Thursday, August 25, 2011
Tuesday, August 16, 2011
Pencarian Cinta..
Lirik Lagu Pasha Penghujung – Cintaku (feat. Adelia)
berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]
Salam ukhwah..
Pencarian Cinta..
benarkah pendapat sesetengah orang bahawa perkenalan yang lama itu menjanjikan kebahagiaan? Saya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Satu perkenalan tanpa ikatan yang sah hanya buang masa dan memberikan ruang seseorang untuk terus berlakon dihadapan orang lain.
" Dah kenal sangat dengan dia. Dia bukan macam tu." Apa yang dimaksudkan dengan dah kenal sangat? Sekadar bertemu siang dan malam, kemudian balik ke rumah. Kemudian SMS dan ulangan kata-kata cinta melalui telefon. Sejauh mana seseorang dapat kenali pasangannya melalui cara tersebut? Tujuh tahun?Lapan tahun berpacaran belum tentu menjanjikan kebahagiaan saat perkahwinan.
Bagaimana pula bertemu tiga bulan dan terus berkahwin? Kata orang, dah jodoh. Atau mungkin juga tempoh perkenalan yang singkat akan berikan ruang yang lebih banyak kepada pasangan untuk saling berkenalan sesudah perkahwinan.
Walaupun bagaimanpun cara kita bertemu..selama mana pun hubungan itu, hargai orang yang menyayangi dan berikan kasih sayang yang berpada-pada. Jangan terlalu hanyut dengan Kisah Hati yang mungkin suatu hari akan membawa kita ke arah kehancuran. Kehidupan ini sudah ditentukan. Kita tidak mengetahui perjalanan hidup ini,namun perlu sentiasa bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan. Jangan sesekali biasakan diri sentiasa berada di zon selesa. Kerana jika tersungkur, kesakitannya mampu hapuskan segala kebahagiaan yang pernah dirasaii..
~Sentiasa bersedia hadapi sebarang kemungkinan dalam perjalanan kehidupan~
Wassalam
Sunday, August 7, 2011
Keliru..Tanda tnya
Tuesday, August 2, 2011
Salam RAMADHAN..
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.