Thursday, March 31, 2011

Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? ~ Manjalara

Salam ukhwah..(^_^)v

Dah terlalu lama saya tidak bercerita tentang novel kan?? Mulanya dah serik nak baca novel CINTA..yer lah kan..selalunya bila novel CINTA lebih banyak
'HAPPY ENDING' reality?? ermm..tah aper2 jer..dan saya berubah pada novel seram..pun tak bercerita di sini..dan buku2 ilmiah(ermm..cuba untuk berubah..ngee).. Tapi tah macam-mana,sambil2 tunggu nasi kandaq kat Restoran Zoi, Bangi..Ternampak kedai buku..Saya memang pantang jumpa kedai buku..akan masuk.Cuma bezanya..beli @tidak.

Tertarik pada 1 buku::::: SUKA SAYA YA?SUKA SAYA TIDAK?


Tajuk menarik, cover buku pun menarik..

Antara ayat PENARIK:

Jodoh itu rahsia Allah.. Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata.. Andai bersua lagi, akan aku
kotakan janji padanya.. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?

Sini sedikit sinopsis yang diculik dari blog lain:


Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.

Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.

Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

* * *

MANJLARA menulis tulus dan indah sekali. Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorang anak yang terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorang perawan suci. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati.

Selalunya saya akan ulas selepas habis baca..Tapi sampai sekarang belum habis baca..Jalan cerita menarik, tapi saya seolah2 takut untuk mengetahui jalan akhir cerita..hehe..Jadi sengaja saya lambat2kan(ngee..lom pernah berlaku keadaan ini..)

Insyaallah, akan saya habiskan dalam waktu terdekat..ermm..

Harga Buku:RM19.oo

Helaian Muka surat:443

Terbitan: Jemari Seni(Js)


"TANAMKAN SEMANGAT MEMBACA DALAM DIRI..MEMBACA NOVEL JUGA MERUPAKAN SATU PENGALAMAN ANDAI BIJAK MENGHAYATI CERITA DAN WATAK"


Wassalam(^_^)v




Friday, March 25, 2011

Banner Baru

Salam Ukhwah..

Banner kali ni 'special' kenangan bersama dark2 PPKT USMKK..
Latihan Industri done lepas 14 minggu..terlalu banyak kenangan bersama..
Mula2 mohon LI di USM, ingatkan saya akan sunyi tanpa sahabat2 di UNISEL..
Bila nak LI jer semua dah rasa seram sejuk..

"Orang baru, keadaan baru, tanggungjawab baru"

Alhamdulillah, kemesraan staff dan bantuan dark2 PPKT takkan dilupakan sampai bila2..Hapy sangat2 dapat peluang bersama kamu semua..Insyaallah, ada masa kita jumpa lagi..Teringin nak abadikan kenangan bersama di sini..ada beberapa pic di sini dan banner kali ini adalah khas buat dark2 PPKT..(^_^)v

Bertempat di Jeram Linang..
dark2 PPKT dah macam duck jumpa air..hehe









Erm..tak reti nak susun pic nie 'actually'..macam-mana pun nak jugak2 letak dalam blog nie (~.~')


HERO2 MALAYA PPKT disamping MEK seksi(org tgh serius kamoo wat lawak plak yer..)hehe

Hidangan terbaek dari ladang Anis untuk hari tersebut..BBQ! Puding gula hangus & Sandwich by Tihah
Bihun by My mom(^_^)v-->>Tak brani nak masak sendirik. kot sakit perut semua orang nati.hehe


Ngehee..memang seronok tengok korang dalam air..budak2 pun semua duk kat tepi jer..hehe


Next time ble main pandang kiri kanan yer adik2..kesian budak2.hoho



OKey..penutup adalah pic bersama..
Adik2 ku bertanya..
"Kak ti tak masuk blog ker pic kito gi jeram?"
ngehehee..saya tak pernah bercerita 'my' aktiviti sosial di blog kan?rasanya lahh..dan ini adalah 'entry'dengan pic yang banyak..khas untuk
'PPKT VERSION 1.0'
erm..ader version 2.0 ker? Kalau ada pun, mungkin saya tak berkesempatan kot..hukhuk (tibo2 ayat sedih)

Apa pun, thanks for 'everythings' sedikit-sebanyak, setiap orang dah berbudi pada saya..hutang budi di bawa mati..
Jumpa lagi lain masa ya..

Ingat Daku Dalam Doa mu..(teeewah!)
Kalau ada lagu dlm blog ini, adalah khas untuk DARK2 PPKT yer..

Wassalam..



Friday, March 18, 2011

CURANG 2



Salam ukhwah semua(^_^)v

'Entry' sebelum ni saya ada bincang cerita tentang CURANG..ermm..biasa berlaku, selalu berlaku dan boleh berlaku..Topic ini pun tiba-tiba terfikir bila pandang, lihat dan dengar..dan juga diungkit oleh seorang sahabat..sebab itulah timbul hal ini di sini..

Satu minggu atau mungkin lebih saya cuba bebankan fikiran ni dengan cerita2 lepas..ermm..tak perlu kot ceritakan disini (bukan saya yang curang yer..ermmm...kalau curang pun pada siapa?ngee) Kalau yang bercinta boleh curang pada 'couple'nyer..orang dah berkahwin pun boleh curang pada pasangannya.. Antara sebab2 yang pernah saya ungkitkan sebelum ini adalah 'BORINGGGGGG'.

Untuk dijadikan cerita, saya tempatkan diri saya sebagai seorang penggalak kepada curang(hehe..menakutkan..tapi tak menjadi lahh) CURANG takkan berlaku kalau dari sebelah pihak kan?( kalau sorang2 itu dah macam angau pula bukan CURANG yer..)
Sesi antara saya dan seorang sahabat. Soalan saya sememangnya semua 'direct to the point'..sahabat ini seorang lelaki yer..juga seorang suami beranak dua.

Die--->>" Bila nak kawen?"
Saya-->> "Kenapa?Best ke kawen"
Die-->>"ermm.. nak kata best tu tak juga..sebab kadang2 boring."
Saya-->>" Apa yang sebabkan jadi boring?"
Die-->> "Yelah..hari2 tengok orang sama je..kalau makin cantik tak pe. Ni kusut masai jer..Nak pegi kerja die macam tu. Balik kerja pun die macam tu.
Saya-->> " Die tahu awk tak suka die macam tu?"
Die-->> "Tah"
Saya -->>" Tak bagitau ke?"
Die-->> " Perlu ker?"
Saya-->> " Tak bagitau mana die nak tahu."
Die-->> "Alaaa..die sepatutnya tahu..takkan benda macam tu pun nak bagitau."
Saya-->> "Pastu bila nak 'settle'?
Die -->>" Tah" Perbualan jadi membosankan bila jawapan pendek diberi..ermmm..saya pancing lagi..

Saya-->> " Isteri kerja?"
Die -->>" Tak. Duk umah jaga anak"
Saya-->> " Okey lah tu..awk balik kerja, makan terjaga..anak2 ada yang jaga. Apa lagi tak cukup?"
Die-->> " Bosanlah..perempuan, bila kerja pagi2 pakai cantik2..sekurang-kurangnya dalam satu hari pakai cantik. Ini bila duk rumah, diri pun tak terjaga."
Saya -->>" Sebab tu awak mesti bagitau. Supaya dia tahu dan boleh berubah."
Die -->>" Ah! malas lah..Sekarang ni nak cari perempuan yang bekerja."
Saya-->> "Haha" (Rasanya gelak saya tu dah cukup menyakitkan hati die)
Die-->> " Alaaa..kalau tanya lelaki yang dah berkahwin, kebanyakan akan kata belum kawen."
Saya-->> " Kalu dah kawen tu buatlah cara dah kawen dan jaga amanah tu elok2"

Jawapan elak jadi penggalak kepada curang

Die-->> "Kalau saya masuk pinang awak boleh?"
Saya-->>" Maaf, saya tak suka kongsi."
Die-->> "Alaa..kongsi dunia..akhirat syurga."
Saya-->> "Itupun kalau hati cukup bersih halalkan semua."
Die-->>"Erm.."

Seeeeeeeeee..patahkan hatinya..huhu..belum ckup kukuh tu..beri lagi sampai die tak terkata..Kenapa nak rampas hak orang lain? Mungkin kalau jodoh itu tak kemana, tapi kalau boleh, elak itu lebih baik kan?
Seorang wanita sanggup hancurkan hati wanita lain? Tolonglah jangan..


NAh! Baguskan alasan orang yang cuba untuk CURANG? Bahasa2 yang digunakan menunjukkan betapa SENGSARA nyerrrrrrrrrrrrrrrrr hidup si die nie..Masalah yang timbul tak sebesar mana pun. Bukan kah berterus terang itu akan membawa kepada kehidupan yang lebih baik? Mencari orang lain bukan penyelesaian kepada masalah..

SETIAP HARI JADIKAN HIDUP KITA LEBIH BAIK DARI SEMALAM.. BERPESAN2 KE ARAH KEBAIKAN..INSYAALLAH..

SEMOGA SAYA, KAMU, ANDA, SAHABAT2 DAN SEMUA DAPAT BERFIKIR DENGAN WARAS SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN..
Cerita di atas adalah kes rampas ISTERI atau SUAMI sahaja yer..selebihnya pandai2 lah sebab selagi belum ada hubungan sah, kita berhak membuat pilihan terbaik..

Ini adalah pendapat saya..setiap orang lain fikirannya..

Wassalam (^_^)v

Thursday, March 10, 2011

CURANG??

Salam ukhwah..


Lepas 'entry' yang membongkar rahsia hati saya hari tu, dah lama saya tak ber-blog di sini kan? ermm..pada yang sesiapa dah membaca tu, hehe..simpanlah yer..terpaksa delete post tersebut sebab takut timbulnya fitnah..(^_^)



Kenapa perlu adanya CURANG? Kenapa tidak SETIA? Erm..hal ini bukan sahaja melibatkan lelaki yer..perempuan pun ada..antara contoh2 CURANG yang selalu berlaku
1) Couple dengan dua atau lebih dalam satu masa.
2) Isteri curang pada suami.

3)Suami curang pada Isteri.



Selalunya, hal ini berlaku kerana 'boring'/bosan dengan pasangan, cuba untuk berubah angin dan sebagainya..Isu ini tak boleh bercerita panjang lebar kerana saya pun tak tahu apa yang mendorong seseorang itu untuk curang.hehe.. Tapi kesan yang timbul kadang-kala boleh menyebabkan hal yang amat serius. Contohnya BUNUH DIRI!!! Kalau sama-sama setia pada pasangan, semua orang akan bahagia kan? Kenapa perlu berselindung? Kalau tak suka, berdepan kata tak suka. Kalau suka, katakan suka dan teruskan dengan kehidupan yang lebih baik.

Hidup dengan persekitaran yang lebih positif..
SETIA PADA PASANGAN DAN BERSIKAT JUJUR..


Jangan sampai jadi macm ni yer..

Wassalam..