Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari IBU..My Love.. MAMA..


Happy mother's Day to my lovely MAMA..PUAN HJH HASMAH..
PUAN HJH HASHIMAH HASHIM( K.LONG) dan PUAN HASLINDA HASHIM (K.NGAH)
Kasih sayang seorang ibu tak dapat dipertikaikan lagi..siapa yang boleh persoalkan kasih seorang ibu?

Dari kecil lagi saya ni seorang yang kuat merajuk. Asal marah je nak lari dari rumah. Masa tu umur 5 tahun..asal lari dari rumah je atuk panggil naik umah dia..bila tertidur je, mama datang amik. Jauhnya dalam 10 langkah je dari rumah.

Mama kata, masa kecil2 saya ni suka ikot orang. Kalau orang panggil mak dia org ummi, saya blik panggil umi. kadang2 mummy, kadang2 mak..Last2 lekat panggilan MAMA..mungkin itu yang terakhir saya dengar. Tapi k.long & k.ngah panggil CIK..bila difikir2, pelik lah pula..

Masa nak sambung belajar degree, abah tak bagi. Sebab saya pernah buat hal masa diploma. Buat hal yang buat abah marah..pasal pelajaran, bukan hal yang pelik2 yaa..mama bg 'support'. Mama kata bia abah tak bg, mama akan tanggung semua perbelanjaan.

Dengan restu mama dan sokongan kakak2, saya sambung belajar.Masa mula2 semester 1, mama yang tanggung semua. Sejuk juga hati abah bila result saya elok pada semester pertama. Segala kerisauan saya hilang..Dulu risau kalau2 mama terpaksa tanggung perbelanjaan saya selama 4 tahun.


Sememangnya tak dapat nak dibalas segala pengorbanan itu..bukan setakat itu, malah lebih lagi.. Saya cuma mampu berdoa kesejahteraan hidup mama dan abah serta keluarga, panjangkan umur & kesihatan yg baik kepada mereka agar sempat merasai titik peluh ku suatu hari nanti..
Ya Allah bukalah pintu SYURGA FIRDAUS MU untuk kami..Amin..

salam kehidupan..

Jauh perjalanan dari UNISEL ke Bandar Sri Putra.. Dari bas, membawa ke KTM..orang boleh tahan ramainnya..jam 4.30 bertolak, jam 8 lebih baru sampai. Itu termasuklah tunggu bas nak gerak dan tunggu KTM lambat..Bertemankan MajalahPC..x adalah boring sangat..Edisi Window7..belum cuba,tapi bila cuba di laptop k.long..macam best..

Penat berkemas nak pindah ke hostel..lambatlah bertolak. Cuti semester lagi..tak sabar nak balik kampung. Tapi mok dah tak ada. Nampaknya rumah akan jadi 'sarang' saya lah..nak buat macam-mana..kawan2 semua dah sama-sama membesar dan bawa haluan masing-masing..

Ops..dah lama saya tak berkongsi novel kan? Kesibukan..sebab tu lah tak dapat nak berkongsi novel2 terbaru..skarang saya dah ada broadband. Mungkin cuti nanti saya cuba untuk dapatkan novel2 terbaru dan 'update' di sini..Cuba untuk dekatkan diri dengan technology. Tapi tak tahu lah ada line ke tak kat Kelantan. Mungkin nanti boleh cuba ya..

Mungkin novel tak ada, tapi saya kongsikan lagu dari kumpulan API- Pelita. Pertama kali saya mendengar lagu ini, seperti kena dengan diri saya. Kadang-kadang saya ni terlebih 'emo'. Tapi mungkin 'emo' menjadikan kita 'sense of human'.

----->> Sementara itu, enjoy dan hargailah hidup kita..Khalifah kerdil di bumi Allah<<------

Sunday, April 18, 2010

Pemergian nenda Meriam Ishak

Salam..
Sudah terlalu lama saya tak menulis di sini..
5 April 2010 merupakan tarikh yang tak mungkin dapat kami lupakan..pemergian nenda tersayang sedangkan pada hari yang sama merupakan "Birthday" kekanda ku..Kak Long..
Pada 4April 2010, lebih kurang jam 11 malam kami mendapat panggilan dari bonda di kampung. Sewaktu itu saya di rumah k.long kerana bercuti hujung minggu seperti biasa..Menurut cerita bonda ku, nenda terkena "2nd strok" semasa berseorangan di rumah. Ayahanda terpaksa pecah masuk ke rumah kerana keseluruhan pintu rumah berkunci.

Mendengarkan berita itu, saya tak henti-henti berdoa agar mendapat peluang terakhir berjumpa nenda tersayang..Pada malam itu, sebelum subuh saya bermimpi..nenda dalam kain sembahyang bertanya "Tie tak balik ker?" saat itu saya menjawab.."Balik mok, tie balik"..sebaik sedar, terus saya solat subuh..saya cuma beritahu k.ngah tentang mimpi itu..selama saya kenali nenda selama lebih dari 22tahun..saya tak pernah lihat nenda berjalan dengan sempurna..selama saya kenali nenda, segala rahsia..segala pengalaman hidup dikongsi..dari kecil saya hidup bersamanya.."Mok tak tahan doh Tie..nk baco tak leh doh..nak baco semaye pon x leh doh" Suatu saat saya terfikir..kalau pemergian dapat hilangkan kesakitannya..saya redha nenda pergi dahulu..

Setelah "2nd strok" nenda tidak sedarkan diri sehinggalah 5 April 2010, sebaik sahaja selepas azan Isyak..nenda kembali ke rahmatullah..saat itu saya dalam perjalanan untuk pulang ke kampung, dari Stesen Bus Kajang ke Pasir Puteh, Kelantan. Panggilan Bonda pada malam itu tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila..saya menangis semahunya..surah Yassin dari MP4 sehinggalah handset, x pernah henti..kemudian saya sedar, saya telah redha segalanya..kenapa perlu saya menangis? Saya berhenti menangis, teruskan Yassin..entah bila terlelap..sesekali tersedar..kembali bersama Yassin..tapi perjalanan dirasakan begitu singkat..kakakanda-kakakanda saya bersama keluarga turut balik ke kampung pada malam itu juga..

Saat menatap wajah saudara-mara yang menangis, saat itu air mata tak setitis pun ada..sehinggalah saya bersalam dan memeluk nenda Hassan bin Che Mat. Saya peluk nenda agar bersabar dengan pemergiannya.."Biarlah kalu dah pergi..kita dah tak leh buat per2 cik.."saya sapu perlahan air matanya..bila air mata saya berhenti menitis, saya duduk bersebelahan kepala nenda Meriam..Yassin dibaca lagi kemudian ayat2 Al-Quran..terlalu sayang nak meniggalkan nenda tanpa sebarang bacaan Al-quran..saat kakakanda melihat jenazah, saya tak dapat melihatnya..takut jika terasa rindu..bila k.long menyuruh saya lihat, barulah saya akur..saat itu gugur lagi air mata..nenda Meriam seolah-olah tersenyum dalam tidurnya..Setelah melihat wajahnya itu, barulah tenang hati ini dan mampu tersenyum kembali..

Saat dikapankan, saya hanya melihat..kedua kakakanda membantu..saat kucupan terakhir..saya memberikan tiga kucupan terakhir..dahi dan kedua belah pipi..ciuman kepada nenda Meriam selalunya terasa hangat..namun kali ini sejuk sekali..selalunya saya kucup tangan dan kedua belah pipi..tapi untuk terakhir kalinya begitu berbeza..kucupan hangat itu dua minggu yang lepas sebelum pemergiannnya..

Pada cuti sekolah, lebih kurang dua minggu sebelum pemergian nenda, kami adik beradik balik ke kampung dan meluangkan masa bersama keluarga..kami berbual panjang dengan nenda..tak menampakkan yang nenda Meriam akan pergi selamanya..Permintaan terakhirnya pada saya saat itu.."Tie oyak lah ko mat tu..bawok mok ayoh dio mari jupo abah. Kenal2..Mok x de doh nak tengok tie nikoh..nak mati dohh.." Nenda berdua sudah bertemu MOhd Fikry..mungkin nenda Meriam berkenan dengan pilihan saya..tapi waktu masih panjang..saya beritahu bahawa saya belum bersedia untuk melibatkan keluarga..nenda Meriam hanya diam pada saat itu..bila berbual dengan saya, nenda selalu kata dia dah nak pergi..kerana itu lah saya tak jangkakan secepat ini dia pergi..

Harini genap 13 hari nenda pergi..tahlil masih dibuat pada tiap malam jumaat setelah selesai 7malam berturut-turut..pada malam 40 pemergian nenda Meriam, saya dan k.ngah sekeluarga akan pulang ke kampung..Moga roh nenda Meriam Ishak akan ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi-Nya..Amin..

PEMERGIAN TIADA GANTINYA..SENYUMAN MU, TUTUR KATA MU, GURAU SENDA MU, KATA NASIHAT MU..AKAN SENTIASA DALAM INGATAN KU..NENDA MERIAM BINTI ISHAK..

Al-Fatihah..