Dah lama tak update blog kan..thanks pada yang tinggalkan komen pada chat box..sekurang2 nya saya tahu, ada pembaca blog ni..hehe..thanks u olzzz..i really2 appreciate comments and insyaallah, i will visit ur blogs. Some of it i did..and looks like i still have more..hehe..
Sekarang ni bz sikit dengan persiapan 'door gift untuk anak buah i kawen..bulan 11 gitu..anak buah kawen dulu yer..makcik nye bf pon tak der (haha..cerita sedih tibe2).. Blog dah lama tak update..Last time i did, time tu dapatlah email cinta dari management..blogging not allowed in office (amik kawww..padan muko ambo)..malam ni nak kongsi ape ek?Ermmm..resepi kek coklat boleh? Baru buat tadi..hehe..
Err..yang ni bukan buat tadi yer..yg ni buat untuk staff office (sempena confirmation di MEPS..hehe..congratulations to myself..azam thn ni dua dh tercapai..alhamdulillah)
Tak nak bebel lebih2..boleh cuba yer..
ChoC Cake (moist)
1 cwn gula perang/gula putih
1 cwn susu segar coklat (i pakai susu cair+milo 2 sudu jadikan i cawan)
1 cwn minyak masak
3/4 cwn serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh serbuk bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
1 penutup esen vanila
Cara2:
ADUNAN A -Tepung+ serbuk penaik+ soda bikarbonat= Ayak
ADUNAN B - koko+susu segar+susu manis+minyak masak= masuk dalam periuk dan didihkan sampai sebati
ADUNAN C - Pukul telur ( guna pukul tgn/ mixer)= sampai kembang + gula =pukul lagi ( 1 minit)
************************************************8
ADUNAN C + ADUNAN B= Pukul sampai sebati... + ADUNAN A= pukul hingga betul2 sebati..sambil + essen vanila..
Masukkan dalam loyang (sapu marjerin/minyak bunga matahari) - Bakar dalam oven
atau
Bekas microwave seperti dalam gambar (siap bertutup) - Kukus (lebih kurang 1 jam. Cucuk bahagian tengah dengan lidi..kalau tak melekat, masak lah tu yer..hehe..)
Topping (sesedap rasa..hehe)
Koko 3sudu besar
Milo 2 sudu besar
Butter/Marjerin 1sudu besar
Susu manis 3 sudu besar
Air setengah cawan
Tepung jagung (untuk pekatkan nanti..larutkan dalam air dulu yer)
cara2..
Campurkan semua hingga larut dan masukkan tepung jagung sikit2..sampai pekat..
Larutkan semua dalam periuk..
Boleh tambah coffee kalau suka/ cheese.. (jangan campur dua2 ini..pening nanti..hehe)
*****************************
Ok siappp..selamat mencubaa..Selalunya saya akan buat dua adunan..double-kan resepi yer..
BAHAGIAKAN ORANG DI SEKELILING KITA AGAR KITA DAPAT MERASA WALAUPUN SEDIKIT KEBAHAGIAAN DARI ORANG LAIN..
SENYUM LAHH..kAN COMEL TU.. (^__________________________^)V
~Wassalam~
p/s: Baru lepas poco2..grrrrr saya makin gemukkkkkk
No comments:
Post a Comment