kerna kita sering terleka dengan duniawi..
Sekadar berpesan pada diri agar ingat bumi yang di pijak bukan selamanya di sini..Insan yang dikasih, disayang, dicinta, disanjung..tidak akan selamanya bersama..
Hargai setiap Insan..
Wassalam..
BUtterflyPrincessN3 17/01/2011
Saturday, January 15, 2011
Budak Kampung
Ermm..beberapa hari ni kurang idea untuk update blog ni. Antaranya sebab terpaksa mengadap benda2 yang memeningkan. Mula2 memang saya kurang berminat dengan segala benda sistem. Tapi bila terpaksa buat, keadaan berubah jadi enjoy n tekanan(huhu)..
Tadi masa tengah 'enjoy coding' dengar suara budak2 dari tepi tingkap bilik. Tepi bilik saya ni ada longkang yang tak berapa dalam(longkang ke?lalaan air jer sebenarnya). Lepas banjir, ada lagi air mengalir dari situ. Saya intai2, ada 3orang anak jiran sibuk tangkap ikan. Bising dengan bahasa yang salah sebutan dan bunyi (huhu..telo punya cakap loooo).
Lucu pula tengok budak2 tu. Teringat masa kecik2(umur lingkungan 5-12 tahun..). Longkang tu juga jadi tempat saya tangkap ikan( hehe..darjah 6 pun tangkap ikan lagi). Lepas hujan aje, pantang ada air dalam longkang tu..mesti curi2 keluar rumah sambil bawa tapis santan & besen. Air yang mengalir situ bersih tau..siap leh nampak pasir lagi..ikan yang berenang memang nampak jelas..letak jer tapis santan, 'confirm!' dapat ikan. So bila tengok budak2 tu bising situ, saya tak peduli pun.."Just let they enjoy themselves"
Tengah saya sedap2 makan kat dapur," HUwaaaaaaaa..(pastu ada bahasa lagi yang tak difahami)" Kali ni abah dengan mama pula gelak.." Budak2 tu menangis berebut ikan"mama kata. Abah pun amik baldi kuning yang ada ikan mati 2 eko, yang hidup dalam 4 eko kot tadi..(lupalahh..wallahualam) Ikan tu abah jala kt sungai tadi(Balik dari masjid terus amik jala..sebab hari sebelum tu dah goreng n gulai..sedapppppp..tapi tak tahu ikan apa..hehe)
Ikan tadi abah bagi kat budak2 tu dengan baldi sekali..Pastu saya intai lagi..senget2 budak 2 orang bawa baldi kuning besar..bila yang sorang tu lepas tangan,"eyat nih..ange ah yepah"..pastu dengar lagi.."pit mik yuwo eko,oye mik yuwo eko"..gelak sorang2 lagi saya..
Seronok jadi budak kampung..ada kenangan yang boleh diingat..Main banjir..habis banjir tangkap ikan..Macam yang selalu jadi kat saya, leka sangat tangkap ikan..balik umah duk lua. Pintu dah kena kunci. Mula2 nangis lah juga..lama2 siap leh panjat beranda umah dan tidur kat situ..hehe..Kadang2 siap letak bantal dulu..wat 'standby'..huhu..
Kenangan..kenangan..itulah kenangan saya sebagai budak kampung..sampai mana pun tahap kita, sampai mana pun kita pergi..jangan lupa asal usul..saya tak malu kalau orang kata saya budak kampung..sebab saya memang budak kampung yang breakfast dengan 'wedges, nugget, baked bean, roti bakar and milo'..lunch dengan nasi lauk ikan sweet n sour , n dinner dengan chicken chop.. MY MUM THE BEST CHEF EVER!! YEAH!!..Cause MY DAD ALA-ALA OMPUTIH GITU..ngeee
Waktu akan tetap berlalu..
Setiap detik yang pergi takkan menjanjikan apa-apa..
Tapi kenangan yang bertapak..
Akan menjadikan aku seseorang..
Seseorang yang lebih dewasa..
Dalam mengenal erti kehidupan..
Wassalam..
Tuesday, January 11, 2011
Orang yang mencintai kamu
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! --->> Kerana saya menyesal melepaskan dia pergi..(T_T) ]

