Salam Ukhwah..
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan
.
Apa pula konsep cinta bagi remaja? Dating?Wayang?Berpegangan tangan?Atau mungkin lebih dari itu? Remaja era baru terlalu berani dalam perwatakan dan percakapan mereka. Berpakaian sekolah, lelaki dan perempuan bukan muhrim berpimpin tangan.Ada juga tanpa segan silu melakukan lebih dari itu. Adakah cinta itu untuk melapaskan nafsu semata-mata? Sejauh mana kebenaran cinta si jejaka sehingga si dara menundukkan diri? Kata orang cinta monyet. Tapi bukankah manusia yang berakal sepatutnya lebih bijak?
Bila terserempak dengan pelajar sebegini tiba-tiba saya rasa marah. Sakit mata dengan cara mereka. Sedih mengenangkan ibubapa mereka yang terlalu percayakan anak-anak dan malu dengan sikap mereka yang tak tahu malu.
Menjadi sifat wanita ingin disayangi dan dicintai, mudah untuk percaya kata cinta dan pujuk rayu lelaki. Kerana sifat itulah kehidupan wanita atau perempuan terlalu banyak dugaannya. Ada yang perlu dijaga..ada yang perlu disimpan.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Lihat adik-adik kita..lihat anak-anak kita..lihat saudara-mara kita..Anak perempuan jangan sampai dirosakkan..dan anak lelaki jangan sampai merosakkan. Sekalipun cukup didikan agama, remaja sekarang lebih besar cabarannya. Bila-bila masa sahaja mereka akan lalai. Sama seperti diri kita sendiri. Saling berpesan untuk ingat-mengingati..
Wassalam..(^_______^)v
2 comments:
saya sangat bersetuju ngn pandangan y nim..
i give u 100% skop..hehehe
hehe..thnks dear..take care yaa
Post a Comment