Salam Ukhwah.
.
Kekeliruan bagaikan suatu yang biasa berlaku dalam masyarakat kini. Ada yang haram, dihalalkan..yang tak biasa, di biasakan..yang tidak berlaku kini, telah berlaku.
Situasi pertama- Seorang wanita ke rumah seorang lelaki dengan tujuan untuk bertemu dengan keluarga lelaki.
Situasi ke-2 - Seorang lelaki membawa orang tuanya ke rumah wanita yang diingininya.
Yang mana agaknya keadaan yang lebih bersopan dan boleh diterima umum? Rata-rata sekarang situasi pertama menjadi pilihan dengan alasan untuk mengenali keluarga lelaki. Tapi adakah itu adab kesopanan bagi seorang wanita melayu?
Bagi seorang wanita Melayu dan juga Islam, terlalu banyak yang perlu dijaga dan pergaulan adalah antara salah-satu.
Bukankah bila berkunjung ke rumah lelaki itu menunjukkan betapa murahnya diri kita sehingga boleh dibawa kesana-kemari tanpa ikatan? Mungkin itu bukanlah sesuatu yang difikirkan oleh semua orang. Kerana memenuhi permintaan itu menunjukkan kasih sayang dan mungkin cinta bagi setiap pasangan. Adakah ini wajar?
Agaknya berapa ramai lelaki yang boleh membawa ibu bapanya untuk bertemu dengan wanita pilihan di rumah wanita tersebut? Seramai manakah ibu bapa yang boleh berbuat demikian? Sesetengah ibubapa atau pendapat akan menganggap ini kurang sopan apabila orang tua pergi 'mengadap' yang lebih muda. Tapi bukankah itu adab asal kita sebagai orang melayu? Merisik, meminang dan berkahwin. Berkenalan dari rumah ke rumah antara lelaki dan wanita tidak termasuk dalam proses ini.
Jika ikhlas seseorang lelaki itu, dia akan membawa ibubapanya datang untuk mengenali keluarga wanita. Tidak wajar untuk seorang wanita ke rumah seorang lelaki yang belum tahu statusnya.Mungkin pandangan ini 'otodoks' bagi kebanyakan orang. Tapi ini adalah adab yang sepatutnya ada dalam diri seorang wanita yang belum berkahwin..Menjaga diri dan maruah keluarga. Kita tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Jika kesilapan itu berlaku, biarlah di rumah kita sendiri dan dalam pengetahuan orang tua kita.Bukankah itu lebih baik?
-INI HANYALAH PENDAPAT SAYA SEBAGAI WANITA BIASA. SETIAP ORANG MEMPUNYAI PENDAPAT YANG BERBEZA-
Wassalam (^________^)v
No comments:
Post a Comment