Friday, July 22, 2011

Bahaya Laptop??

Salam ukhwah..

"Laptop on your Lap"

Laptop dicipta untuk memudahkan.."LAP-TOP". Sepatutnya kemudahan ini perlu mesra kan..

Selalunya tanpa sedar atau sedar kebanyakan kita akan meletakkan laptop di atas peha. Sebenarnya keadaan ini berbahaya kepada kesihatan kita..Mungkin kesan sebegini belum berlaku di Malaysia. Jadi kita kurang mengambil berat.

Di Chicago, kumpulan penyelidik dari Switzerland menasihati pengguna laptop agar tidak meletakkan 'lappy' kesayangan di atas peha kerana boleh menyebabkan sindrom kulit terbakar. Sindrom ini akan menyebabkan warna kulit kulit tidak sekata dibahagian tersebut kerana terdedah kepada bahang terlalu lama. Suhu laptop boleh mencecah 52 darjah celcius. Sindrom kulit ini adalah kekal dan boleh menyebabkan kanser kulit.

Bahang lappy juga memudaratkan sperma bagi lelaki..kerana terdapat kajian yang dijalankan telah menunjukkan penghasilan sperma berbeza apabila terdedah kepada bahang si lappy..

Boleh teruskan pembacaan yer..


Wassalam..(^_^)v

Monday, July 11, 2011

Sedih..Malu..Marah..


Salam Ukhwah..

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan
.

Apa pula konsep cinta bagi remaja? Dating?Wayang?Berpegangan tangan?Atau mungkin lebih dari itu? Remaja era baru terlalu berani dalam perwatakan dan percakapan mereka. Berpakaian sekolah, lelaki dan perempuan bukan muhrim berpimpin tangan.Ada juga tanpa segan silu melakukan lebih dari itu. Adakah cinta itu untuk melapaskan nafsu semata-mata? Sejauh mana kebenaran cinta si jejaka sehingga si dara menundukkan diri? Kata orang cinta monyet. Tapi bukankah manusia yang berakal sepatutnya lebih bijak?

Bila terserempak dengan pelajar sebegini tiba-tiba saya rasa marah. Sakit mata dengan cara mereka. Sedih mengenangkan ibubapa mereka yang terlalu percayakan anak-anak dan malu dengan sikap mereka yang tak tahu malu.

Menjadi sifat wanita ingin disayangi dan dicintai, mudah untuk percaya kata cinta dan pujuk rayu lelaki. Kerana sifat itulah kehidupan wanita atau perempuan terlalu banyak dugaannya. Ada yang perlu dijaga..ada yang perlu disimpan.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Lihat adik-adik kita..lihat anak-anak kita..lihat saudara-mara kita..Anak perempuan jangan sampai dirosakkan..dan anak lelaki jangan sampai merosakkan. Sekalipun cukup didikan agama, remaja sekarang lebih besar cabarannya. Bila-bila masa sahaja mereka akan lalai. Sama seperti diri kita sendiri. Saling berpesan untuk ingat-mengingati..

Wassalam..(^_______^)v

Sunday, July 10, 2011

3,2,1 CINTA

Salam Ukhwah..(^________^)v

Sekarang ni tengah tengok movie 3,2,1 Cinta.. Sikit2 meleleh gak ler air mata nie..cerita yang melibatkan hati ni sedikit emo lahhhh..(~___~)



Lelaki dan perempuan tak mungkin dapat bersahabat. Ermm..betul tak?Itu satu ungkapan yang pernah saya dapat dari seorang sahabat, melalui suratnya.Mungkin orang lain pernah dengar ungkapan lain. Antara lelaki dan seorang perempuan, andai bersahabat mungkin akan wujud satu perasaan yang lain. Risau juga, jika kita bersahabat dengan ikhlas, tapi sahabat itu mempunyai perasaan yang lebih dari seorang sahabat. Itu yang selalu saya elakkan. Cuba elakkan jika hati itu sudah berpunya yer..Jadikan orang yang kita sayangi sebagai sahabat dan kekasih yang boleh berkongsi cerita.

3,2,1 CINTA..Betul ker nisbah lelaki dan perempuan 37:1?? Alahai..jauh benar bezanya tu. Jadi saya ni akan tergolong dalam wanita yang perlu jadi PERIGI MENCARI TIMBA..ermm..dalam bahasa yang lebih sopan, mengikut cara SITI KHADIJAH..Tapi dalam cerita tu macam dah terover-over lah pula minat pada seorang lelaki..ngee..Saya tak nak jadi macam tu (*__*)..Tapi tak tahu lah masa akan datang..ngee


Katakanlah saya masuk meminang seorang lelaki, itu dah melanggar adat melayu kita kan? Kalau ditolak, itu juga cukup memalukan. Betul kan? Jadi macam-mana nak jadi macam SITI KHADIJAH?

Apa-apa pun, semoga kita semua akan mendapat jodoh yang baik-baik..kehidupan yang hampir sempurna ataupun lebih sempurna..Soal jodoh dah ditentukan Allah..tapi kita sebagai manusia perlu berusaha..errr.. Macam SITI KHADIJAH sekali lagi..MEMINANG RASULULLAH..itupun melalui perantaraan yer..

Akhirnya..
BERUSAHA MENAMBAT HATI SEORANG LELAKI DAN TUNGGULAH SI DIA YANG MASUK MEMINANG (keadaan yang normal dalam masyarakat melayu)


Wassalam(^______________________________^)v

Masa..


Salah ukhwah..(^____^)v

Cepatnya masa berlalu..entry pertama dalam blog saya..LAGU BUAT MAMA..asalnya itu sajak yang saya karang sendiri pada tahun 2004 kalau tak silap..blog ini wujud pada May31,2009..erm..dah begitu lama kan? Tak kisahlah walaupun tak ramai yang baca blog ini kerana tujuan asal cuma untuk menyimpan kenangan dan cerita-cerita dalam hidup saya..mungkin suatu hari nanti seseorang boleh mengenali saya dari blog ini..(^____^)v..selain itu,ini jalan cerita kehidupan saya..
Tiap saat berlalu begitu pantas..
Mungkin sepantas kilat..
Namun mungkin boleh lebih pantas dari itu..
Kenangan tetap ada dalam saat-saat itu..
Kadang cerah..
Kadang kelam..

Ramadhan bakal menjengah lagi..
Saat itu ku benar ku nanti..
Ramadhan bakal beriku ketenangan lagi..
Tahun berbeza..
Keadaan berbeza..
Cerita berbeza..

Kali ini aku sendiri..
Tak pernah begini..
Tiada teman untuk loceng bersahur..
Tiada teman ucapkan "Selamat Berbuka Sayang"..
Itu kenangan..dan tiap kenangan itu telah berlalu..
Biarlah..aku redha..

Mungkin..
Suatu masa, hati ini akan kembali terbuka..
Bertahta seseorang yang akan menemani ku..
Saat tidur dan saat jaga ku..

Kini..
Aku yakin cukup kuat..
Lebih kuat dari yang kau sangkakan..
Sekalipun aku rebah..hati ini takkan pernah goyah..

Lembaran baru cerita baru..
Segalanya telah bermula..
Di sini peneman ku..
Di sini cerita ku..
Aku penglipur lara..
Aku pengarang cerita..
Aku pemberi dialog..
TERIMA KASIH MASA..
KERANA MASA..AKU SEMAKIN DEWASA..



-Wassalam-
v(^__________^)v









Monday, July 4, 2011

Bukit Tinggi

Salam ukhwah..(^_^)V

Bercuti2 Malaysia!! SEGALANYA ADA DI SINI..So tak perlu pergi jauh2..COLMAR DE MALAYSIA..

COLMAR DE MALAYSIA @BERJAYA HILLS
Nice place to visit..
Tempat ni tak adalah luas sangat..tapi sekadar pergi untuk tengok2..cuci mata dan dapatkan suasana berbeza, boleh laa..

1st time saya pergi sini..akan pergi lagi untuk honeymoon nanti..hahaha(tewah2..bile tah)


COLMAR DE FRANCE


Bila tengok pic nie..ader lah sikit2 rupanyer..maaf pic tak dapat nak buat cantik2 sebab tah apa kena dengan pic editing nie..tibai jer lahh
Ini je pic yang ada..dari camera lupa plak nak transfer ke 'tumbdrive'
Mungkin ini boleh jadi salah satu tempat percutian anda dan keluarga..

ENJOY!!



Wassalam v(^_^)v