Monday, June 21, 2010

RELA KU MENANTI-DAMYA HANNA

Sinopsis dari ALAF21

Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.


Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.

Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati?

Ulasan..

Erm..Lama juga saya ambil masa untuk habiskan novel ni..jalan cerita menarik, tapi masalahnya terdapat anasir-anasir luar yang mengganggu konsentrasi. Contohnya, kehadiran sahabat-sahabat yang datang ke rumah dan.." Mbak, jom jalan-jalan..boringlah kat rumah.." dan lagi seorang, " Mu nak gi mano sok? Boringlah duk umoh..kua jom"..haaaa..tu lah kerja saya yang 'bz' sepanjang cuti hinggakan 1 novel pun ambil masa yang lama nak habiskan. Kalau buku ilmiah lain tak tahu lahhhh..hehe

Berbalik pada novel yeee..Nurin ni seorang wanita yang kurang percaya pada cinta..kenangan lama menjadikan dia seorang yang negatif terhadap cinta. Cerita ni menarik juga bila Nurin dan Luqman ni boleh dikatakan kawan yang rapat, kadang-kadang berlaku pertengkaran yang membawa kepada persefahaman.. Nurin ni pada saya wanita yang ego. Tak mengaku dengan perasaan sendiri dan cuba untuk melawan kehendak dan perasaan sendiri. Walaupun Luqman mengakui cintanya dan melamar, namun NUrin masih menafikan bahawa Luqman memang untuknya.

Bila pengakhiran cerita, saya ingatkan akan jadi 'sad ending'..tapi rupanya bila masing-masing membawa diri ke tempat asing, mereka terjumpa di sana..Akhir serita, SO MUCH FOR HER HAPPY ENDING..OH..OH..hehe

-->> Sekarang ni tak ada novel yang hendak di baca.. nak beli macam dah 'lost budget' untuk bulan ni..emmm..apa kata pinjam dari sahabat? Salah satu cara untuk berjimatkan?

PEMBACAAN NOVEL BAGI SESETENGAH ORANG, MEMBUANG MASA..TAPI BAGI SAYA..PENGALAMAN BUKAN SENANG UNTUK DIPEROLEHI..JADI DARI PEMBACAAN SEBEGINI SAYA CUBA UNTUK MENYELAMI PERASAAN SESEORANG DAN BELAJAR UNTUK MENGHADAPI SERTA MENCARI PENYELESAIAN..MANA TAHU, MUNGKIN SUATU HARI KITA BERADA DI TEMPAT YANG SAMA..

Pelbagai cara untuk mencari ilmu dari pelbagai aspek..

--------->>Enjoy every reading<<------

Salam pembacaan..hehe


Sunday, June 20, 2010

Bzz....bz..days..

Salam...
Minggu ni adalah minggu yang amat2 'bz' bagi saya..selama dua hari ini saya sedikit penat, tp 'it ok..its orite'!! hehe..melayan anak2 sedara 4 orang yang ada ( Hashif-11, Faqihah-7, Haziq-5, Hadhirah-3)..jadi 'babysitter'..

'JUst stop by' kejappppp je..untuk menulis sedikit..'at least' ada menulis sedikit kn?hehe..

Okey..chow dulu..daaa...
Salam..

Thursday, June 3, 2010

Salam..

Haii..

Saya beli novel lagi..tp novel yang dah lama dikeluarkan..saya je terlambat sangat2..dulu tak sempat, ni dah beli pun lum ada mood nak baca..sekarang ni mood saya berubah2..baru habiskan baca komik jepun..saja nak bertukar selera..dah settle semua..verita yang saya taip pun belum siap..kononnya nak siapkan dalam tahun ni. tapi tak tahu lah..saya ni seperti menikmati hidup yang ada..enjoyyyyy aja kerja..hehe..maklumlahhh..sahabat2( Arita n La) ada di kampung..rasa macam rugi pula kalu tak luangkan masa bersama..

Damya Hanna- Rela ku menanti..saya suka penulis ni..mungkin ini baru kali ke-2 saya nak baca karyanya, tapi karya pertama ( Bicara Hati) saya suka dengan jalan cerita..dan paling penting, cara ulasannya. Tak bosan baca..sedar2..eh, dah habis..

Bila sudah baca nanti saya akan ceritakan di sini yaaa..Ada 1 novel yang masih belum saya jumpa. On9 ada, tapi sedikit masalah bila nak 'order'..

Ok..see yaaa
Wassalammm..