Sunday, May 31, 2009

Novel yang haku duk berangan and teringat-ingat ialah ZULAIKA DAN YUSOFF

Masa tu haku dah pegang dua novel. Nak bli lagi 1 tak cukup duit. Haku ingat esoknya nak dapatkan novel tu, tapi tak sempat pulak nk pergi muda osman sebab dah nak balik kampus. So terkuburlah niat haku tu.. Dah lah masa tu ada 2buah jer novel tu..TErlupa pula nak tgk keluaran dan pengarang. Jenuh haku cri kt internet..pun x der..
Bila baca sinopsis, ceritakan pasal perasaan Zulaika pada Yusoff..,meremang bulu roma masa baca. Hopefully, 1 day haku akan jmpa balik buku tu..NAK SANGAT2..

Warkah Cinta Berbau Syurga- A.Ubaidillah Alias

Gambar atas tu cetakan pertama.
HAku beli dah Cetakan ke dua PTS Millenia
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

**RM23.50257m/s ** Haku baru jer beli novel ni. Dah baca, tapi lum habis lagi..so tak bolehlah nk komen lebih2..awal permulaan cerita ni memang best..Keadaan yg mana Amir menjauhkan perasaan terhadap wanita iaitu Wardah. Wardah cuma mahu berkenalan sebagai sahabat kerana dia ni berasal dari keluarga yg kurg beragama. So dia cuma mahu kongsi pendapat dengan Amir. Mereka berhubung melalui surat. Amir berusaha untuk jauhkan Wardah dr diri dia sbb takut kalau berubah kpd perasaan yg lain.. setakat tu lah yg haku dah baca..heheh..

NOvel yang haku beli tapi kureng best.. MAHLIGAI-Sri Diah

Novel ini mampu mengajak anda menyelami watak-watak yang bermain dengan perasaan terhadap pasangan masing-masing sama ada kecewa, gembira, pasrah, sayang, cinta dan sebagainya.

Namun, lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah dua sekalipun berjak memiliki anugerah paling agung - CINTA.

MAHLIGAI CINTA - memuatkan momen-momen cinta, sengsara, suda dan duka. Antara kejujuran dan kepuraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.

** Tak aberminat haku nak ulas byk2 pasal novel nie..tapi nak wat mcm dah terbeli.. Haku serik bli karya Sri Diah..kureng berminat dengan cerita yang terlalu byk watak..

Novel paling laris dalam kisah hidup haku dan rakan2..OMBAK RINDU- Fauziah Ashari



Terbitan ALAF21
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

** RM 19.90- 576m/s ( Novel ni best sampaikan 1 of my bestfriend beli walaupun dah baca. Then ada orang lain pinjam..hilang..frust lah dia..haku tak beli pun..pinjam gak..hehe..tapi novel ni jadi target haku untuk dibeli.)

** Hariz memang kejam dalam cerita ini. Tapi Akhirnya Hariz milik Izzah juga. HAppy Ending (Haku memang suka hepy ending..kalu tak nanti haku sendiri sambung cerita. TAk pun lepas baca bebel x sudah..haha)

** Dari 1-5...haku bagi 5! TAHNIAH OMBAK RINDU dan Fauziah Ashari!!! Penulisan Fauziah Ashari adalah yang paling haku suka. Sebab bila baca tak terasa jalan cerita yang panjang..TAHNIAH!

Novel pertama yang tarik minat haku untuk baca novel..KAU UNTUKKU-Aisya Sofea

Terbitan Alaf 21
Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.

**RM 19.90 - 480m/s (Buku ni haku tak beli pn..pinjam dengan kak Na library..tu masa form5. Org sibuk nk exam, budak pmpuan kelas akaun sibuk passing novel. Merah muka haku bila baca..ngaa..Tu yg jd terlebih expose..hahaha. Oneday haku akan beli Novel yang berjaya menarik minat haku nie..)

** Cerita ni pun happy ending..Ego llaki pun nampak sgt dalam cerita ni.

**Dari 1-5, haku bagi 4! Tahniah pada KAU UNTUKKU dan AISYA SOFEA!!!!!!!

Dah lama tak ikuti novel yang ada..So ni jerlah yg terbaru beli..GEMERSIK KALBU-Anis Ayuni

Terbitan Alaf21
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

RM18.00 - 592m/s (Tapi dapat diskaun gak kat Muda Osman Pasir Puteh..tu yg best)

** Raihana dan Sufian bersama..jangan risau..happy ending gak..

** Cerita ni permulaannyer meluat sikit..tu bagi pendapat haku lah..tapi mungkin itu cara penulis cuba menghuraikan jalan cerita. Sebagai pendidik, awalan begitu boleh buat macam2 org fikir..Tapi part yang paling best akhiran cerita. Kalau sedih pun time tu lah..part sebelumnyer baru nak sedih dah x jadi..macam potong mood sikit..

**Dari 1-5...haku bg average lah..3



SAHABAT

So many ways of saying "I LOVE YOU"



Let me start ti live my life anew

Let me be forever close to you
Me heart was broken and full of sorrow
Now you have given me a new tomorrow..

Every time i gaze afresh into your eyes
I soon forget our sad goodbye
You give me hope and i'm filled with love desire
And my heart, it just soars higher and higher

My days without you are barren indeed
It just isn't fun when i have this need
To see you and see you, again and again
I must be in LOVE,i'm full of such pain

Whenever we fight, you always give in
You show me your LOVE, by letting me win
So sweetheart i may as well as say
Without you beside me i couldn't go
Through each day

Without you beside me, i;m despond evidently sad
Each time i see you i'm joyously glad
It must be the things you're cleverly say
That touch and make me so ridiculously gay! (WooooooooooopS!)

( Ni bukan haku yang rekacipta and pengilhaman bukan dariku...ada 1 buku haku amik dulu2..)

Bisikan Hati KERINDUAN

Sahabat..
Rahsia hati dikongsi..

Duka hati terubat luka..

Memori silam jadi antara..

Kala malam berlabuh, segalanya dibawa bersama..



Kenangan..
Kerap-kali bermain di ruang mata..

Bagaikan layar putih yang membongkar segala rahsia..
Gelak tawa..bicara kata..

Tiada pernah wujud sunyi atau sepi..
Segalanya penuh warna-warna kecintaan..


Seketika..
Ingin waktu ku hentikan..
Tapi bukan daya ku..tiada keizinan-NYA..

Saat ku mengira detik dan waktu..
Ku patrikan dalam kitab memori semalam..

Moga mampu pengubat sepi..

Dikala saat KERINDUAN..


(Ilham ni plak khas buat mber2 PSG..dah sah2 ni pun ilhamkan masa zaman skol)

LAGU BUAT MAMA



Terkenangkan suatu wajah..

Begitu ayu mampu memikat..
Mata terpaku hati berdebar..
Pundak henti dari berputar..
Jantung henti dari berdegup..
Wajahmu sering dimataku..

Tutur bicaramu itu..
Halus susun bahasamu..
Kerap-kali memujuk hati..
Sehalus sentuhanmu itu..
Keindahan wajahmu..
Kerap-kali menghilangkan resah..

Aku CINTA padamu..
Kaulah satu-satunya..
Dalam hidupku..
Tiada tandingannya..
Segala untukmu..
Hidupku untukmu..
MAMA..
Kaulah segalanya..


(Tak tahulah bila haku buat nie..dah lupa..tapi lama sangat dah..zaman-zaman sekolah..aku ilhamkan ni bila haku terfikir pasal MAMA.. tp tgn MAMA memang ajaib.Masak sedap..haku demam pun, bila MAMA sentuh kepala haku mesti sihat. Tu lah tangan ajaib yang haku sll ingati..HOM6 lagihhhhhhhhhhhhhhhh..huwaaaaaa)
)