Friday, July 3, 2009

NUr KAsih..

Salam..
Baru lepas tgk drama Nur Kasih di TV3 jam 9mlm..Korang tengok x?
Bagi haku lah..cerita ni sedikit lembab tapi jalan cerita memang menarik..
Mengisahkan Nur KAsih yang berkahwin dengan Adam atas kehendak keluarga. Sepatutnya, Nur berkahwin dengan Abg kepada Adam, tapi ayah Adam cuba untuk mengubah Adam yang merupakan seorang yang lupa akan tggungjwb kepada agama. Akhirnya, Adam berkahwin dengan Nur semata-mata untuk tunaikan permintaan ayahnya yg sakit. Sekarang ni ayah Adam dah meninggal..Adam nekad untuk menceraikan Nur Kasih atas sebab mereka kahwin bukan kerana kehendak mereka. Tanpa Adam sedar sebenarnya Nur menyukai Adam sejak mereka di zaman sekolah.. Nur meminati setiap lukisan Adam dan menyimpan perasaan terhadapnya..
Episod hari ini,Adam beli tiket untuk pulang ke Australia untuk meneruskan pengajiannya tanpa pengetahuan keluarga n Nur Kasih sendiri.. Adam meneruskan niatnya dan kononnya membawa NUr bersama. Nur terpaksa berbohong pada keluarga bahawa dia bersama Adam sedangkan dia akan membawa dirinya sndiri..Semuanya kerana kasih pada suami..Siapa yang mahu diceraikan oleh suami yg dikasihi?
Dari sedutan akan datang, Adam akan berkahwin dengan kekasihnya di Australia..bagaimana agaknya nasib Nur ya? Cerita ni semakin best..kalau tgk, ader lah berbau ayat-ayat cinta sikit..bezanya, hero kejam wehhh..sempat gak menitis air mata ni walaupun cerita cuma 1jam..
sabar nantikan episod seterusnya..

Ramai yang tak tahu fatwa ini..

Salam..selalunya kt blog nie cma 'about me' tapi hari ni nak kongsi sikit..PENTING!
Semoga anda di rahmati Allah dalam perkara saling ingat mengingati sesama muslim

..... amin

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz...

'Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang
famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan
sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah
persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta
pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala... dan
melawatnya juga adalah haram.. '

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan
undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!

Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka
disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. .
Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan
telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa
sahaja.... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik....

Beliau berkata...

'bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah
mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/

sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan
orang itu...'

dan kata beliau lagi...

'walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau
tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan
mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...'


Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini
ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... 'Menurut kamus
dewan..... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan
bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar
ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam..'


Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...

Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara....


Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan
bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia
bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam
perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta
oleh Allah.


Kata beliau seterusnya.. ..


Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan
manusia dan membuatkannya mengatasi undang2
ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan
perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU
ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)


Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4
surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 ) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON

Tuesday, June 30, 2009

KOngsi sikiT- 'AIR SEMBAHYANG'

Sini haku nak kongsi sikit dengan korang pasal ambil wudhu'. Sumbernya haku dapat dari seorang sahabat yang ingin berkongi. Dulu masa zaman skol, ada seorang cikgu pendidikan moral pernah ingatkan kami untuk niat yang baik2 ketika ambil wudhu dan alhamdulillah haku amalkan apa yang diajar.."TERIMA KASIH CIKGU"..cikgu haku tu dah kembali ke rahmatullah kalu x silap tahun yang sama pesanan itu diberi. Allahyarham terlibat dalam kemalangan untuk berkejar solat asar dari Kota Bharu ke Pasir Puteh..Al-Fatihah..

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?