22hb Nov 2010 dah mula dengan commitment baru di USM, kubang kerian. Lepas settle di sini mungkin akan sambung belajar lagi. Knowledge management..emm..'sounds interesting and just need to allocate which university offer'.. Masalah lain timbul juga, layakkah saya menyambung pelajaran dalam bidang tu? Dan bilakah saatnya saya akan menyambung pelajaran? Soal bila itu cukup menyeramkan.
Dalam perkiraan, selepas di sini akan akan teruskan dengan bidang pekerjaan. Ini kerana usia dah semakin bertambah..emm.. So?? Adakah sesudah bekerja dimulakan dengan gerbang perkahwinan? Kemudian baru disudahi dengan sambung belajar?wahhhh..panjang sungguh tempoh masa tersebut.
Bidang pekerjaan hampir..gerbang perkahwinan?? Ish..adakah jodoh untuk saya? Kalau ada, siapakah dia? Rakan-rakan asyik bertanya. Tapi adakah saya ada jawapannya? Jawapannya..saya sendiri pun belum tahu siapa dia..(so cukup-cukup lah bertanya yaa..tak larat nak menjawab)..soalan glamour masa kini..
"Tie bila nak kawen?"
Bagi saya, itu adalah soalan membunuh. Tolong jangan ingatkan betapa umur saya semakin meningkat sedangkan saya belum capai apa yang saya inginkan..(Tegas nie..hehe)
Soal jodoh janganlah tanya saya..bila? siapa? dah rasa macam artis pula sedangkan saya ni orang yang cukup 'low profile'..hehe..macam ayat orang putus cinta ke? Tak lah..(yer lah kot). Cukup2lah..kita mencari "jodoh dari Allah.."emm..
Kepada adik2..jangan buang masalah..cari benda2 yang lebih berfaedah dari memikirkan soal mereka dari jantina yang berlawanan nie. Kalau ada jodoh, adalah tu..tak kemana kan?
1st week ni sedikit membosankan. Masuk-masuk jer bos tak ada. So sampai sekarang "i'm not given any task."Banyak masa dihabiskan mengadap PC dan ber-fb. Rasa nak demam pun ada. Batuk2 dan tersedak2 sudah mula nie..sejuk membeku pun ada juga..So..Saya kenali ini sebagai minggu perkenalan..hehe..
Wassalam..