Wednesday, June 30, 2010
Semester baru..
Saya dah kembali ke kampus untuk terakhir kalinya..insyaallah, semester depan saya akan mula 'praktikal'..mendaftar pada hari Ahad untuk 'hostel'. 'Online registration done'. Masuk sahaja hostel..dalam rumah tu seorang pun saya tak kenal..semuanya orang baru. Sebaik sahaja masuk bilik, 'roomate' pun belum ada. Mulalah melilau rasanya. 'Kesik' duk sorang2..hehe
Hari selasa dapat 'roomate' baru..cantik orangnya (Syu)..harap2nya dapat hidup bersama dengan baik disepanjang semester ini..(^_^)
Emm..saya ada dua subjek sahaja untuk semester ini..4kredit hour untuk satu subjek..2jam sehari dari selasa- jumaat.. 24jam - 2jam = baki: 22 jam..nak buat apa ya? Berniaga? Mama pesan, tak yah.. nanti saya cuba fikirkan apa yang boleh saya buat ya..ermmmm..(^_*)
Jalan kaki ke kampus dari hostel ( nak kurus lah kononnya)..kurangkan makan (hari2 bantai char kue tiaw..baru 2 hari..boleh kurus ke)..seronok juga jalan kaki..lagi pun ramai yang buat benda yang sama..(^_^)
Mulai minggu depan, nak 'jog' keliling hostel (kenapa minggu depan yer?).. Atin kata tunggu adik dia bawa kasut dari kampung..boleh laaaaaa
Baru dua hari hidap macam ni, saya dah mula rasa bosan. Nak keluar untuk dapat kan buku2, terlalu jauh. Jadi saya cuma boleh tunggu hujung minggu depan untuk keluar dari sini..emmm..
need to go..
wassalam..
Tuesday, June 22, 2010
Trio novel alaf 21
.gif)
Rajin yer saya update blog hari ini..mungkin sebab dah lama sangat tak update dan line yang laju kat sini..
Monday, June 21, 2010
RELA KU MENANTI-DAMYA HANNA
Sinopsis dari ALAF21Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.
Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.
Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati?
Ulasan..
Erm..Lama juga saya ambil masa untuk habiskan novel ni..jalan cerita menarik, tapi masalahnya terdapat anasir-anasir luar yang mengganggu konsentrasi. Contohnya, kehadiran sahabat-sahabat yang datang ke rumah dan.." Mbak, jom jalan-jalan..boringlah kat rumah.." dan lagi seorang, " Mu nak gi mano sok? Boringlah duk umoh..kua jom"..haaaa..tu lah kerja saya yang 'bz' sepanjang cuti hinggakan 1 novel pun ambil masa yang lama nak habiskan. Kalau buku ilmiah lain tak tahu lahhhh..hehe
Berbalik pada novel yeee..Nurin ni seorang wanita yang kurang percaya pada cinta..kenangan lama menjadikan dia seorang yang negatif terhadap cinta. Cerita ni menarik juga bila Nurin dan Luqman ni boleh dikatakan kawan yang rapat, kadang-kadang berlaku pertengkaran yang membawa kepada persefahaman.. Nurin ni pada saya wanita yang ego. Tak mengaku dengan perasaan sendiri dan cuba untuk melawan kehendak dan perasaan sendiri. Walaupun Luqman mengakui cintanya dan melamar, namun NUrin masih menafikan bahawa Luqman memang untuknya.
Bila pengakhiran cerita, saya ingatkan akan jadi 'sad ending'..tapi rupanya bila masing-masing membawa diri ke tempat asing, mereka terjumpa di sana..Akhir serita, SO MUCH FOR HER HAPPY ENDING..OH..OH..hehe
-->> Sekarang ni tak ada novel yang hendak di baca.. nak beli macam dah 'lost budget' untuk bulan ni..emmm..apa kata pinjam dari sahabat? Salah satu cara untuk berjimatkan?
PEMBACAAN NOVEL BAGI SESETENGAH ORANG, MEMBUANG MASA..TAPI BAGI SAYA..PENGALAMAN BUKAN SENANG UNTUK DIPEROLEHI..JADI DARI PEMBACAAN SEBEGINI SAYA CUBA UNTUK MENYELAMI PERASAAN SESEORANG DAN BELAJAR UNTUK MENGHADAPI SERTA MENCARI PENYELESAIAN..MANA TAHU, MUNGKIN SUATU HARI KITA BERADA DI TEMPAT YANG SAMA..
Pelbagai cara untuk mencari ilmu dari pelbagai aspek..
--------->>Enjoy every reading<<------
Salam pembacaan..hehe

