Entah knp tiba2 rajin nak buat blog baru..padahal blog yang lama pon tak ter-update..
TApi kali ni Blog yang special..UNTUK KITA AJER..blog ni khas untuk perempuan/wanita/ibu2..ermm..kongsi2 kan petua..rahsia dan apa sahaja tetang wanita..hehe..nanati saya jemput rakan2 perempuan..
Saya dah kembali ke kampus untuk terakhir kalinya..insyaallah, semester depan saya akan mula 'praktikal'..mendaftar pada hari Ahad untuk 'hostel'. 'Online registration done'. Masuk sahaja hostel..dalam rumah tu seorang pun saya tak kenal..semuanya orang baru. Sebaik sahaja masuk bilik, 'roomate' pun belum ada. Mulalah melilau rasanya. 'Kesik' duk sorang2..hehe
Hari selasa dapat 'roomate' baru..cantik orangnya (Syu)..harap2nya dapat hidup bersama dengan baik disepanjang semester ini..(^_^)
Emm..saya ada dua subjek sahaja untuk semester ini..4kredit hour untuk satu subjek..2jam sehari dari selasa- jumaat.. 24jam - 2jam = baki: 22 jam..nak buat apa ya? Berniaga? Mama pesan, tak yah.. nanti saya cuba fikirkan apa yang boleh saya buat ya..ermmmm..(^_*)
Jalan kaki ke kampus dari hostel ( nak kurus lah kononnya)..kurangkan makan (hari2 bantai char kue tiaw..baru 2 hari..boleh kurus ke)..seronok juga jalan kaki..lagi pun ramai yang buat benda yang sama..(^_^)
Mulai minggu depan, nak 'jog' keliling hostel (kenapa minggu depan yer?).. Atin kata tunggu adik dia bawa kasut dari kampung..boleh laaaaaa
Baru dua hari hidap macam ni, saya dah mula rasa bosan. Nak keluar untuk dapat kan buku2, terlalu jauh. Jadi saya cuma boleh tunggu hujung minggu depan untuk keluar dari sini..emmm..
Rajin yer saya update blog hari ini..mungkin sebab dah lama sangat tak update dan line yang laju kat sini..
Sinopsis Alaf21: KAU CIPTA KASIH
Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.
Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.
Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!
Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...
Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?
Harga : RM 16.00
Halaman :416
Sinopsis Alaf21: DENGAR KATA KATI
ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.
Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.
Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...
Harga : RM 19.90
Halaman :544
--->> Agaknya yang mana pilihan dihati ya??? Kau cipta kasih dari sinopsisnya menarik.Jalan cerita yang berlainan dari jalan cerita cinta yang biasa..Tapi kedua-dua penulis ini belum pernah saya baca karyanya..boleh cuba ke? Apa salahnya bg peluang pada penulis baru kan?