Monday, December 5, 2011

Pedih Hati Saat Terluka

Salam Ukhwah

Idea selalunya datang waktu lewat malam. Tiba-tiba satu ungkapan itu wujud di minda saya pada jam 12:40 pagi.

Pedih Hati Saat Terluka..
Di sini saya fokuskan pada hubungan antara lelaki dan perempuan atau lebih jelas lagi couple. Saya tak suka anggap itu sebagai CINTA kerana CINTA itu sesuatu yang sukar untuk wujud pada seseorang yang tidak pertalian darah. CINTA itu terlalu suci hinggakan layak untuk seseorang yang begitu penting dalam hidup kita.

'Couple' selalunya indah pada permulaan. Ada yang boleh bertahan selama setahun, dua tahun, tida tahun, malahan sehingga 7 atau 8 tahun juga ada. Saya tak pasti apa yang dapat bila 'couple' dalam tempoh masa yang lama. Kalau nak dikatakan dapat kenali hati budi, mungkin sedikit tapi sepenuhnya bila mula hidup bersama. Mungkin yang paling jelas, punya seseorang yang boleh diharapkan pada masa depan.

"I'v got him. So i have somebody to marry sooner or later. Just keep him for a while."

Itu saat bahagia.
Terluka..pasangan mula berpaling arah dan jadikan janji-janji suatu permainan. Saat kesakitan itu boleh mendatangkan kesan mendalam pada seseorang. Iman yang kuat amat perlu agar seseorang tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan diri.

Jika anda seorang yang sedang mengalami saat ini:

Tarik nafas panjang-panjang..

1) "Allah ada bersama ku"
2) Tenangkan hati dan tanamkan dalam fikiran.." Dia bukan untuk ku"
3) "Aku perlu maafkannya untuk ketenangan diriku"
4)"Aku boleh hidup lebih baik tanpa adanya dia"
5) Lakukan aktiviti yang dapat tenangkan diri dari berfikir perkara2 yang lebih baik.

6)Jodoh telah ditentukan. DIA bukanlah seseorang yang terbaik untuk ku.Aku akan diberikan yang lebih baik.Ensyallah..


Semoga setiap dugaan yang datang dapat kita hadapi dengan tenang. CINTAI diri lebih dari orang lain. Bila ber-couple, jangan berikan sepenuh jiwa dan raga kerana bila2 masa akan dibawa pergi..


Wassalam..







No comments:

Post a Comment