Sunday, May 9, 2010

SEMPENA HARI IBU...AKU MAHU KAMU



AKU MAHU KAMU merupakan rankin ke-4 langganan mingguan novel laris alaf 21..Saya sendiri belum baca, tapi bila baca sinopsis macam best jalan cerita. Cuma perlu menunggu untuk dapatkan dan baca..Kalau cara ulasan bagus, mesti best jalan ceritanya kan?emm..nanti kita komen kemudian..


Baca sinopsisnya dulu yaaa..silakan..NOVEL SEMPENA HARI IBU..


EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Tersentuhkan hati? Kenapa kesalahan pada seorang ibu? Nanti kita sama2 baca ya..

Harga : RM 19.90 Halaman :512

Selamat Hari IBU..My Love.. MAMA..


Happy mother's Day to my lovely MAMA..PUAN HJH HASMAH..
PUAN HJH HASHIMAH HASHIM( K.LONG) dan PUAN HASLINDA HASHIM (K.NGAH)
Kasih sayang seorang ibu tak dapat dipertikaikan lagi..siapa yang boleh persoalkan kasih seorang ibu?

Dari kecil lagi saya ni seorang yang kuat merajuk. Asal marah je nak lari dari rumah. Masa tu umur 5 tahun..asal lari dari rumah je atuk panggil naik umah dia..bila tertidur je, mama datang amik. Jauhnya dalam 10 langkah je dari rumah.

Mama kata, masa kecil2 saya ni suka ikot orang. Kalau orang panggil mak dia org ummi, saya blik panggil umi. kadang2 mummy, kadang2 mak..Last2 lekat panggilan MAMA..mungkin itu yang terakhir saya dengar. Tapi k.long & k.ngah panggil CIK..bila difikir2, pelik lah pula..

Masa nak sambung belajar degree, abah tak bagi. Sebab saya pernah buat hal masa diploma. Buat hal yang buat abah marah..pasal pelajaran, bukan hal yang pelik2 yaa..mama bg 'support'. Mama kata bia abah tak bg, mama akan tanggung semua perbelanjaan.

Dengan restu mama dan sokongan kakak2, saya sambung belajar.Masa mula2 semester 1, mama yang tanggung semua. Sejuk juga hati abah bila result saya elok pada semester pertama. Segala kerisauan saya hilang..Dulu risau kalau2 mama terpaksa tanggung perbelanjaan saya selama 4 tahun.


Sememangnya tak dapat nak dibalas segala pengorbanan itu..bukan setakat itu, malah lebih lagi.. Saya cuma mampu berdoa kesejahteraan hidup mama dan abah serta keluarga, panjangkan umur & kesihatan yg baik kepada mereka agar sempat merasai titik peluh ku suatu hari nanti..
Ya Allah bukalah pintu SYURGA FIRDAUS MU untuk kami..Amin..

salam kehidupan..

Jauh perjalanan dari UNISEL ke Bandar Sri Putra.. Dari bas, membawa ke KTM..orang boleh tahan ramainnya..jam 4.30 bertolak, jam 8 lebih baru sampai. Itu termasuklah tunggu bas nak gerak dan tunggu KTM lambat..Bertemankan MajalahPC..x adalah boring sangat..Edisi Window7..belum cuba,tapi bila cuba di laptop k.long..macam best..

Penat berkemas nak pindah ke hostel..lambatlah bertolak. Cuti semester lagi..tak sabar nak balik kampung. Tapi mok dah tak ada. Nampaknya rumah akan jadi 'sarang' saya lah..nak buat macam-mana..kawan2 semua dah sama-sama membesar dan bawa haluan masing-masing..

Ops..dah lama saya tak berkongsi novel kan? Kesibukan..sebab tu lah tak dapat nak berkongsi novel2 terbaru..skarang saya dah ada broadband. Mungkin cuti nanti saya cuba untuk dapatkan novel2 terbaru dan 'update' di sini..Cuba untuk dekatkan diri dengan technology. Tapi tak tahu lah ada line ke tak kat Kelantan. Mungkin nanti boleh cuba ya..

Mungkin novel tak ada, tapi saya kongsikan lagu dari kumpulan API- Pelita. Pertama kali saya mendengar lagu ini, seperti kena dengan diri saya. Kadang-kadang saya ni terlebih 'emo'. Tapi mungkin 'emo' menjadikan kita 'sense of human'.

----->> Sementara itu, enjoy dan hargailah hidup kita..Khalifah kerdil di bumi Allah<<------